1.6

406 37 0
                                    

Mijoo POV

"Uh.. Aku sudah rawat muka kau" kataku dan tolak dia dengan lembut. Yalah, takkanlah dengan kasar. Nanti nazak dia di situ aku tak nak tanggung

Jihoon mengambil pek ais itu semula. Aku kemaskan barang tadi dan bawa ke dapur

Aku ke ruang tamu semula, dan aku duduk di sebelah sofa Jihoon duduk. Keadaan ketika itu amat tegang?

Tiada satu pun antara kami bercakap. Just silent. Dan ada awkward juga.

Aku ni jenis lain, tak suka sangat keadaan sunyi, "Kenapa kau ikut aku?! Kan sudah kena!" kataku marah

Jihoon jeling kepadaku, "Buat apa aku nak ikut? Rumah aku kat sinilah. Lorong dua tu. Kau yang tiba-tiba tendang kaki aku lepastu muka aku apa kes?!" soal Jihoon balik dengan marah

Lah? Dia pun tinggal sini juga? Dekat lorong dua lagi tu. Manalah aku tahu kan?

"Err.. Manalah aku tahu?" aku perlahankan suaraku. Jihoon melihat jam tangannya, "Dah. Aku nak pulang dulu." kata Jihoon dengan dingin

Pulang? Luka masih ada nak pulang? Lepastu kaki pun macam tempang nak pulang? Belum lagi aku tolong ubatkan kaki dia. Sah aku kena marah nanti

"Takkanlah kau nak pulang dengan keadaan macam n--"

"Apa?!" jeritnya dengan marah lalu membuka pintu rumahku dan keluar. Dia hempas pintu rumahku tapi tak kuat sangat

Tak ada adab ke budak pendiam tu? Aku dah penat-penat tolong rawat luka dia, suka hati dia ja hempas pintu rumah aku

Aku ke jendela dan aku tengok Jihoon keluar dari rumahku. Muka dia nampak sangat dia kesakitan sebab kaki dia. Aku abaikan Jihoon

Sekarang nak dekat pukul 8 malam. Jadi aku nak mandi, buat kerja sekolah, makan dan kerja yang patut aku buat. Sebelum tu, kunci pintu rumah dulu.

       ♥♥♥

Aku mengeliat dari tidurku. Baru jam 6 pagi. Hurm perlukah aku ke sekolah?

Lagi-lagi dengan kes yang aku buat pada muka Jihoon. Aduh! Habislah aku!

Tiba-tiba, ada scene di mana muka aku dan muka Jihoon terlalu dekat dan Jihoon cuba mendekatkan mukanya ke mukaku.

Apahal aku boleh ingat pasal tu?! Macam kereta api duh scenes tu tetiba masuk dalam otak!

Aku dapat rasakan muka aku semakin panas. Aku blushing ke?

Ah! Lantaklah aku nak bersiap sedia ke sekolah.

Tapikan, kenapa Jihoon buat begitu? Dia nak kiss aku? Tapi takkanlah? Masa aku pandang mata dia, mata dia macam lain. Macam dia menunjukkan dia ni sedih? Idk

Aku malas mahu fikir lagi. Jadi aku bersiap ke sekolah. Habis bersiap, done makan sarapan, aku dan Daniel pun bergerak ke sekolah. Kali ni, Daniel tak naik bike dia jadi kami berdua naik bas.

Kami berdua pun sampai ke sekolah kami yang tah apa tu. "Aku nak kelas aku lepastu ke kantin. Kau?" Daniel baguskan tali lehernya. "

Aku di kelas sajalah" kataku dan melambai Daniel.

Sepanjang perjalanan aku ke kelas, di hallway sekolah yang aku dengar hanyalah pasal Jihoon

"Korang! Betul ke muka Jihoon kena belasah dengan teruk? Kesiannya!"

"Dia kena belasah atau tumbuk atau tendang sampai muka dia teruk semacam?"

"Kalau aku dapat tahu siapa buat muka Jihoon begitu, aku potong usus dia!"

Dan banyaklah yang aku dengar. Tak terkira lelaki atau perempuan, kalau lelaki dorang tanya macam mana Jihoon boleh terjebak dan perempuan pula sibuk bertanya pasal Jihoon

Aku meneruskan perjalanan ke kelas tetapi terberhenti oleh kerana semua pelajar di hallway sibuk berkumpul dan ke tepi hanya kerana

Jihoon datang.

