💣Enam

158 8 5
                                    

Tempat : Sekolah
Masa : 10.00 malam
Tarikh : 9 Mei 2020

Seluruh kawasan sekolah itu gelap gelita.

Di kelas 5 Intelligent.

Budak lelaki yang asyik berbual terkejut apabila tiba tiba sahaja kelas mereka blackout. Begitu juga dengan perempuan yang rancak bergosip.

" Eh? Asal blackout pulak nih? Tertiberr je? " tanya Sanim pelik.

Budak perempuan ada yang menjerit sebab terkejut dan takut.

" Relaks boleh tak? Jangan lah nak menjerit bagai. Orang takut Allah bukannya takut gelap. " tegas Aliff cuba menenangkan keadaan.

" Aku gi kelas perfect jap. " ujar Riduan.

" Aku ikut. " kata Fahim.

Mereka pun pergi ke kelas 5 Perfect. Gelap jugak.

" Satu sekolah blackout ke? " tanya Riduan dari pintu belakang.

" Waarghh!! " jerit Nurin akibat terkejut.

" Ish kau nih, bising ah. " bebel Fahim.

" Siapa suruh tak reti bagi salam? Dah la gelap. Jap, ada tak sape sape bawak torchlight? " tanya Nurin.

" Koi! " balas beberapa orang.

Dini, Aleeya, Adib, