2.8

326 34 17
                                    

Mijoo POV

"Bae Jinyoung punya girlfriend huh?" katanya dan berdiri di hadapanku. Dia pandang aku dengan jijik seperti aku ni sampah

Aku tanpa teragak-agak angguk kepala aku menandakan aku ni 'girlfriend' Baejin tapi realitinya tidak. Aku turut memberikan muka confident. Eleh, sudahlah baru masuk sekolah ni, kena tumbuk di perut confirm menangis dan report guru disiplin, macamlah aku tak tahu

Seulbin pandang aku sekejap dan dia mula gelak. Dia gelak seperti tidak ingat dunia dan dia memegang perutnya. Fikir lucuke?

Aku pandang dia dengan serius manakala pelajar yang lalu lalang memandang Seulbin dengan pelik

Seulbin berhenti gelak dan mula pakai dia punya 'b*tch face' itu. Lalu dia mendekatkan aku dengan 1 langkah

"Ini yang dikatakan Bae Jinyoung punya girlfriend? Dahlah tak cantik, pendek, kelas pun kelas kedua. Tengok muka kau boleh tahu yang kau ni bodoh. Nak aku ulang lagi? BODOH"

Tanganku menjadi penumbuk. Dia bercakap tadi sambil tudingkan jari kepada aku dan dia ulang perkataan 'bodoh' dua kali

"Sorry to say babe. But, you tak sesuai dengan Bae Jinyoung. Sebab apa?Dia deserves better than you. Siapa yang 'better' tu? Akulah" sambungnya dan senyum jahat. Macam setan lah aku tengok dia ni

Tak boleh Mijoo. Kau kena sabar. Sabar itu penting. Kau sentiasa kuat dan menangkan kalau kau sabar?

Aku pandang Seulbin sekejap dan mula berjalan tapi sekali lagi dia tahan

"Macam ni kau layan senior kau? Wow. Patutlah ramai orang tak suka kau" sambungnya apabila dia melepaskan lenganku. Senior?

Seulbin gelak semula, "Kau tak tahu aku ni senior kau? Well, aku satu umur dengan Bae Jinyoung. Jadi mudah juga aku pikat dia sebab blok kelas kami sama. Kau? Kau blok lainkan?" katanya dan sambung gelak semula

Aku kerling jam tanganku. Belum lagi sampai 7:30 pagi kalau tak memang ahli Wanna One sudah datang

"Apa yang kau nak sebenarnya ni?"

Akhirnya aku bersuara setelah berdiam diri. Seulbin berhenti gelak dan pandang aku dengan senyumannya yang dari tadi terlekat pada mukanya

"Tahu pun kau-"

"Ingat tak yang aku kata mudah juga aku pikat Bae Jinyoung?"

Tak. Tak ingat sebenarnya

Aku menguap. Memang mengantuk gila kalau bercakap dengan dia ni. Muka Seulbin berubah seperti dia sudah tidak tahan dengan perangaiku

Tiba-tiba dia mula menarik rambut, "Kau dengar sini junior tak guna" katanya dengan marah. Semua yang ada di sini agak terkejut dan mula berbisik. Mungkin first time dorang nampak budak baru sudah buat hal

Aku biarkan Seulbun buat begitu sebab bukan sakit sangat dia tarik. "Aku ada bukti kukuh yang kau ni memang tak sesuai dengan Bae Jinyoung! Kalau dia sudah sampai di sekolah ni aku beritahu dia!" dan dia melepaskan tangannya

Terus aku baguskan rambutku. Seulbin mengeluarkan telefonnya dan scroll down sesuatu. "Ini!" katanya dengan kuat dan menunjukkan sesuatu dalam telefonnya

Aku mendekatkan diriku untuk melihat apa yang ada dalam telefon. Alangkah terkejutnya aku apabila aku nampak gambarku di telefonnya

Aku mengundur semula dan senyum kepadanya. Kenapa? Aku tak kisah sebenarnya. Lagipun cantik juga aku dalam gambar tu HAHAHA

Gambar tadi memang tak ada hal bagi aku. Seulbin seperti tidak puas jadi slide dia punya screen untuk gambar lain dan dia menunjukkan gambar itu. Aku mendekatkan diriku semula untuk melihat gambar kedua

Sekali lagi aku terkejut. Tapi lain sikit. Sampai aku terundur melihat gambar itu. Seulbin smirk kepada aku apabila nampak aku punya reaksi

Gambar,

Gambar aku dengan Woojin. Dimana aku tak sedar yang aku peluk tangan Woojin.

