1.1

668 54 8
                                    

Mijoo POV

Selesai tulis diary aku pada buku baru, aku turun bawah nak makan breakfast sebab nanti Daniel marah. Dia marah seram tau. Macam kucing selalu bergaduh tu. Meow sana sini, gaduh sampai masuk longkang.

"Nanti pulang sekolah, kau pergi cafe aku eh? Ada aku nak beritahu" kata Daniel tak pandang aku

Ni mesti ada sesuatu ni.

Aku pun mula makan breakfast yang dibuat oleh Daniel. Roti bakar dengan susu. Bersyukurlah yaa anak anak

"Dah jam 7:40 A.M. ni, baik kau cepat." Daniel segera meletak pinggan dan gelas di singki. Aku? Apa lagi cepat-cepat juga minum susu lepastu tolong basuhkan sekali pinggan gelas si Daniel tu :'D

Aku melangkah keluar dengan bangga. Ada sunshine Hoseok gituew. Aku tak sabar nak naik bike abang aku yang dia beli kemarin. Hasil duit tu dari eomma dan appa. Dorang bank in banyak duit~

Aku menunggu Daniel keluar dari garaj. Tiba-tiba





"Kau takleh naik bike aku. Pi jalan kaki atau naik bas" kata Daniel sambil memakai helmetnya yang bersinar tu

"What? Andwae! Aku bagitau eomma dengan appa nanti!" kataku marah. Aku pun nak rasmi juga motor dia tu. Lagipun jam 8 pagi start masuk kelas

"Who cares" kata Daniel selamba lalu menunggang bikenya meninggalkan aku yang ternganga di sini

🌸🌸🌸

Sampai di sekolah, aku terus berlari ke kelas aku. Pacik guard sibuk menahan pelajar yang lambat jadi aku curi masuk. Aku lambat nak tahan tahan bagai. Dahlah kelas aku tu di tingkat 3

Aku berlari marathon ke kelas. Pernah kawan tadika aku kata, kalau nak lari laju, anggap yang kau ni kena kejar oleh babi

Jangan tanya aku kenapa kami boleh cakap begitu. Aku masuk ke kelas tapi aku langsung tak perasaan dah ada cikgu

Puan Hae yang baru meletakkan barangnya di meja guru memandang aku dengan muka Angry Bird yang besar warna merah, kalau tengok Angry Bird the Movie confirm tau. Semua classmate aku pandang aku, ada yang tahan gelak. Guanlin pula dia tidur ...

"Amboi Mijoo? Sekarangkan pukul 8.05 a.m. , bukannya mesti di pondok securiti?" kata Puan Hae memandang aku atas bawah. Seram sejuk aku dibuatnya

"Kamu lari masuk ke hall sekolah? Atau panjat dinding sekolah? Nak saya beritahu pengetua dan guru disiplin? Suka hati kamu pula main masuk. Ingat sekolah ni nenek hang punya?"

Ya Tuhan, kenapalah Puan Hae begini. Classmate yang lain sibuk smirk dekat aku

Tiba-tiba ada suara orang bersin kuat.

"HACUMMMMMMMMMM!!!!"

Semua memandang si dia. Iaitu Guanlin. Yes, Guanlin.

"Berapa rekod dah disiplin kamu sekarang? Beribu kau tau?"

"HACUUUUUMMMMMMMM!!!"

"Dahlah benga--"

"HACOMMMMMMMMMMM!!!"

"Selalu langgar peraturan seko--"

"HAAAACOOOUMMMMMM!!!"

Sekali lagi, ada bunyi orang bersin kuat

Yes, sekali lagi itu Guanlin. Dia tu dah kenapa? Kata budak swag tapi bersin bukan main

"Guanlin kamu dah kenapa?!" marah Puan Hae kepada Guanlin. Guanlin mengelengkan kepalanya. Guanlin suruh aku duduk tempat duduk aku menggunakan signal tangan.

Introvert Wink Boy | park jihoonWhere stories live. Discover now