Special : First Day Ramadhan at School

166 5 21
                                    

Author's Notes :
Ni bukan sambungan ye~ Just enjoy this special bonus part! Watak watak dalam special part ni takde kena mengena dengan jalan cerita BUNUH 1620. Ni special part normal je. Faham? Kelas ikut kedudukan tahun ni~

----------
Tarikh : 8 Mei ( 3 Ramadan )
Masa : 4.30 pagi
Tempat : Asrama Putera

Fahim terjaga dari lenanya apabila seseorang mengejutkannya dari tidur.

" Kau nak apa? " tanya Fahim malas setelah melihat gerangan yang mengejutkannya.

" Sahur weyh. " balas Aliff.

" Alah... Awal lagi lah. " balas Fahim lalu berura ura untuk menyambung tidurnya kembali.

Aliff mengeluh.

" Bangun lah weyh. Aku ni pun ngantuk gak. Tiba tiba je terjaga awal, terus teringat nak kejut kau sahur. " pujuk Aliff.

" Ishhh... Kau ni. Bukan ke lagi afdhal kalau sahur lambat, hah? " Fahim memberi alasan.

" Memang la lagi afdhal sahur lambat tapi kalau kau nk sahur time imsak memang tak dapat ah jawab nye. " balas Aliff.

Fahim mengabaikan Aliff lalu kembali menuju ke alam mimpi.

" Apa apa je lah. Kau jangan cakap aku tak kejut kau. Aku gi ngan Luqman je la. Cau lu. "

Aliff keluar dari L04 bersama Luqman manakala Fahim lena dibuai mimpi.

" Nak ajak yang lain tak? " tanya Luqman.

" Malas ah. " balas Aliff.

" Ok. " Luqman akur.

Mereka pun menuju ke dewan makan tepat jam 5.00 pagi. Lama benor kejut kan Fahim nye 😂.

(Lauk hari ni : Nasi goreng dan ayam masak merah.) <--- imagination 😢

Mereka makan dengan penuh berselera. Ramai la jugak yang datang sahur memandangkan first day puasa kat sekolah.

Dari duduk berdua, datang lagi 4 orang yang rajin ke dema iaitu Adam, Amirul Hafiz, Anas dan Umar duduk semeja dengan Aliff dan Luqman.

" Aku ingatkan takde dah budak form kita yang bangun sahur. Ade gak rupanya. " kata Aliff.

" Lapar duh. Aku tak nak kebulur. " ujar Anas.

" Betul tu. " sampuk Umar setelah membaca doa sebelum makan.

" Yang lain mana? Takkan budak form kita takde dah? Semua tidur mati ke ape? " tanya Amirul Hafiz pelik.

" Gila tak. Dormmate aku si Hazim tu tidur mati macam mende tah. Kejut banyak kali, renjis dengan simbah air pun tak jaga jaga. Agak agak nya kalau aku letak bom sebelah dia pun dia tak sedar. Entah pape. Eii... Semalam beria sangat suruh aku kejut. Last last tak bangun pun. Buang masa aku je. Aku malas nak layan pastu aku terus gi dema. Tu pun terserempak dengan 3 orang budak ni. Nasib ada geng nak gi dema. Kalau tak, memang muka aku je la yang gi dema sorang sorang. Takde orang teman. " bebel Adam.

Seisi meja tersebut tergelak mendengar bebelan Adam.

SKIP

Masa : 5.30 pagi
Tempat : Dorm L04

" Abang Riz. Bangun. Nak azan dah ni. " Carl mengejutkan Fahim dari lena.

Fahim terduduk diatas katil. Pane. Nak bukak mata pun susah.

" Pukul berapa dah ni? " tanya Fahim dengan suara yang baru bangun tidur.

" 5.30. "

Jawapan daripada Carl membuatkan mata Fahim terbuka seluas luas alam.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 27, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

*Very Slow Update*1620 (Bunuh) -Insoft- (Precious ST)Where stories live. Discover now