Kahwin ?

22.5K 224 5
                                    

Diatas katil, Hani Syuhada membelek kertas kontrak yang direka oleh Aedy Harriz.

KONTRAK KAHWIN

INI SYARAT-SYARAT SELEPAS KAHWIN

1. ISTERI HARUS PATUH DENGAN SUAMI
2. SUAMI BERHAK MELAKUKAN APA SAJA
3. ISTERI TIDUR BAWAH
4. ISTERI DILARANG MELAWAN

Jika syarat-syarat tersebut dilanggar, Nur Hani Syuhada Binti Muhammad Zain tidak akan dapat 1 sen pun dari wang yang dijanjikan. Jika bersetuju, sila sign di bawah.

________________

Yang Benar,
Muhammad Aedy Harriz Bin Muhammad Fatahuddin

Kahwin?! Gila ke apa? Aku baru umur 21! Tak mungkin Ibu dan Ayah aku akan benarkan aku kahwin dalam umur yang muda! Kau memang gila Aedy Harriz! Tapi, bagaimana kalau aku menolak? Aku juga perlukan duit yang banyak untuk teruskan belajar.

Ahh kusut! Lalu Hani Syuhada mencampakkan bantalnya ke dinding.

Tok! Tok! Tok!

"Hani, kenapa nak? Kenapa menjerit ni?" Tanya Puan Zarina kerisauan

"Erk, takde apa-apa Ibu. Hani tengah tengok movie hantu" terangnya cuba mengelak dari ketahuan.

"Malam-malam macamni tak elok tengok movie hantu nak, sudah pergi tidur." Arah Puan Zarina

"Baik Ibu, kejap lagi Hani tidur ya!" Teriaknya.

Setelah sampai tempoh 2 hari yang diberikan oleh Aedy Harriz, kini tiba masanya untuk memberitahu jawapan.

Ring.. ring.. ring.. ring..

"Hello, macam mana? 2 hari dah tamat untuk fikirkan, rasanya dah cukup kot. Jumpa di kafe Mutiara sebelah kolej in 15 minutes" Kata Aedy Harriz lalu mematikan talian.

"Tak guna punya mamat! Aku baru nak cakap, dia dah letak." Marah Hani Syuhada.

Di kafe Mutiara.

"So how? Looks like you agree." Tanya Aedy Harriz

"Okey, aku setuju. Tapi aku nak syarat aku jugak." Kata Hani Syuhada sambil memandang kertas kontrak.

"Alright, apa syaratnya?" Sambil menggaru keningnya yang tebal.

"Aku tak nak kau sentuh aku"

"Alright sweetie, aku pun tak nak sentuh kau la! Dah, sign cepat!" Sambil menghulurkan pen.

Setelah selesai sesi sign surat kontrak.

"In two weeks, aku akan hantar rombongan meminang kat rumah kau." Kata Aedy Harriz

____________________________________________

"Assalamualaikum! Assalamualaikum!" Teriak Dato' Fatahuddin

"Waalaikumussalam, ya ya kejap ya!" Sahut Tuan Zain

Lalu pintu rumah dibuka, terkejut Tuan Zain apabila melihat rombongan yang datang kerumahnya.

"Mari lah, masuk ke dalam rumah" Ajak Tuan Zain

"Inaaa! Buatkan air untuk tetamu kita" teriak Tuan Zain memberi arahan kepada isterinya.

_________________________________________

"Apa hajat Tuan datang kerumah?" Tanya Tuan Zain

"Kami kesini untuk menyunting bunga ditaman" Kata Dato' Fatahuddin sambil ketawa.

"Bunga? Saya memang ada dua bunga 1 Hani Syuhada dan 1 lagi Hani Syahida" tanya Tuan Zain lagi

"Kami nak menyunting bunga yang Hani Syuhada, bagaimana dengan Tuan? Setuju atau tidak? Jika setuju, kita bincang pasal hantaran pula" ujar Dato' Fatahuddin kegembiraan

"Ohh, nak menyunting yang kakak. Kejap saya tanyakan tuan punya badan, boleh saya tahu nama kumbangnya?"

"Nama kumbangnya Muhammad Aedy Harriz" jawab Dato' Fatahuddin

Lantas Tuan Zain bangun masuk ke bilik Hani Syuhada.

"Kakak, betul ke kakak setuju?" Tanya Tuan Zain

"Ye Ayah, kakak setuju."

"Baik, Ayah akan bagitahu mereka."

Lalu Tuan Zain keluar dari bilik dan duduk semua di ruang tamu.

"Bunga saya, sudah setuju"

"Alhamdulillah, baik. Kalau begitu, hantaran RM20k cukup?" kata Dato' Fatahuddin

"Cukup Dato' itu pun sudah lebih" kata Tuan Zain.

"Kita terus Nikah sahaja ya, dalam tempoh 2 minggu lagi"

"Baik, kami ikut saja" angguk Tuan Zain.

2 minggu lagi aku bakal menjadi isteri Aedy Harriz, tidak cepat sangat ke? Ahhh kusut!

Kahwin KontrakDonde viven las historias. Descúbrelo ahora