BAB 14🌟

7.7K 281 8
                                    

"Kau still sukakan Raihan tak?" tanya Amanda selamba kepada Nayla sambil mencuci pinggan. Mereka baru sahaja selesai makan malam bersama dengan Raihan sekali. Mak Ngah dan Pak Ngah pula berada di ruang tamu melayan Raihan sejak dari tadi.

"Entahlah. Tengok gaya macam suka." balas Nayla sambil termenung kosong di meja makan. Jujur dan ikhlas sungguh jawapannya.

"Kalau macam tu,why not kau confess je kat dia. Give it a try." balas Amanda. Menggeleng laju kepala Nayla.

"Tak naklah. Segan aku. Kena tolak lagi malu nanti." balas Nayla sambil berpeluk tubuh. Amanda yang baru selesai mencuci pinggan mengelap tangannya menggunakan tuala kecil yang tergantung di kabinet dapur.

"Maksud aku, kau rapat-rapat dengan dia macam kawan. Mana tahu timbul bibit-bibit cinta tu. Well, ada quotes dalam satu anime aku tengok ni, friendship ni macam topeng bila kau suka sahabat kau. Mana tahu Raihan pun ada perasaan dengan kau dalam diam? Cuma terselindung dengan perkataan 'kawan'. " jelas Amanda panjang lebar dengan yakin. Senyuman manis diukirkannya kepada Nayla.

"Malaslah nak fikir. Bagi aku kalau jodoh tak ke mana. That's it. Walaupun kau berpisah dengan dia atau tak pernah jatuh hati dengan dia, suatu hari nanti pasti ada juga ruang untuk berjodoh tu. Andai itu takdir yang Tuhan tetapkan untuk seseorang." balas Nayla pula dengan senyuman bangga.

"Harap begitulah. Aku just doakan yang terbaik je untuk kau sebagai kawan. Jom ke depan." kata Amanda lalu mengajak Nayla ke ruang tamu rumah itu.

-

"Terima kasih semua sebab beri layanan yang baik. Tak sangka saya diberikan rezeki dan peluang berjumpa mak ngah dan pak ngah yang baik dan ramah." kata Raihan ikhlas. Sebentar lagi dia akan pulang ke rumah tumpangan yang disewanya.

"Sama-sama, Raihan. Lain kali kalau ada datang sini, singgah je ke sini walaupun tak ada Amanda. Tak perlu nak segan ke apa." balas Mak Ngah mesra.

"Insya-allah, mak ngah. Ada rezeki, saya datang lagi."

"Amanda, Nayla. Aku minta maaf pasal petang tadi. Aku janji takkan buat lagi okey!" sambung Aariz lagi. Amanda dan Nayla tersenyum kecil.

"It's okay. Apa yang jadi kita jadikan pengajaran." balas Amanda. Nayla mengangguk setuju.

"Ni nanti drive hati-hati. Risau ada musang melintas ke gajah melintas. Maklumlah, even nampak rumah banyak kat area sini tapi still ada haiwan-haiwan macam tu kat dalam hutan-hutan area sini." pesan Nayla pula.

"Insya-allah. Terima kasih atas pesanan kau." balas Raihan.

"No big deal lah." ujar Nayla ringkas. Raihan lalu menyalami tangan Pak Ngah.

"Saya pergi dulu. Assalamualaikum." kata Raihan lalu memboloskan diri ke dalam kereta.

"Waalaikumsalam." balas mereka serentak.

Sempat Raihan membunyikan hon sebelum berlalu pergi dari perkarangan rumah. Usai hilang sahaja kereta Raihan dari pandangan, mereka masuk ke dalam rumah.

-

Hari berganti hari, hubungan Amanda dan Raihan juga semakin akrab. Bagi Amanda, dia perlu membuat Raihan jatuh cinta pada Nayla melalui peluang ini.

Hari ini dia berjanji untuk makan tengah hari bersama Raihan. Lelaki itu jugalah yang datang menjemputnya ke bangunan pejabat milik Tan Sri Lukman dan memlih KFC sebagai pilihan mereka untuk makan tengah hari atas mengikut permintaan Amanda. Katanya sedap makan ayam goreng yang masih panas pada waktu musim hujan seperti saat ini.

Namun bagaikan kilat yang tiba-tiba muncul di luar, pandangan Amanda disapa dengan kehadiran mereka yang melukai hatinya. Anak mata mereka saling bertentang.

"Manda, makanlah. Kenapa kau berangan pula ni? Dah kenyang?" tanya Raihan lalu melihat ke arah yang dilihat Amanda.

"Aariz." kata Amanda perlahan tetapi masih didengari Raihan. Mata Amanda berkaca.

"Dah. Biarlah dia. Kau habiskan makanan kau cepat-cepat lepas tu kita pergi dari sini. Okey?" kata Raihan cuba memujuk Amanda bersama hatinya yang lara itu.

"Aku nak pergi toilet sekejap." kata Amanda lalu bangun bersama beg tangannya. Raihan sekadar membiarkan. Dia faham akan keadaan gadis itu saat ini.

-

Amanda memandang refleksi dirinya pada cermin. Tangannya sibuk mencalit semula lipstick mate berwarna merah pada bibirnya. Tiba-tiba terbias wajah seseorang pada cermin disebelahnya. Dia mengenali wanita itu dan mengukirkan senyuman sebagai sapaan. Namun apa yang Amanda dapat adalah pandangan dingin yang penuh dengan kesombongan. Mati senyuman Amanda dibuatnya.

"Berhenti berharap andai awak ingin bersama Aariz semula. Jangan jadi hidung tak mancung, tapi pipi tersorong-sorong."

"Pardon? Hoping together with Aariz back? So disgusting, Sara."

"Yes. Awak cemburukan dengan kehidupan kami sebenarnya? That's why awak muncul semula di hadapan kami. Saya harap sangat awak jauhkan diri awak dari suami saya." kata Maisara. Dia rasa tercabar pula apabila berjumpa Amanda sekarang. Amanda tergelak sinis.

"Sorry sikit. Siapa yang muncul dulu? Saya kat sini bersama Raihan sejak tadi. Awak ni main tuduh melulu serupa macam anjing menyalak tahu tak. Orang tak ganggu awak tapi awak sibuk hentam orang tiba-tiba. Kenapa? Awak takut saya rampas Aariz macam awak rampas dia dari saya? Sorry, only bitch would do it. So don't worry, Sara. I won't do it." balas Amanda dengan sinis. Maisara seakan tidak percaya Amanda akan berkata sedemikian. Tidak padan dengan wajahnya yang feminin dan seorang yang berhijab.

"Awak bertudung tapi mulut macam longkang!" kata Maisara geram. Amanda memandang tepat mata Maisara.

"Let me clear this, Sara. Tudung is tudung. Jangan pernah kaitkan kewajipan saya sebagai wanita Islam dengan mulut saya. Ya, saya mulut longkang. Tapi longkang yang macam ada kat negara Jepun sana. Bersih, jernih dan tak berbau busuk. Siap boleh bela ikan lagi. Mulut awak tu yang merupakan longkang sebenar. Serupa kebanyakan longkang tersumbat kat Malaysia ni. Berbau dan kotor. Eeeww, disgusting!" balas Amanda sedas. Maisara menggenggam buku limanya.

"You're too much, Amanda!"

"Saya yang too much? Siapa yang mula dulu? Saya bukan orang gila yang serang atau hentam orang sesuka hati, Sara. Saya just what you give, you get back. So, fair and lovely kan?" kata Amanda diiringi dengan senyuman sinis. Maisara yang tidak mati akal untuk membalas kata-kata Amanda lantas mengorak langkah pergi dari tandas.

Amanda pula terus tersandar pada dinding sinki. Dadanya dipegang sambil mengatur nafasnya yang laju. Di hadapan semua orang dia nampak seorang yang berani dan kuat. Tetapi batinnya sebenarnya banyak menyimpan kelemahan dirinya dan kesedihan.

"Don't cry, Amanda. Relax. Nanti kau kena touch up make up kau lagi. Kau dah menang. Jadi jangan takut." bebel Amanda sendirian bagi menenangkan dirinya sebelum keluar daripada tandas itu.

Siapa sangka perampas tunangnya menyerang dirinya? Maisara yang disangka baik rupanya tidak. Mudah lupa diri atas pengorbanan orang lain yang sanggup berpatah hati dan merana demi kebahagiaannya.








BERSAMBUNG...





Coming soon,watak lelaki baru yang merupakan salah satu calon pasangan hidup Amanda. Tapi versi jahat sikit😎

LOST IN LOVEWhere stories live. Discover now