1.2

468 36 5
                                    

Mijoo POV

Aku menuju ke bilik guru disebabkan oleh ketua kelas ingatkan aku

Aku mencari Puan Hae, "Annyeonghasaeyo" dan menunduk hormat. Puan Hae hanya mengangguk saja. "Kamu. Ikut saya"

Puan Hae membawa aku ke suatu tempat. Kan aku dapat denda? Kenapa tak bawa aku ke kelas tahanan?

Kami sekarang berada di padang sekolah, "Kang Mijoo. Saya nak awak kutip semua sampah di padang ni. Lepas habis kutip, tolong berdiri di sini tengah-tengah. Ingat. Dendaan kamu selama 2 jam." Puan Hae berkata lalu tinggalkan aku

Bapak wei. Begitu saja dia kasi tinggal. Aku memulakan dendaanku yang mengutip sampah. Boleh dapat sunburn lepas ni :')

Semua ahli Wanna One ke Harry Meow Pottah Cafe. Aku ditinggalkan. Aku ingatkan si Guanlin atau Daehwi tolong tunggu aku tapi ni tak.

Apa ni? Kata kawan dengan akuㅠ^ㅠ

Selesai sahaja aku mengutip sampah, aku berdiri di tempat Puan Hae suruh aku berdiri. Huuu nasib tempat Puan Hae suruh berdiri tu ada dahan pokok yang dapat lindungkan aku.

Sekumpulan pelajar lelaki ke padang sekolah. Dorang nampaknya nak main bola sepak

Bangang. Aku sudah kutip sampah dorang main lagi dekat situ. Kalau dorang tambah sampah lagi memang jilake.

Semasa aku sibuk mengulungkan lengan blazer aku. Kepala aku terkena sesuatu yang sangat sangat sakit

Dan aku terjatuh dan terduduk sebab kuat gila punya benda tu. Ada saka ni. Haish berpinar kepala aku dibuatnya. Dan benda yang kena kepala aku ialah BOLA. B-O-L-A. Tepat tepat di depan mataku bola tu berguling

Aku mengambil bola sepak tu cepat-cepat walaupun kepala aku pening. Aku bersiap sedia nak baling bola tu dekat dorang macam mana dorang kenakan aku tapi tak boleh sebab bola tu dah kena rentap dengan kasar oleh seseorang

"Bangang. Kenapa berdiri sini sedangkan kau nampak kami main bola sepak" kata seseorang

Dia yang bangang. Dia tak tau ke yang aku penat kutip sampah, aku rasa panas sebab berdiri di sini. Suka hati saja dia cakap begitu

"Sudahlah. Kesian perempuan ni. Nanti pengsan habis kita oleh Daniel" aku terdengar satu lagi suara lelaki. Baiknya lelaki tu

Even kepala aku pening dan sakit, aku still boleh nampak muka dorang. Lelaki yang marah aku tu blah ja macam tu.

Lelaki lagi satu ni, tolong aku berdiri. "Awak tak apa?" tanya lelaki tu

HAHAHAHAHA. HELL NO

Aku hanya mampu mengangguk kepalaku dan berdiri semula. "Betul ni?" tanya lelaki tu balik

Aku mengangguk kepala aku sekali lagi, "Yaa". Lelaki tadi tu ragu-ragu nak tinggalkan aku

"Ya saya ok" kataku sambil senyum. "Ok.. Kalau tak ok juga boleh panggil saya ya?" tanya lelaki tu

"Hoi pig datang balik" kata lelaki yang mengambil bola dari peganganku tadi

Dasar tak memberi kemanusiaan.

Aku pun meneruskan berdiri di tengah-tengah tu sampai 2 jam dah habis

🍒🍒🍒

Aku menuju ke cafe abangku. Nasib aku boleh berjalan lagi

Apabila aku tiba di cafe, aku diserang dengan pelukan Guanlin. "Weii Mijooooooo, Lin Lin nak minta maaf sebab tak dapat kawankan Mijoo masa dendaan" kata Guanlin masih peluk aku

"Apa-apalah"

Aku segera ke meja dan duduk. Aku pening kepala oii. Kesan bola tu masih lagi ada, nasib aku dapat control. Time aku berdiri tu ada juga aku curi curi duduk

"Kau ok ke Mijoo? Lain macam aku tengok kau ni" tanya Minhyun sambil mengusap kepalaku

Aku tak layan soalan Minhyun tadi, "Mana Daniel?" soalku. "Tu dia dekat kaunter. Kau tunggu eh" kata Minhyun lagi sekali

Guanlin mengambil tempat duduk di depanku. "Mijoo kau marah? Lin Lin minta maaf" kata Guanlin sambil mencebik. Aduh budak ni, dahlah comel tambah kepala aku sakit

"Kau dah kenapa Mijoo? Macam kena sampuk duh" kata Daniel sambil mengambil tempat duduk sebelah kananku. "Ha apa yang kau nak cakap kalau aku datang sini?"

"Oh iyaaa. Aku lupa hehehe. Since ni first time kau datang cafe aku, aku nak kau belikan barang ni di supermarket boleh?" tanya Daniel sambil buat muka comel

Tak guna. Jilake. Bodo. Bangang.

Aku ingatkan apa tadi yang penting sangat. Rupanya suruh aku beli barang. Bagus aku terus ke rumah tadi -_-

Daniel memberikan duit kepadaku, "Aku ada bagi extra duit. Jadi belilah apa-apa yang kau nak" kata Daniel lalu pergi ke kaunter

"Aku nak ikut boleh?" tanya Guanlin. "Kau lilin duduk diam-diam ok?" kataku sambil senyum kepada dia lalu keluar dari kafe

Sepanjang perjalanan ke supermarket, aku berjalan seperti orang mabuk. Terhuyung hayang ke kanan ke kiri. Orang yang limpas pun pandang aku pelik

Tiba di supermarket, aku membeli barang apa yang Daniel listkan. Selesai sahaja aku kumpul barang tu di bakul, aku ke tempat minuman sebab aku rasa haus dan aku nak beli banana milk

Tapi malangnya.. Banana milk kesayangan aku tu hanya tinggal 1 botol saja. Aku cepat cepat ke tempat banana milk dan ingin mengambilnya tetapi ak--

"Aduhh!", aku menahan kepala aku yang sakit. Aku bukan pengsan, aku terlanggar seseorang dan kepala aku kena bahu dia

"Alamak kau ni. Apasal main lari lari kan dah kena" kata lelaki tu lalu menolong aku berdiri. Suara dia macam aku pernah dengar?

Aku mengusap dahiku. Aku mengangkat kepalaku nak tengok siapa langgar aku ni

Sekali aku angkat...

"KAU?!"

Introvert Wink Boy | park jihoonOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz