BAB 3

38.9K 541 55
                                    

Sudah seminggu perkara itu berlaku dan Myra sudah tidak mengambil kisah tentang kejadian tersebut tapi Myra berasa geram apabila Adam berkelakuan seperti tiada apa-apa yang berlaku di antara mereka pada malam tersebut.

Pagi, selepas kejadian itu,dia masih teringat wajah Adam yang tenang sambil meminum airnya di cawan dan membaca surat khabar dengan fokus dan apabila Adam menyedari kehadiran Myra di ruang makan dia hanya mengangkat mukanya sekejap dan terus sahaja dia kembali meneruskan pembacaan surat khabarnya.

Pada ketika itu, muka Myra merah padam apabila teringat kembali kejadian semalam . Namun, apabila melihat muka Adam yang tidak berperasaan dan berkelakuan seperti tiada apa-apa yang berlaku di antara mereka , membuatkan dia berasa geram dan dia bertekad tidak akan membenarkan Adam mengambil kesempatan terhadap dirinya lagi.

***

Seminggu telah berlalu dan Myra telah kembali bekerja di Jabatan Forensik. Dia bekerja sebagai Doktor Forensik di jabatan tersebut. Walaupun kerja Doktor Forensik sangat membosankan kerana hanya perlu membedah mayat namun dia suka akan pekerjaan ini. Selain daripada Doktor Forensik, dia juga seorang pakar Forensik di jabatan tersebut. Jika setiap kali terdapat kes pembunuhan atau kemalangan dia akan bertanggungjwab dalam mengendalikan kes-kes tersebut bersama  partnernya Inspektor Taufiq. Setiap kes yang mereka kendalikan bersama juga akan berjaya mereka selesaikan.

Sebulan telah berlalu, Myra dan Adam sibuk dengan kerja mereka masing-masing.Setiap petang Myra akan balik ke rumah mereka, makan dan tidur. Begitulah rutin harian Myra . Manakala, Adam pula dia akan balik pada waktu makan malam atau kadang-kadang dia akan balik pada waktu tengah malam.

Selama sebulan mereka bergelar suami isteri, mereka hanya melakukan hal masing-masing. Mereka hanya akan bersua muka pada waktu makan pagi atau malam. Pada waktu cuti seperti sabtu dan ahad Myra pula akan meluangkan masanya dengan menonton tv di ruang tamu sambil makan potato chips atau ais krim. Tapi Myra berasa hairan, beberapa hari ini Adam asyik terperap dalam bilik kerjanya.

Myra yang sedang santai duduk di sofa sambil menonton tv ternampak kelibat Abuela menatang sebuah cawan. Myra terus berdiri dan menapak kearah Abuela. Dahi Myra berkerut  apabila melihat kopi tersebut. Pagi ni, sudah 6 kali Abuela buat kopi untuk Adam. Wow! dia ni penagih caffeine ke??

Myra memberitahu Abuela bahawa dia akan membawa kopi ni kepada Adam. Dia juga tertanya-tanya apakah kerja yang dilakukan oleh Adam sehingga dia meminum kopi sebanyak 6 kali.

***

Tok!tok!tok!

'Masuk!' laung Adam disebalik pintu. Dia sibuk meneliti fail di hadapannya sehingga dia tidak menoleh kearah gerangan yang memasuki bilik kerjanya.

Myra terkejut melihat kertas yang bertaburan di atas lantai dan juga fail yang bertimbun di atas meja Adam. Adam pula masih sibuk meneliti fail itu dengan muka yang serius dan rambutnya yang dalam keadaan tidak terurus.

Walaupun rambutnya dalam keadaan yang tidak terurus, namun pada pandangan mata Myra, Adam tetap kelihatan kacak dan hot.Ditambah lagi dengan kaca mata Adam yang elok terletak di batang hidungnya yang mancung membuatkan dia kelihatan seksi di mata Myra. Untunglah aku dapat husband yang hot, hensem dan seksi.. Myra tersengih.

Myra menapak ke arah Adam dan meletakkan kopi itu diatas mejanya.

'too much caffeine is not good for your body' kata Myra dengan lembut.

Terhenti seketika Adam dari membuat kerjanya apabila mendengar suara yang lembut menerpa ke telinganya. Dia mengangkat kepalanya dan melihat Myra . Terserlah eyebag Adam yang hitam di bawah matanya dan matanya juga lesu seperti tidak cukup tidur. Myra berasa kasihan melihat keadaan Adam.

Isteriku Hot!Where stories live. Discover now