"Leave Me Alone.."

17.3K 130 16
                                    

11.45am

Aedy bersiap untuk melawat Hani, rambutnya dikemaskan, lengan kemejanya dibutangkan. Siap!

Kakinya melangkah masuk kereta, dipandu menuju 1 kedai yang menjadi kegemarannya sejak dulu. Kedai Bunga Amor.

"Kak, nak yang ni 1. Berapa ya?" Tangannya menunjuk kearah jambangan bunga yang sudah siap digubah.

"Yang tu RM120 dik"

"Boleh laa kak, cantik jugak ni"

Lalu dia menunggu dikaunter sementara pekerja kedai itu mengambil bunga yang disukanya.

"Nah, kali ni beli untuk siapa pulak?" Tanya Kak Iza. Memang aedy sudah menjadi kebiasaan, akan beli bunga di kedai itu.

"Untuk isteri saya kak, dia tak sihat. Ni nak pergi melawat dia laa ni" Sambil menghulurkan Not RM100 dan RM20.

"Oh, untuk isteri. Tak jemput akak pun"

"Hehe.. Buat kecil-kecil je kak. Saya pergi dulu ye kak.."

Langkahnya laju meninggalkan kedai itu. Kereta dipandu ke hospital, rasa tidak sabar makin membuak.

Sampai di hospital, Aedy menerpa Nurse di kaunter wad 7. "Hani Syuhada bilik mana ya?" Tanya Aedy

"Bilik 6." Balas Nurse pendek.

Kakinya berjalan memasuki bilik itu. Terlihat Hani sedang baring, kepalanya memandang tingkap.

"Sayang, tengok apa i bawak ni" katanya sambil mengukir senyuman manis.

Hani menoleh, tetapi tiada respon. Hanya memandang bunga, kemudian dia memandang tingkap kembali.

"Aku taknak bunga"

"Alaa taknak ke? Takpe.. Bunga ni i letak sini, nanti bila i pergi office, u boleh laa tengok-tengok bunga ni" Bunga itu diletakkan di atas meja kecil sebelah katil.

"Sayang, u dah makan?"

Pertanyaan itu juga tiada respon dari Hani.

"Tak berusik pun makanan ni, sayang.. u kena makan nanti u kan dah pregnant.. nanti kalau baby...."

"Diam!!"

Aedy terhenti. Terkejut dia, apabila Hani menjerit.

"Dari dulu lagi aku dah cakap, aku nak grad dulu baru pregnant! Kau tengok apa kau dah buat ni! Look at me now!" Sambil menghempas-hempas tangan ditilam.

"Sayang, ni namanya rezeki. Kenapa nak pertikaikan? U grad lagi 3 bulan, tak ada laa obvious sangat. Nak marah-marah ni kenapa?"

"Kau cakap senang laa.. Yang kena tanggungnya aku! Kalau aku ada alahan? What if kau buat hal lagi?! Kau ingat aku boleh handle ke emosi aku? Boleh effect baby laa! Fikir laa sikit"

"Jangan laa fikir dekat benda yang belum jadi.. Buat hal apa? Auni? Ya Allah Hani.. Berapa kali i nak bagitahu? Kitorang macam adik beradik, tak lebih.. Boleh tanya mama lah! Suami sendiri pun tak percaya ke?"

"Whatever.. Aedy please.. Aku taknak ada sesiapa melawat aku harini, leave me alone.."

"Okey fine.."

Aedy akur, memberi ruang pada Hani. Baginya, dia harus bersabar, dan menganggap ini hanyalah kerana pembawakan budak.

________________🌟🌟🌟🌟________________

1pm.

Aedy membuka telefon bimbitnya.

"Helo Ayu, ni Aedy, boleh tolong tak?"

"Ye bos, ada apa tu?" Tanya Ayu

"Aku nak suruh kau pergi hospital, tunggu isteri aku kat sana, kau siap-siap sekarang" Arahnya

"Erk, tapi bos.. Kerja saya?"

"Banyak ke kerja kau?"

"Banyak jugak bos, nanti kalau tak sempat siap. Tuan marah"

"Ahh tak payah fikir ayah aku, pandai lah aku jawab. Kau kemas-kemas sekarang"

"Okey bos, ni saya kena naik kereta sendiri ke?"

"Kau naik jelah kereta company"

"Habistu, kereta saya?" - Ayu

"Nanti aku suruh kawan aku hantar kat rumah kau, kunci tinggal kat atas meja papa. Kau bawak je kereta tu balik, nanti balik esok aku hantar." Terangnya panjang lebar.

________________🌟🌟🌟🌟________________

"Puan, kalau ada apa-apa, puan bagitahu saya ye?" - Ayu

"Who are you?" - Hani

"Saya PA Tuan." - Ayu

"Kenapa dia hantar awak?" - Hani

"Emm.. Tak pasti puan, saya ikut je arahan dia" - Ayu

"Tak payah panggil puan, panggil kak je.. Saya bukan bos awak".

"Baik kak."

Hani rasa serba tak kena, sekejap dialihkan badan ke kiri, sekejap ke kanan. Badannya seperti tidak selesa dengan katil tu.

"Kenapa kak, ada apa-apa yang saya boleh tolong ke?" - Ayu

"Erm.. Takde apa, badan ni haa. Rasa tak sedap, boleh tolong picitkan tak?" - Hani

"Oh, boleh je kak. Akak ada minyak panas?" - Ayu

"Takdelah, takpelah.. Tak payah pakai minyak, sebab saya pun tak suka minyak. Nanti melekit" - Hani

Ayu segera bangun dari kerusi, menarik langsir sehingga tertutup separuh katil itu.

"Urut sini ye" tunjuk hani.

15minit berlalu, keadaan masih sunyi. Rasa janggal apabila orang lain yang urutkan badannya, ye lah. Selalunya hani akan menyuruh adik nya untuk urut.

"Bos garang ke dengan awak?" Pertanyaan hani, memecah suasana yang sepi.

"Erm, dia tak garang. Sangat sempoi, cumanya kalau ada pekerja yang main-main. Dia akan tegas"

"Oh, dia bukan ke study? Macam mana dia boleh kerja pulak?" - Hani

"Walaupun dia study, dia selalu jugak datang sekejap sekejap untuk tolong tuan. Kalau dia takde kelas, memang dia akan tolong kat pejabat." - Ayu

"Apa je yang dia tolong?" - Hani

"Tolong menyibuk, hahahahahaha" - Ayu

"Hahahah itu memang kepakaran dia" - Hani

Terleka berborak, tak perasan dah hampir setengah jam dia berurut. Hani menyuruh Ayu untuk berhenti, kerana sudah terlalu lama tangannya bekerja.

"Sampai malam ke awak kat sini?" - Hani

"Eh taklah kak, pukul 5 nanti saya balik." - Ayu

"Saya nak ke surau dulu ye kak, belum solat lagi ni." - Ayu

"Haa ye lah, rehatlah dulu.." - Hani.

__________________🌟🌟🌟🌟_________________

Jangan lupa, Vote Komen dan Support story Admin yang 1 lagi. Andai Itu Nasib Aku (A.I.N.A)

Kahwin KontrakWhere stories live. Discover now