Part 29

1.2K 96 57
                                    

MENEGAKKAN rambut yang sudah pendek serta menyembur cologne, Daris menyarung sweater berwarna kelabu. Berhati-hati hoodie ditarik menutup kepala agar rambutnya tidak terpenyek.

Sedang dia sibuk mengemaskan penampilan diri, menjelma wajah Rowati. Perbualan mereka lewat petang tadi terngiang-ngiang di telinga. 

"Tengok pada keadaan Amirah yang tak tahu apa-apa pasal adab kita, hamba tak boleh benarkan Amir jumpa dengan Amirah buat sementara waktu. Baginda perlu dilatih adab keluarga diraja sebelum kita bawa baginda jumpa Qaiser Humam." 

Bagai hendak luruh jantung Daris menadah bicara Rowati. Hampir sahaja dia menempelak dek terkejut. Dilarang bertemu dengan Laela? Mustahil! Sejak tadi dia sudah rindu-rinduan mahu menjamu mata dengan wajah si isteri. Tiba-tiba sahaja hak itu ingin disekat oleh Rowati?

'Aduh, menyesal pulak aku suruh dia train Laela menghadap ayahanda.' Menggerutu dalam diam, Daris menggaru belakang kepala. 

Tajam mata Rowati memerhati tingkah Daris. Berpuluh tahun berkerja di Qasrina Dawama, dia cukup mengenali siapa Daris. Yang dilarang itulah yang paling suka dilakukan. 

"Ingat Amir, hamba setuju nak train Amirah kalau Amir janji takkan langgar arahan hamba. If no, the deal is off." 

Garang wajah Rowati membuatkan Daris tiada pilihan lain. Hendak tak hendak dia terpaksa bersetuju dengan arahan Rowati. Penting kerana mereka akan menghadap Qaiser Humam Iskandar pada keesokan harinya. Daris tahu benar, ayahandanya bukan boleh dibuat main soal adab qasrina. Silap hari bulan boleh meletup kepalanya. Itu belum masuk bab Laela yang berketurunan Bangsa Luar. Mahu terbalik qasrina nanti.

Mahu tak mahu, dia perlu berbaik-baik dengan Iskandar demi menyelamatkan Ramli. Dan salah satu taktiknya adalah menampilkan Laela yang baik-baik di mata Iskandar. Untuk memastikan matlamatnya berjaya, dia memerlukan khidmat Rowati. Mendedahkan Laela sedikit sebanyak tentang adab di qasrina. 

Namun untuk menurut pantang-larang Rowati? Itu bukan caranya. Daris adalah lelaki yang tidak akan tunduk pada arahan sesiapa. Lebih-lebih lagi arahan yang tidak menguntungkan pihaknya. Maka sebab itu dia mahu bersembunyi menyusup masuk ke dalam bilik Laela. 

Memasukkan tangan ke dalam poket sweater, perlahan-lahan Daris menyelinap keluar dari kamar. Sempat anak mata memerhati kiri dan kanan laluan sambil merapatkan daun pintu. Bibir menyenget apabila tiada sesiapa di sekitarnya. 

Mengatur langkah laju, dia menghala ke kamar yang menempatkan Laela.

Namun jantungnya berhenti bedegup ketika berselisih dengan dua pengiring abdi. Kakinya ikut jadi perlahan. Lebih-lebih lagi ketika bola mata mereka tertumpu padanya.

"Qaiser Amir."

Dua pengiring itu menundukkan kepala tanda hormat.

"Hemmm." Sambutnya tidak mesra.

Malas berlama-lama, terus Daris memecut pergi. Menyambung baki perjalanan ke bilik Laela yang tiba-tiba dirasakan sangat jauh. Rasanya ingin sahaja dia berlari.

Bibirnya mengukir senyuman lebar ketika pintu bilik Laela menerpa pandangan. Semakin laju hayunan kakinya. Tetapi dia kejung apabila daun pintu tiba-tiba terbuka. Bak ketulan ais, Daris beku menanti kemunculan figura yang paling ingin dia elak.

"Amir!" Bulat mata Rowati bertemu pandang dengan Daris yang sudah berubah menjadi manikin.

Tak semena-mena matanya mencerun tajam. Lebih-lebih lagi memerhati gaya pakaian Daris. Senyuman sinis cunggit di tepi bibir.

"Amir datang nak jumpa Amirah ya?" Sinis nadanya menampan telinga Daris.

"Errr... mana ada! Aku nak pergi ambil angin aje." Tanpa menunggu lama, terus dia menonong ke hadapan. Tidak sedikit pun menoleh pada Rowati yang tersenyum-senyum.

TRISTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang