BAB 3 : SCENE 3

1.5K 51 30
                                    


Aku berdiri di sebelah motor, melihat sebuah kereta sport Aston Martin Vanquish bewarna biru yang diletakkan bersebelahan. Kereta itu nampak gah dan aku tak pernah melihatnya secara dekat sebelum ini. Tangan aku rasa gatal untuk memegang kereta tersebut. Jika kereta ini seorang wanita, nescaya aku akan kahwini dia. Bahkan aku akan bersetubuh dengannya jika kereta ini mempunyai sepasang payudara dan faraj di bampar. Aku berpaling ke belakang, pada tingkap jernih restoran Drift Dining and Bar, melihat lelaki kacak berpersonaliti metroseksual yang masuk sebentar tadi. Wajahnya tampak kena dengan kereta ini. Pakaiannya, gayanya dan juga personaliti seorang lelaki badboy yang sejati. Yang menghairankan cumalah teman wanita lelaki itu yang nampak seperti orang yang biasa-biasa sahaja. Macam budak universiti yang repeat paper tiga kali. Wajah seorang gadis yang senang dijumpai di pasar malam, pasaraya The Store dan juga Mydin.

Tapi gadis itu seakan mempunyai getaran magnet pada tubuhnya yang genit. Dia mempunyai mata dan senyuman yang memukau. Wajahnya juga lembut dan sejuk untuk ditatap tanpa jemu. Ah sudah. Aku rasa aku dah gila. Aku membayangkan untuk bersetubuh dengan kereta sebentar tadi dan kini aku inginkan teman wanita orang lain pula. Orang yang tak sepadan langsung denganku. Memang betul agaknya, seorang badboy, seperti lelaki metroseksual itu boleh memiliki mana-mana gadis yang dia mahukan. Hanya perlu ada wang yang banyak di dalam saku, sedikit gaya berlagak apabila berjalan, dan parfum yang wangi gila.

Aku memandang kembali ke arah motor cabuk Yamaha RX aku yang ditongkat hampir senget menyembam ke tanah. Malam ini sahaja aku ditimpa malang yang tidak berkesudahan. Bermula detik tahun baru, ditinggalkan kekasih seorang diri, di bank, di pub The Brokeback sehinggalah ke sini. Oh, helmet aku hilang dan tersadai di bahu jalan dan entahkan ada lagi atau tidak. Jika hilang, aku takkan memaafkan diri aku buat selama-lamanya.

Aku mendongak ke langit dan merenung lama pada awan yang menghitam. Berfikir kenapa Tuhan tidak memberikan saja aku kanser payu dara tahap tiga dan menamatkan riwayat hidupku untuk tiga bulan mendatang dengan sadis dan memalukan. Aku sudah penat untuk menghadapi dunia ini. Paling tidak, kurniakan aku limpahan air mata agar boleh aku tangisi untuk segala kesakitan yang dihadapi malam ini. Aku mengangkat tangan tinggi ke udara, dengan bekas makanan yang terjulang sama, meminta Tuhan mengasihani aku dan memberikan sedikit kegembiraan. Oh Tuhan... Oh..."

"Solat Tahajjud ker. Salah kiblat tu. Kiblat kat sana...Kakakaka." Suara Mat Rempit yang menaiki motor di hadapan jalan memotong doa-doaku. Dua orang pemuda itu ketawa bersipongang sambil membunyikan hon motor. Dari tangan yang tertadah aku tunjukkan jari tengah dan mereka ketawa dengan lebih kuat lagi.

Suara ketawa itu bagaimanapun bergantian dengan lolongan. Aku memandang mat rempit yang hilang di simpang jalan di hadapan. Tidak terdengar seperti suara mereka melainkan laungan seorang wanita. Lolongan itu masih lagi terdengar sayup buat beberapa detik sebelum kembali senyap membuatkan aku berpaling ke sisi, pada sebuah lorong gelap tidak jauh dari tempat aku berdiri.

"Pontianak kat Bukit Bintang?" Getus aku yang tercaduk-caduk mengamati kembali suara sayup tersebut. Sekali lagi suara itu kembali menjengah. Kali ini ia melolong meminta tolong. Mendengarkan rintahan itu aku segera berlari menuju ke sebatang lorong bersebelahan restoran. Laungan itu semakin kuat apabila aku sampai ke lorong yang sempit, dan terlihat menakutkan, dan suram, dengan hanya disinari cahaya samar dari sebatang lampu jalan di luar.

"Hello?" Aku berjalan melangkah perlahan-lahan apabila tidak melihat siapa-siapa pun di situ. Darah aku berderau dan mula rasa nak terkencing. Sehinggalah langkah kakiku termati pada sebuah tong sampah besar yang terletak di sudut dinding. Di sebelah tong sampah itu terlihat seorang lelaki bertubuh gedang yang memakai jaket parka dengan tangannya yang digenggam—teracung tinggi ke udara.

FANTASTIKWhere stories live. Discover now