💣Lapan

170 12 9
                                    

Tempat : Dorm 4
Masa : 1350 petang
Tarikh : 28 Mei 2020

" Jangan! Jangan ganggu aku!! "

" Fahim Mukhriz... "

" Apa yang kau nak sebenarnya hah?! "

" Hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa... "

" A-apa maksud kau nih?! "

" Setelah perjanjian termaterai, kau adalah aku dan aku adalah kau. "

" Apa ni?! "

" Kau adalah aku. Aku adalah kau. "

" Kau adalah AKU. Aku adalah KAU.

" KAU ADALAH AKU DAN AKU ADALAH KAU!!! "

" ARGHH!!! " jeritan Fahim bergema satu asrama.

" Fahim? Kau ni kenapa? " tanya Riduan yang pelik melihat sahabatnya itu.

Dada Fahim berombak laju. Nafasnya tak menentu. Berpeluh peluh badannya kerana ketakutan yang menjalar.

" Eh, kau okay tak ni? " tanya Riduan lagi kerana risau melihat Fahim yang macam tak cukup nafas.

" Aku.. Aku o-okey... " balas Fahim lemah.

" Kau nak air? Aku pergi refill jap. " ujar Riduan sebelum berlalu pergi ke ruang legar.

Fahim bersandar dipenjuru katil. Memikirkan tentang mimpinya tadi.

' Kau adalah aku dan aku adalah kau. ' ayat itu berlegar legar dalam fikirannya.

" Apa maksud dia? " gumam Fahim perlahan.

" Bro, nah air. " kata Riduan yang baru tiba.

Fahim menyambut huluran Riduan sambil tersenyum nipis. Setelah memastikan Fahim puas minum air tu, Riduan menepuk bahu Fahim.

" Kau kenapa sebenarnya? Mimpi buruk ke? " tanya Riduan.

" Takde ape ah... Biasa la tu mimpi. Mainan tidur. " balas Fahim masih merahsiakan perkara sebenar.

" Okay. Aku tak nak paksa kau. Kalau kau dah relax, ready nak bagitau aku, cari aku dekat dorm Alip sebab aku nak lepak dengan dia. Cau lu. " kata Riduan.

Fahim hanya mengangguk. Riduan pun menuju ke dorm Aliff. Fahim merenung kosong dorm yang kini hanya dia sahaja yang sedang duduk didalamnya. Yang lain tak tahu pergi mana. Makan maggie kott...

Dia mengeluh. Tiba tiba dia teringat satu buku yang baru diambilnya beberapa hari yang lalu distor. Loker dibuka lalu ditarik keluar satu buku yang berwarna hitam. Dihadapannya tertulis tajuk iaitu 'Bunuh'.

Flashback...

Fahim stress sebab jam dia hilang. So, dengan terdesaknya, dia pun cari la dekat stor. Kot kot lah ade cleaner terjumpa pastu ingatkan tak nak guna pastu buang.

Habis semua kena punggah. Fahim melirik kesetiap sudut stor tersebut sehinggalah matanya tertancap pada satu lubang segi empat dibahagian atas stor tersebut. Mungkin mana mana barang tak muat letak kat atas tu.

Fahim pun susun kotak kotak pastu dia panjat naik atas masuk lubang tuh. Gelap. Fahim mencari suis kot kot la ada suis ke apa ke. Plak! Ada la sikit cahaya cuma malap. Tak nampak keseluruhan kawasan tuh.

Fahim ternampak jam tangan dia. Dia menghembus nafas kelegaan. 😥 Gila lah. Takkan nak hilangkan, matching dengan Intan punya jam. 😘😈

*Very Slow Update*1620 (Bunuh) -Insoft- (Precious ST)Where stories live. Discover now