"Aku muncul kerana terhidu bau hitam dari tubuhmu."
Seiring kerutan di dahi, mata Daris melotot tepat ke muka manusia asing di hadapannya.
"Siapa kau?"
Senyuman terlakar di wajah kusam. Terhibur melihat Daris yang kepanasan. Menambahkan aura hitam di sekujur tubuh tingga dan tegap itu.
"Lari bukan penyelesaian. Dendam kau patut dibuang! Kau takkan menang selagi kau berterusan macam ni."
Semakin tebal lapisan di dahi Daris. Gagal memahami apa yang dimaksudkan lelaki di hadapannya.
Laela pegun. Bingung memerhati apa yang terjadi di depan mata.
"Hanya darahmu yang akan menyelamatkan keadaan." Tokok lelaki itu bila Daris membisu.
Sigap, Daris beralih rapat ke tubuh manusia asing di hadapannya. Pedang di dalam genggaman sudah tenggelam di dalam kulit.
Bibir Daris dekat di telinga makhluk di hadapannya.
"Jangan memandai. Kau tak tahu apa-apa. Jangan ingat aku tak tahu siapa kau. Makhluk tak berdarah!" Daris berbisik keras! Sengaja suaranya direndahkan, tidak mahu Laela menelinga.
Sinis senyuman makhluk itu menggandakan sakit hati Daris. Matanya terpejam, menghidu haruman yang terbawa oleh tubuh Daris yang semakin kuat. Haruman yang terpancar dari kegelapan yang tercipta di hati Daris.
"Aku suka baumu. Sebab tu aku datang. Tapi si manis itu melindungimu." Ikut berbisik, lelaki itu mengerling Laela.
"Kau tak ada hak nak campur urusan kami! Baik kau pergi sebelum aku cabut nyawa kau!" Gertak Daris tanpa gentar. Sepantas kilat dia berundur ke belakang, berdiri di hadapan Laela. Tubuh isteri disembunyi di belakangnya.
"Kenapa Daris?" Laela pelik melihat Daris yang tiba-tiba di dalam mood mahu berperang.
"Belum tiba masanya untuk kita bertempur. Hatimu masih perlukan waktu untuk masak ranum. Dan bila saat tu datang, aku sendiri yang akan datang dalam wujud asalku."
Sekelip mata makhluk tak berdarah itu lenyap. Liar pandangan Daris, tercari-cari. Bimbang kalau mereka tertipu oleh makhluk yang mempunyai seribu satu akal untuk memperdaya itu.
"Mana dia?" Laela terkejut ikut menyedari kehilangan lelaki yang dibantunya.
"Aku dah cakap supaya berhati-hati, Laela. Jangan sampai kau tertipu."
Laela mengerutkan dahi.
"Tapi..."
"Hutan ni bukan macam kat tempat kau. Hutan ni penuh dengan tipu muslihat. Kau tak boleh percaya dengan pandangan zahir."
"Habis tadi tu apa? Bukan manusia?"
Merasakan keadan selamat, Daris mengendur. Pantas pedangnya kembali dimasukkan ke dalam sarung.
Renungannya melekat di muka Laela. Lama.
"Tapi si manis itu melindungimu."
Kata-kata makhluk tadi kembali terngiang-ngiang di telinga. Benak Daris tertanya-tanya. Apa yang dilakukan Laela sehingga boleh dikatakan sedang melindunginya? Sedangkan bermain senjata pun masih canggung.
"Kita teruskan perjalanan. Lama kat sini, entah apa lagi yang akan muncul." Arah Daris tegas. Menghampiri Agra, dia menunggu Laela naik dulu.
Dengan riak tak puas hati kerana soalannya diabaikan, Laela menurut jua. Takut juga kalau Daris bertindak meninggalkannya di tengah-tengah hutan itu.
Dia diam saja bila Agra mula melangkah. Kali ini tidak perlu disuruh, Laela sendiri sudah bersandar ke dada Daris. Menempuh beberapa jam perjalanan sudah cukup untuk membuatkan urat saraf Laela bersimpul.
"Kalau penat, kita berhenti rehat."
"Kau jangan pandang aku macam perempuan lemah."
Sinis ukiran di bibir Daris.
'Jangan pandang dia macam perempuan lemah? Nak bercakap pun dah tak larat!'
Tali kekang disentak kuat. Memaksa Agra berlari sejauh boleh. Sebelum Daris mengarahkan si kuda membawa mereka ke bawah pokok rendang.
Sebelum apa-apa, kucupan singgah di atas kepala Laela.
"Jom, kita rehat dulu my sweet wife."
Laela memutar bola mata. Meluat dengan tingkah Daris yang sewenang-wenangnya mengambil kesempatan. Tetapi dia sudah letih menegah. Bukan baru hari ini lelaki itu begitu. Sejak mereka bergelar suami isteri, tubuh Laela seperti tubuh Daris. Dipegang sesuka hati. Cuma dia masih boleh berdiam diri kerana Daris belum betul-betul melanggar 'kawasan' yang tidak sepatutnya.
"Such a sweet talker!"
Daris tertawa kecil. Melompat turun ke tanah, Laela dibantu.
Menikmati bekalan, masing-masing diam. Daris bersandar di batang pokok manakala Laela duduk tidak jauh darinya.
"Boleh aku tanya sesuatu?"
Tunak matanya berpusat pada Laela. Sebelah kening dinaikkan.
"Dah penat pun masih nak bersoal jawab?"
Laela mendengus lembut.
"Tadi tu makhluk apa? Kenapa kau cakap seolah-olah binatang tu merbahaya?"
Seketika Daris diam. Menimbang baik buruk jika dia berterus-terang. Kemunculan makhluk itu kerana aura hitam yang terbit dari tubuhnya. Dan nanti bila disoal aura hitam apa yang dimaksudkan, jawapan apa yang perlu disodor pada gadis yang ingin tahu semua benda itu?
"Makhluk tu bijak memperdaya manusia. Dan dia hampir memperdayakan kau."
Tidak. Bukan memperdayakan Laela tetapi Daris. Daris adalah sasaran utamanya. Laela hanya jadi sampingan. Atau lebih tepat 'penyelamat yang manis' seperti yang dipanggil oleh makhluk itu.
Laela telan liur. Tekaknya terasa berpasir. Sebelum ini chupacabra. Sekarang makhluk jahat menyerupai manusia. Lepas ini, apa lagi? Bahaya apa lagi yang menanti?
"Sebenarnya apa yang jadi pada raja kat sini? Kalau tak silap aku, kau orang cakap baginda pernah jadi baik. Tapi kenapa sekarang dah lain?"
Kunyahan Daris terhenti. Terkedip-kedip kelopak matanya. Membuang pandang ke wajah Laela yang penuh mengharap untuk mengorek maklumat.
"Kenapa kau nak tahu?"
"Aku pelik bila negara kau macam ni. Bukan ke sepatutnya seorang raja itu perlu adil dan saksama? Mana boleh hukum orang sesuka hati."
Laela sekadar meluahkan persoalan yang berbelit di kepala.
"He is tired being too nice. Maybe?"
Ayat pertama yang meluncur laju kedengaran penuh yakin. Namun bila ditambah sepatah kata yang akhir, terus saja keyakinan itu menyusup hilang bersama kabut pagi.
"Dan tu adalah alasan kenapa ayah aku akan dihukum bunuh? Sebab baginda penat jadi baik?"
Penuh sarkastik pertanyaan Laela menembak Daris tepat ke dada.
"He lost his soul, Laela. Teman yang diharap jadi setia sehingga akhir hayat berpaling tadah. Isteri kesayangan mengkhianati baginda. And too bad because his wife came from Bangsa Luar. Semua Bangsa Luar dianggap sekutu si isteri."
Dahi Laela berkedut.
"So, sepatutnya isteri bagindalah yang bertanggungjawab atas setiap nyawa yang terkorban! Memang sepatutnya dia mati dalam menanggung perasaan bersalah!" Ada dendam, ada marah. Kerana bekas permaisuri, hamba rakyat yang jadi mangsa.
Daris diam. Tiada apa yang mahu diulas.
Laela menjeling lelaki di sebelah.
"Mana bekas permaisuri sekarang? Dah mati ke?"
Lancar tutur Laela menyentak jantung Daris.
"Entah. Aku tak tahu. Tapi baginda tak sempat membunuh isteri dan keluarganya."
Sugul di wajah Daris menarik perhatian Laela.

CZYTASZ
TRIS
General FictionTRIS SESAT. Namun nasib Laela baik bila dia ditemukan dengan lelaki misteri berkelubung yang menyelamatkan nyawanya. Satu-satunya cara untuk mencari jalan pulang adalah, mengikut lelaki itu. "Jangan ikut aku!" Lelaki itu tidak langsung menoleh. ...