BAB 53🌟

7.1K 226 7
                                    


Puan Sri Henny melangkah masuk ke dalam biliknya sambil mengipas-ngipas wajahnya menggunakan tangan bagi mengeringkan mask pada wajahnya.

"Astaghfirullah!"

Istighfar Tan Sri Lukman apabila melihat isterinya masuk ke dalam bilik dengan wajah yang dipenuhi clay mask berwarna kelabu itu. Puan Sri Henny pula terpinga-pinga.

"Abang dah kenapa? Nampak hantu?" tanya Puan Sri Henny dua tubi walaupun agak sukar untuk dia menggerakkan mulutnya kerana mask yang dipakainya mula mengering.

"Ya,awaklah hantunya. Suka sangat pakai mask tu."

"Eh eh,saya pula hantu. Saya ni jaga kesihatan kulit je walaupun umur semakin bertambah. Nanti saya nak bincang sikit pasal anak-anak dengan abang." balas Puan Sri Henny. Kening Tan Sri Lukman bertaut.

"Pasal anak-anak? Macam serius je bunyinya. Pasal apa?" kata Tan Sri Lukman. Puan Sri Henny menghela nafas pendek.

"Nantilah,tunggu saya cuci muka dulu sekejap lagi. Susah saya nak bercakap macam ni." balas Puan Sri Henny. Tan Sri Lukman pula sekadar menggeleng kepala. Orang perempuan,ada sahaja ragamnya. Pakai itulah,inilah. Janji mahu kekalkan kecantikan kulit.

-

Selepas menyapukan mask pada wajah mamanya tadi,Amanda menyapukan mask pada wajahnya pula. Usai itu,Amanda berancang mahu membuka Youtube sementara menunggu masknya kering. Namun serentak itu,ada satu mesej masuk yang diterima daripada Aariz.

"Apa yang dia nak lagi ni?" omel Amanda sendirian.

Aariz:
Assalamualaikum,Amanda. Sengaja saya mesej awak. Sebab saya tahu,kalau saya call pasti awak tak angkat.

Kenapa susah sangat awak nak terima saya balik,Amanda? Kenapa susah sangat awak nak beri peluang untuk saya? Salah ke saya nak tebus silap saya? Saya ikhlas Amanda nak jadikan awak isteri saya. Saya tak main-main.

Saya tahu kesilapan saya dalam hubungan kita dulu adalah berkahwin dengan arwah Sara dan curangi awak. Tapi sekarang Sara pun dah tak ada. Kehadiran dia memberi saya pengajaran erti menghargai orang yang kita sayang. Cukuplah saya kehilangan dia dan saya tak nak kehilangan perempuan yang saya cintai buat sekali lagi.

Dan saya tahu awak teruja setiap kali dapat bunga setiap pagi kat kaunter resepsi.

Dahi Amanda berkerut seribu. Bunga? Dari mana dia tahu? Tidak mungkin dia yang hantar setiap pagi?

Ya,saya yang hantar bunga tu. Saya nak setiap pagi awak dimulakan dengan senyuman. Saya sengaja rahsiakan identiti saya sebab saya tahu awak pasti menolak kalau tahu bunga tu pemberian saya.

Mata Amanda berkaca. Lantas dilempar telefon pintarnya di atas katil. Kakinya terus diatur ke arah vas yang berisi bunga mawar yang masih mekar itu. Matanya melihat bunga itu dengan penuh api kemarahan berbaur kesedihan. Dadanya berombak kuat menahan marah.

"Jadi bunga ni pemberian awak,Aariz?"

Terus digenggamnya bunga-bunga mawar yang tersusun dalam vas itu lalu dikeluarkannya sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah tanpa teragak-agak. Air matanya mulai mengalir membasahi pipinya.

"Sara,awak tak patut pergi sebenarnya. Lebih baik saya yang mati daripada harus menghadap Aariz yang mula menagih cinta saya kembali. Awak tak patut pergi." rintih Amanda yang terjelepok di atas lantai seakan hilang kekuatannya. Dia terlalu letih untuk menempuh semua ini. Dia hanya mahukan pengakhiran untuk semua ini.

-

"Apa? Cancel wedding Amanda dengan Izz? Kenapa pula tiba-tiba ni? Minggu depan abang dah nak suruh diorang jumpa wedding planner tahu tak." kata Tan Sri Lukman yang seakan tidak percaya apa yang dikatakan oleh isterinya.

LOST IN LOVEWhere stories live. Discover now