💣Satu

347 17 5
                                    

Tarikh : 08 Januari 2020
Jam: 2010 malam.
Tempat : Kelas 5 Intelligent.

Seorang gadis masuk ke dalam kelas yang gelap gelita itu. Sebaik sahaja lampu dipetik, tiba tiba...

" Allah selamatkan kamu~ Allah selamatkan kamu~ Allah selamatkan Farhana Aliah~ Allah selamatkan kami~ Yeahhh!! "

Kejutan yang dibuat oleh Precious ST Girls membuatkan Farhana begitu terharu. Aihan selaku PKF membawa kek yang berlilinkan nombor 17 menghampiri Farhana.

Marsytah memeluk sahabat karibnya itu erat. Amira Farhana mendekati mereka berdua. Air mata bergenang ditubir mata Farhana.

" Jangan la nangis, Farhana. Hari ni kan bday awak. " pujuk Amira Farhana.

Farhana hanya tersenyum.

" Cer aok bagi ucapan siket. " ujar Aleeya Maisara.

Farhana membetulkan suara.

" Ehem.. Ok... First, thanks dekat semua sebab sudi buat kan surprise nih untuk koi. Koi hargai. Koi nak cakap yang Precious ST akan sentiasa maju. Kita akan bangkitkan semula nama batch dan sekolah kita. Koi harap semua orang berjaya lah untuk SPM tahun nih. Hwaiting! " ucap Farhana.

Semua bertepuk tangan.

Tepat pada jam 2030 malam, semua pelajar sudah mula berpusu pusu memasuki kelas masing masing untuk kelas prep malam.

Sebulan kemudian, selepas mendapat keputusan peperiksaan pertama...

" Assalamualaikum w.b.t. Perhatian kepada semua pelajar Tingkatan 5. Semua pelajar Tingkatan 5. Anda semua diminta untuk bergerak ke bilik seminar sekarang juga. Ulang suara. (...) Sila percepatkan pergerakan anda. Harap maklum. " arah Encik Rosyaimi.

Maka, Precious ST pun mulalah berpusu pusu menuju ke bilik seminar. Mereka mencari tempat masing masing.

GPK HEM Puan Sharipah Mariah dan GPK Koko Puan Norashidah setia menanti kehadiran mereka. Slide bertajuk " Keputusan Peperiksaan Calon SPM 2020 (1) " ditayangkan pada skrin yang terpampang dihadapan mereka.

-------------------------------------------------------------
Sains Agama : 1. Muhammad Danial
bin Iskandar. (11A+)
2. Marsytah Nurul
Ainna. (11A+)

Sains Tulen : 1. Muhammad Haikal
bin Hairee. (9A+)
2. Nur Aimi Nadiah
binti Nasaruddin. (9A+)
3. Nurul Athirah binti
Hasdan. (9A+)

Peratus Lulus : 100%
Peratus Gagal : 0%

80/101 : Straight A's
21/101 : 8A 1B

-------------------------------------------------------------

" Ok. Apabila kita lihat keputusan disini, semua telah melakukan satu kejayaan besar. Dan untuk pengetahuan semua. Sekolah kita berjaya mendapat nombor 1 dalam kalangan semua SBP. " ujar Puan Sharipah Mariah.

Precious ST bertepuk tangan. Sangat gembira dan bangga dengan keputusan mereka.

" Markah untuk kokurikulum pun bagus. Alhamdulillah, semua participate dalam sukan yang diminati. Selalu dapat emas dalam HK SBP. " ucap Puan Norashidah.

"Tapi, kita kena kumpul markah untuk AAT dan walaupun HTA lambat lagi, dalam bulan 5 nanti. Pastikan hiasan hiasan di asrama dan dorm masing masing lawa dan kemas. Faham? " tegas Puan Sharipah Mariah.

*Very Slow Update*1620 (Bunuh) -Insoft- (Precious ST)Where stories live. Discover now