BUNYI interkom tidak henti-henti berdenting. Mengejutkan Laela yang begitu nyenyak. Mencelikkan mata, dia hendak bangun. Tetapi tubuhnya terhalang. Lingkaran lengan sasa Daris mengunci pergerakannya.
"Nak ke mana?"
Garau bercampur serak. Suara Daris bergema dekat di telinganya.
Perlahan, Laela merungkai gelung lengan Daris. Cubaan membebaskan diri.
"Bangunlah. Interkom tu asyik berbunyi dari tadi. Mesti Rowati."
Daris mengabaikan. Berganda-ganda rasa malasnya mendengar nama Rowati. Sudahlah dia melakukan kesalahan. Memecah masuk kamar Laela. Sepatutnya, awal-awal pagi lagi sebelum orang lain bangun, Daris perlu menyusup ke biliknya.
Tetapi lain pula yang terjadi. Terlalu selesa Laela dalam pelukan sehingga dia tidak sedar apa-apa.
"Daris!"
"Hemmmm." Sahut Daris malas. Lambat-lambat dia melonggarkan tangan, memberi laluan untuk Laela bangkit.
Terus sahaja Laela menekan salah satu butang di interkom.
"Akhirnya bangun jugak Amirah kita!"
Baik Laela mahupun Daris, masing-masing tersentak. Laela tegak manakala mata Daris terbuka luas.
"Amir, hamba tahu Amir ada kat dalam!"
Kedua-duanya saling berpandangan. Cuak. Lebih-lebih lagi Daris. Terus sahaja dia menuruni katil. Mencapai seluar dan singlet yang terlonggok di atas lantai.
"Aduh, Si Rowati ni saja nak kenakan aku." Seluar disarung sambil mulut tidak henti mengomel.
Laela hanya terkebil-kebil di pinggir katil. Tidak tahu hendak berbuat apa.
"Err...kau nak ke mana?" Cepat Laela menghalang ketika Daris mengambil sweater-nya yang tersadai di atas sofa.
Tingkah Daris mengemaskan rambut terhenti. Berpaling pada Laela, dahinya berlapis. Memikirkan sesuatu. Merencana perjalanan hari ini.
"Nak bersiaplah. Kalau lambat, Si Rowati tu bising. Rimas!"
Setelah berpuas hati dengan penampilannya, barulah Daris menghampiri Laela. Kedua-dua bahu gadis itu dipegang. Mendorong Laela berdiri tegak di hadapannya.
"Aku nak kau bersedia. Aku akan minta Rowati tolong kau. Kejap lagi kita akan bersarapan dengan ayahanda." Juntaian rambut yang menutupi dahi Laela ditolak perlahan. Hujung telunjuknya kemudian menari-nari di atas kulit muka Laela. Membuai rasa bahagia yang bertapak di laman dada.
"Aku akan perkenalkan kau sebagai isteri aku. Jadi aku nak kau bersedia fizikal dan mental. Ayahanda tak sukakan aku. Apatah lagi kau."
Kening Laela hampir bercantum. Pesanan yang dititip oleh lelaki itu tidak langsung meredakan gelora jiwa. Sebaliknya menggandakan lagi rasa yang merusuh.
"Tapi aku takut."
Telunjuk Daris berhenti tepat di atas bibir Laela. Renungannya meruncing. Menombak tepat ke dalam anak mata Laela yang memancarkan keresahan. Pinggang ramping gadis itu dipaut lalu dibawa rapat ke tubuhnya.
"Kau kena jadi berani. Demi ayah kau."
Teringatkan Ramli, hatinya beransur reda. Keberanian kembali ke dalam diri.
"Lagipun apa yang kau nak takutkan? Aku ada dengan kau."
Lama pandangan mereka bertaut sebelum Laela merebahkan sisi kepala ke dada Daris. Matanya terpejam. Menghitung waktu bersama degupan jantung Daris yang bergema di telinga.
"Thanks Daris sebab sudi tolong aku sampai ke tahap ni."
Kedua-dua tangan Daris mendarat di pinggang Laela. Kucupannya singgah di atas kepala gadis itu. Perlakuan yang menunjukkan kasih di samping melindungi. Saat ini, dia sanggup melakukan apa sahaja demi Laela. Walau terpaksa bergadai nyawa. Daris sanggup.
Tok!
Tok!
Tok!
Ketukan yang bertalu-talu di muka pintu mengganggu momen berdua Daris dan Laela. Merenggangkan pelukan, Daris mengeluh kuat. Geram!
Meninggalkan Laela, Daris menarik kunci. Menguak muka pintu dari dalam. Sebaik sahaja ruang terbuka, tersembul wajah serius Rowati dan dua pengiring abdi.
Bibir Rowati menyenget sinis.
"Nampak gayanya Amir langgar janji."
Daris mendengus kasar.
"Dah, tak payah nak ugut-ugut aku. Kau tolong siapkan Amirah." Arah Daris garang lagi tegas. Mengiring sedikit dia memberi ruang untuk ketiga-tiga wanita itu menyerbu masuk ke dalam bilik Laela.
"Rowati, ayahanda dah sampai?"
Rowati pantas berpaling.
"Dah. Baginda sampai malam tadi."
Mengerutkan dahi, Daris memikirkan sesuatu.
"Malam tadi? Kenapa aku tak tahu?"
Rowati tersenyum-senyum sebelum menyua jawapan.
"Macam mana nak dengar kalau orang tu asyik berasmara."
Laela menjengilkan mata manakala Daris menelan liur. Pandangan mereka berlaga sebelum cepat-cepat Laela melarikan pandangan. Daris mengetap gigi. Tidak senang bila urusan peribadinya jadi perhatian.
"Aku bersama dengan isteri aku. Tak ada siapa yang boleh halang. Dah, pergi buat kerja!"
Tanpa menunggu balasan, Daris menonong pergi. Bera pula dirasakan. Susahnya menjadi 'Qaiser Amir' apabila segala urusan hidup jadi maklumat umum kepada pengiring-pengiring abdi di dalam qasrina.
Mengalihkan perhatian pada Laela, Rowati mengubah reaksi muka. Tegang semacam. Gadis yang terkulat-kulat di sisi katil itu dipandang.
"Amboi Amirah, seronok ya dapat tidur dengan Amir."
"Hah, kau jangan nak soal siasat dia pulak. Buat kerja kau tanpa soalan, Rowati!"
Seisi bilik terbius. Terus berpaling ke muka pintu. Bertemu pandang dengan Daris yang terjengul garang. Kelam-kabut Rowati dan pengiring abdi menghampiri Laela.
***

CZYTASZ
TRIS
General FictionTRIS SESAT. Namun nasib Laela baik bila dia ditemukan dengan lelaki misteri berkelubung yang menyelamatkan nyawanya. Satu-satunya cara untuk mencari jalan pulang adalah, mengikut lelaki itu. "Jangan ikut aku!" Lelaki itu tidak langsung menoleh. ...