Masalahnya sekarang ni, pasal gambar tu. Muka aku buruk woi! Mulut aku terbuka dan mataku tertutup. Sebab mungkin masa itu aku menyuruh Woojin tunggu aku? Ya?

Tapi yang penting Woojin hensem dalam gambar tu :')

"Bukan itu sahaja. Aku ada tiga bukti kukuh" katanya dan slide screennya untuk gambar ketiga. Belum sempat dia nak tunjukkan aku gambar ketiga, bahuku terasa berat

Aku menoleh ke kiri dan nampak Daniel meletakkan tangannya di bahu kananku

"Kenapa kau masih disini?" tanya Daniel kepadaku dan memandang Seulbin lalu aku semula

Aku sayang abang aku. Dialah life saver 😭❤

"OMG! INTERNATIONAL PLAYGIRL!" jerit Seulbin apabila dia sedar kehadiran Daniel di sebelah kiriku. Dan dia mula mengambar kami berdua dengan posisi Daniel yang masih meletakkan lengannya di bahuku

Daniel pandang Seulbin dengan pelik dan pandang aku semula. Aku mengangkat bahuku tanda aku juga tidak tahu

Seulbin smirk dan dia mula slide atau scroll untuk menunjukkan gambar ketiga tadi. Aku dan Daniel pandang antara satu sama lain dan serentak ke hadapan untuk melihat gambar ketiga tadi

Selesai melihat gambar ketiga dengan sekejap. Aku dan Daniel ke belakang dan memandang antara satu sama lain. Dan kami berdua mula ketawa gelak macam orang gila

Seulbin memandang kami berdua dengan pelik kenapa kami ketawa dengan kuat. Pelajar di bahagian di sini sudah tidak melayan kami apabila aku dan Daniel ketawa. Akhirnya, Baejin sampai di sebelah kananku, " Apa ni?" tanya Baejin

"Bae Jinyoung!" jerit Seulbin.

"Awak mesti tengok ni!!" dan Seulbin mula menunjukkan gambar itu tadi. Baejin tengok kami berdua apabila kami cuba berhenti ketawa, lalu Baejin ke depan untuk melihat gambar di telefon Seulbin. Apabila Seulbin slide gambar ketiga, aku dan Daniel tidak dapat tahan jadi kami berdua ketawa semula dengan kuat

Baejin mula ikut kami ketawa. Kami bertiga ketawa tidak ingat dunia. Daniel ketawa sambil peluk aku dan memukul Baejin manakala Baejin hanya ketawa dengan kuat sampai dia bernafas pun susah. Aku yang ditengah-tengah antara mereka memegang perutku

Aku lap air mataku yang keluar. Aku smirk kepada Seulbin, "Aku sangkakan aku saja yang bodoh. Rupanya kau pun bodoh juga. Nak aku ulang lagi? BODOH"

Muka Seulbin agak merah sekarang. Aku meninggalkan dia, begitu juga Daniel dan Baejin. Baru 2-3 langkah aku bergerak, Daniel memanggil aku

"Mijoo! Tunggu aku!" jerit Daniel. Aku berhenti dan menoleh ke belakang untuk menunggu Daniel. "Oh. Mijoo sebenarnya adik kandung aku. Kang Mijoo." Daniel smirk kepada Seulbin sebelum dia ke arah ku

Baejin turut smirk kepada Seulbin, "Dan gambar Mijoo yang lain tu, sebenarnya tu kawan aku" lalu Baejin mengikut kami berdua dan meninggalkan Seulbin di sana

Gambar pertama: aku memberi senyumanku kepada Donghyun dan Youngmin

Gambar kedua: aku dan Woojin

Gambar ketiga: aku peluk Daniel di bike

Baru aku faham kenapa Seulbin tahan aku dan beri senyuman psycho. Dia mengekori aku ke V Mall kemarin. Heh

---------
tiada Mijoo×Jihoon moment for this chapter. insyaallah nanti ada

btw, korang prefer long or short chapter ? 🤔

Introvert Wink Boy | park jihoonWhere stories live. Discover now