BAB 4🌟

8.1K 309 2
                                    

4 Tahun Kemudian...

Setelah seharian puas bersiar-siar di Pulau Langkawi, Amanda dan rakan-rakannya pulang ke bilik hotel yang disewa mereka. Selesai sahaja meletakkan barang-barang yang dibeli mereka tadi, Amanda dan Aireen terus membuka selendang yang terlilit di kepala mereka lalu merebahkan diri di atas katil. Hilang juga rasa lelah badan setelah seharian berjalan-jalan.

"Reen, nanti kejutkan aku pukul 5:15. Aku nak tidur sekejap." kata Amanda kepada Aireen yang sedang sibuk menggodeh telefon pintarnya.

"Okey." jawab Aireen sepatah. Amanda terus memejamkan matanya untuk melenakan dirinya sebentar sebelum bangun untuk membersihkan dirinya lalu menunaikan solat Asar.

"Ell, mana plastik coklat tadi? Aku nak makanlah." soal Adilla kepada Ellyza yang hendak memasuki bilik air untuk mandi.

"Ada tu kat atas meja solek aku letak." jawab Ellyza lalu masuk ke dalam bilik air. Adilla terus melangkah ke arah meja solek. Apa lagi dia hendak meratah coklatlah! Memang itulah kegemaran gadis bernama Adilla Batrisya.

Sedang Aireen ralit membelek telefon pintarnya, tiba-tiba kedengaran telefon pintar seseorang berdering. Aireen menatap skrin telefon pintarnya lalu dia menggeleng. Bukan telefon pintar miliknya yang berdering.

"Adilla, siapa punya handphone tu bunyi?" soal Aireen. Adilla yang sedang sibuk menikmati coklat menoleh.

"Jihan. Cepatlah ambil kasi dia." kata Adilla lalu menyambung semula menyantap coklat. Sempat dia menjilat jari apabila ada sisa coklat terlekat pada jarinya. Memang perangai tak ubah seperti kanak-kanak!

Aireen lantas bangun lalu mencapai telefon pintar Amanda di atas meja kabinet lalu mengorak langkah ke katil Amanda. Sempat dia membaca sekilas nama pemanggil panggilan itu.

"Jihan... Jihan Amanda. Bangun sekejap ada call ni..." kejut Aireen. Amanda perlahan-lahan membuka matanya yang baru sahaja terlelap tadi.

"Siapa?" soal Amanda sambil menggeliat.

"Aunty Ida. Bakal mak mentua kaulah." jawab Aireen. Laju sahaja tangan Amanda merampas telefon pintarnya dari tangan Aireen.

"Shuh... Shuh... Pergi sana. Aku nak jawab call bakal mak mentua aku ni." kata Amanda dalam separuh sedar dari tidurnya sambil tangannya membuat gaya menghalau. Aireen protes terhadap Amanda.

"Eleh, kalau bukan aku yang beritahu tak tahulah dia jawabnya mak mentua kesayangan dia tu call." omel Aireen perlahan sambil melangkah pergi dari Amanda. Dia kembali ke katilnya dan membelek telefon pintarnya kembali.

"Hello. Assalamualaikum, Amanda."

"Waalaikumsalam, ibu. Ada apa ni call, Manda?"

"Ini, ibu nak tanya. Kamu katanya tak ada kat Johor eh?"

"Ya, ibu. Amanda dengan kawan-kawan pergi bercuti 3 hari dekat Pulau Langkawi. Kenapa rupanya ibu?"

"Tak ada apa. Cuma besok Aariz balikkan. Tu saja call Manda."

Sekejap. Aariz balik? Kenapa dia tak ada beritahu aku? Getus hati Amanda. Dia mula tidak sedap hati.

"Aariz balik, bu? Besok?"

"Yalah. Besok. Kenapa? Dia tak ada beritahu kamu ke?

"Eh, ada-ada. Manda yang tak ingat, ibu. Baru je dia beritahu 3 hari lepas. Hahahaha..."

"Oh, syukurlah kalau macam tu. Habis kalau macam tu Amanda balik lusa?"

"Eh, tak lah. Manda memang balik besok pun."

LOST IN LOVEWhere stories live. Discover now