6.2 - SPECIAL CHAP PART2

185 17 7
                                    

Sebelum dia bergerak, Mijoo mengemas semula sampah kertas tadi dan membuangnya ke dalam tong sampah.

Dia angkat Peter dan memandang ke arah jambatan Sungai Han sambil mengeluh

"Sudahlah jauh. Lepastu disuruh lagi pergi sana! Kan peter kan?!"

Like it or not, dia pergi juga ke jambatan Sungai Han

>>>

Tiba sahaja di jambatan Sungai Han, dia nampak kelibat Daniel dari jauh. Terlalu gembira melihat abang kandungnya sendiri, dia berlari anak ke arah Daniel dengan Peter di dakapannya

"Daniel!!"

"Hei Mijoo-ah" kata Daniel dengan nada yang sedih, perasaan akan perubahan suara Daniel dan pandang Daniel dengan pelik sehingga Mijoo notice matanya

"D-Daniel, k-kau menangis ke?" soal Mijoo dengan perlahan-lahan, Daniel hanya senyum dan lap sisi air matanya. Dia pandang Mijoo dengan senyuman manis

Senyuman manis yang bercampur sedih.

"D-Daniel, k-kau ada masalah ke? J-Jangan buat aku s-sedih juga" soal Mijoo yang ingin menangis itu. Daniel geleng dan memberi sepucuk surat kepada Mijoo

bagi Peter dengan Daniel.
kemudian buat magik sendiri dekat abang kau

Mijoo memberikan Peter kepada Daniel, dia memandang Daniel yang tampak bersedih itu. Dan itu membuatkan Mijoo hendak menangis juga. Tapi dia cuba fokus apa yang surat tu nak

Buat magik sendiri dekat abang kau? Mijoo pandang Daniel yang sedang bermain dengan Peter. Kebetulan Daniel memakai topi

Mijoo teringat akan magic yang orang selalu buat dengan telinga seseorang.. kemudian ada barang keluar dari telinga atau rambut orang itu. Mijoo ketawa sendiri, magic apa ni kalau pakai topi?

Mijoo membuka topi Daniel, dan satu kertas berlipat kecil jatuh, dia mengambil surat itu dan membukanya

sorry for the cheap magic.
Btw, cari bekas kikisan sepanjang jambatan ni

"Ish.. kenapa Daniel vandalisme sungai Han?"

"Aku pula yang disalahkan?"

Mijoo mencari bekas kikisan dari tempat Daniel hinggalah ke hujung jambatan. Tapi tiada, dia menghidupkan light dari handphone nya dan mula mencari bekas kikisan

Walaupun hari sudah malam, masih ada lagi kereta lalu di jambatan sungai Han itu. Daniel pula bersama Peter ikut jejak Mijoo di belakang yang sedang mencari bekas kikisan

Akhirnya dia jumpa bekas kikisan tersebut, iaitu 27cm kiri dari tempat Daniel menunggunya tadi. Dia halakan lampu dari telefonnya untuk membaca apa yang ditulis

Badan kau pandang ke arah jam 12, tapi kepala kau yang sedang membaca ni pula pandang ke arah jam 12:05 .

Sila pandang ke arah jam 3

Tanpa membuang masa, Mijoo memandang ke arah jam 3. Alangkah terkejutnya dia apabila nampak fairy light dan Jihoon yang tersenyum gembira duduk one knee

"Mijoo-ah!!" jerit Jihoon dengan gembira

Kemudian Jisung, Sungwoon dan Minhyun berdiri di belakang Jihoon dengan mengeluarkan kad manila yang bertulis 'WILL'

Introvert Wink Boy | park jihoonWhere stories live. Discover now