Oh
Shit.

"Tengok tu! Bukannya tu kereta Jihoon sunbaenim ke?" salah satu junior berkata

Aku pusing ke belakang secara perlahan.

Aku. Rasa. Takut.

Pintu kereta hitam mewah itu dibuka, dan keluarlah si Park Jihoon

Tapi kali ni lain.

Dia just pakai jeans, dia tak pakai blazer sekolah, tali lehernya pun tak ikat dengan kemas, rambut agak messy but still looks good, Jihoon memakai mask dan eye patch, masih ada luka di mukanya. Ada juga plaster yang aku tolong lekatkan tapi sikit, mungkin dia ada buka plaster lain. Dan dia juga menggunakan tongkat ketiak

Tak kira apalah, aku just nak cakap

HE IS SO DAMN HOT AND HANDSOME LIKE A BAD BOY YOU KNOW? EVEN THO PAKAIAN DIA MACAM TU DAN MUKA DIA LUKA FULAMAK!

Eh? Apa yang aku fikirkan ni? Masa Jihoon keluar dari kereta, at the same time Baejin, Woojin dan Guanlin sampai. Dorang bertiga agak terkejut melihat keadaan Jihoon

Tanpa membuang masa, mereka ke arah Jihoon dan membantu Jihoon berjalan. Semua orang di hall sekolah beri laluan kepada mereka berempat. Macam taiko aku tengok lol

Masa mereka berempat lalu dekat aku, Jihoon sempat bagi aku pandangan maut. Oh tidak matilah aku

"Kesian Jihoon hyung. Siapalah yang buat begitu dekat dia?" kata Guanlin sambil mencebik dan melihat Woojin, Baejin dan Jihoon dengan mata yang risau

Urm, Guanlin? Orangnya hanya disebelah kau ni saja

"Kau? Kenapa tiba-tiba diam ni? Selalu nampak aku bukan main lagi 'Good Morning Lai Guanlin' , 'Yoo swaggy rapper' " kata Guanlin sambil mimik macam mana aku selalu tegur dia

"Takda apa-apa" aku menarik Guanlin dan kami berdua pun ke kelas

🌙🌙🌙

Bunyi loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat.

Aku, Guanlin dan Daehwi berjalan bersama-sama ke kantin. Guanlin dan Daehwi sibuk bertanya pasal Jihoon

Aku nak rehat mana nanti? Aku mana ada kawan perempuan, kalau rehat di kelas aku tak nak naik ke tingkat 3 balik

Nampaknya aku kena berdepan dengan Park Jihoon.

Kami bertiga sampai di kantin dan mengambil tray makanan kami. Dan kami pun pergi ke tempat duduk di mana Wanna One selalu duduk

Ada yang sudah datang kecuali kami bertiga. Ada yang makan, ada yang risau dengan Jihoon. Masa aku datang, Jihoon belum makan sebab makanan dia macam langsung tidak disentuh. Apabila aku duduk, Jihoon nampak aku lalu rollkan matanya dan mula makan dengan perlahan

Banyak pelajar ke kantin hanya kerana nak tengok keadaan Jihoon. Dan ada juga kawan Wanna One yang lain datang nak jaga Jihoon

Betullah kata Baejin, dia jadi pendiam kalau terlalu banyak orang

"Kau selamat ke rumah kau kemarin?" tanya Baejin. Panjang umur kau

Sempat juga aku ambil pandang Jihoon, tapi dia fokus makan. Dia tak dapat makan dengan elok dan kena perlahan. Aku just mengangguk pada soalan Baejin

"Jihoon? Macam mana sampai macam ni?" tanya Jisung dan mengambil sudu dari tangan Jihoon dengan perlahan dan mula menyuap Jihoon

"Ada orang bodoh kerjakan aku. Dia salah orang. Dia ingatkan aku ni penjahat dan ikut dia. Heol?! Aku just nak pulang ke rumah sajakan?" , akhirnya Jihoon bersuara. Sempat juga dia jeling padaku

Well, good job Kang Mijoo. You're in trouble now :)

Introvert Wink Boy | park jihoonWhere stories live. Discover now