3.1

334 32 1
                                    

No one POV

"Kau memang cari nahaskan" kata Jihoon lalu berdiri dan ke arah Mijoo. Mijoo turut ke arah Jihoon dan ia menyebabkan mereka bersemuka

"Ya! Memang saya cari nahas. Kenapa?!" , belum sempat Mijoo mahu tampar Jihoon, Daniel sudah menahan tangan Mijoo

"Kamu berdua dah kenapa? First time aku nampak kamu berdua bergaduh sampai tahap begini. Macam kucing dengan anjing aku tengok!"

"Mijoo kucing. Jihoon anjing" kata Jaehwan yang baru sahaja berdiri dan menyebabkan dia menerima 3 pukulan di kepala oleh Daniel, Minhyun dan Jisung

"Dia yang mula dulu!"

jerit Jihoon dan Mijoo serentak. Lalu mereka berdua memberi pandangan maut masing-masing. Daniel menarik Mijoo ke dapur manakala Woojin menarik Jihoon keluar dari cafe

"Kenapa bergaduh dengan dia? Kamu berdua sudah berkenalan?" kata Daniel dan sambung semula dengan kerjanya

Manakala keadaan Woojin dan Jihoon..

"Woojin.. kau rasakan, kalau perempuan annoying macam Mijoo tu kau mampu bertahan tak?" soal Jihoon

"Tak tahu. Lagipun dia comel kalau dia marah" kata Woojin sampai tersengih.

"Whaㅡ Jangan cakap kau suka dia?!'

"Entahlah. Tapi aku rasa dia comel saja" sambung Woojin tersengih. Jihoon mahu saja lempang Woojin guna kuali kesayangan Guanlin

Mijoo POV

Sudah berapa jam aku di dapur ni tengok Daniel buat kerjanya. Kenapa aku selalu bergaduh dengan Jihoon? Padahal aku langsung tiada buat masalah dengan dia

"Aku nak pulang" kataku. Daniel angguk dan aku ke hadapan cafe. Mereka semua kecuali Woojin dan Jihoon melambai aku

Apabila aku sampai di rumah. Seorang perempuan berdiri di depan rumahku. Aku ke arah perempuan tu, nak tengok siapa dia

"Maaf. Cari siap-"

Puk

Satu tamparan terlekat pada pipiku. Aku memandang siapa yang berani sangat tampar aku dan ternyata Seulbin. Mukanya agak merah dan kelihatan marah, nafasnya turun naik

"Saya minta maaf" kata Seulbin dan bersandar pada pagar rumahku. Aku memegang area pipiku yang telah ditampar olehnya

Suka hati dia saja tampar aku, aku sudah tolong dia tapi ini balasan aku dapat

Seulbin ke arahku dan memegang tapak tanganku, dia meletakkan sesuatu pada tapak tanganku

Kotak rantai?
Bunga rose plastik?
Balang berisi kertas?

"Saya nak awak beri ni kepada Jihoon"

"Kalau saya tak nak?" soalku dan mengangkat kening. "Please. Saya sudah beri dia tapi dia tidak terima"

"Saya bagi awak ini kalau awak tolong saya" sambungnya dan menghulurkan sesuatu. Aku ragu-ragu akan permintaannya, begitu juga apa yang dia beri

Tiket penerbangan ke Jeju berserta tempat penginapan

Wtf

Niat aku ikhlas kot nak tolong dia tapi kenapa sampai bagi aku tiket bagai. Since tiket tu free, ambil sajalah kan? Well, takkan kau nak tolak rezeki kau?

Aku mengeluh, "Tak apa. Tak perlu beri saya sampai macam ni. Senang saja saya bagi dia benda ni" kataku padahal dalam hati aku rasa menyesal tolak pemberian dia

"Tak. Awak mesti terima ni juga. Sayang kalau tak ambil padahal baru sahaja ditempahㅡ"

"Dan, jangan lupa bagi tiga barang ni kepada Jihoon ya? Mesti beri kepada Jihoon. Jangan biarkan sesiapa pun selain awak sentuh barang ini" sambungnya dengan yakin akan pertolonganku. Aku angguk tanda setuju bantu dia sekali lagi

Introvert Wink Boy | park jihoonDonde viven las historias. Descúbrelo ahora