💣Sembilan

75 3 0
                                    

Tempat : Tidak diketahui                   
Masa : Tidak diketahui                  
Tarikh : Tidak diketahui

" Aduh... Sakitnya kepala aku... " gumam Fahim sendirian.

Dia memandang sekeliling.

" Semua yang jadi tadi mimpi ke? Aku still dekat dunia ghaib ke? Petunjuk apa dalam mimpi tu? Siapa Aliff sebenarnya? Kenapa dia senyum sinis dekat aku dalam mimpi tu? " pelbagai soalan berkecamuk didalam fikiran Fahim.

Ya, apa yang berlaku di chapter lapan hanyalah mimpi bagi Fahim. Tapi, bukan mimpi bagi seseorang...

" Mana Intan? " tanya Fahim sendirian.

Matanya melilau mencari kelibat Intan namun tidak dijumpai. Begitu juga dengan Anas dan Aimi. Fahim bangun dari duduknya. Kakinya terasa sakit. Mungkin sebab jatuh. Pandangannya sedikit kabur namun dia tetap berusaha mencari jalan keluar dari tempat yang pelik itu. 

" Fahim... "

Terdengar satu suara halus memanggil namanya.

" Siapa tu?! " jerit Fahim.

" Fahim... Kekeke... "

Suara tersebut ketawa kecil. Jelas bahawa ia mengejek Fahim yang sedang dalam ketakutan.

" Jangan main main lah! Kau ingat aku takut dengan kau? Keluar la kalau berani! " cabar Fahim.

Krakk! Krakk! Krakk!

Kedengaran seperti bunyi tulang dipatah patahkan. Satu figura yang tak dapat dikenalpasti menuju ke arahnya. Satu bentuk... Yang jelas... Bukan manusia...

" Awak panggil saya ke, Fahim? " ujar benda tersebut sambil menyeringai ke arah Fahim.

"ARGH!!! " 

Disuatu tempat...

"ARGH!!!"

" Bunyi apa tu? " tanya Anas terkejut.

" Tu... Tu suara Fahim kan? " tanya Intan.

" Haah! Tu suara Fahim! " Aimi mengangguk pasti.

" Aku rasa bunyi tu dari blok akedemik. " ujar Anas.

Mereka yang dari dewan terus berlari menuju ke blok akedemik. Mereka menaiki anak tangga secepat mungkin menuju ke sebuah bilik bernombor P021 berdekatan Bilik Bahasa Arab.

" FAHIM! " jerit Intan panik.

Dihadapan mereka, kelihatan Fahim yang pengsan tidak sedarkan diri. Cuaca pada malam itu sungguh menyeramkan membuatkan mereka cepat cepat menyeret tubuh Fahim ke kelas 3 Intelligent.

Pada masa yang sama...

Tempat : Sekolah
Masa : 0745 pagi
Tarikh : 29 Mei 2020

" Perhatian kepada semua pelajar Tingkatan Lima, sila pergi ke bilik seminar sekarang juga. Diulang, (...) Sekian, harap maklum. "

Precious ST mula bergerak menuju ke bilik seminar setelah mendengarkan arahan yang telah diberi kepada mereka biarpun ada yang mengeluh.

Kelihatan Tuan Haji Zaberi menunggu kehadiran mereka semua.

" Assalamualaikum w.b.t, ayahanda. " ujar Arif Akmal selaku Ketua Tingkatan disusuli oleh anak buahnya.

" Waalaikumussalam. Baik, semua boleh duduk memandangkan ayahanda nak buat perjumpaan ini sekejap sahaja. Selepas ini, kamu semua akan teruskan dengan Pdp masing masing. " ujar Tuan Haji Zaberi.

*Very Slow Update*1620 (Bunuh) -Insoft- (Precious ST)Where stories live. Discover now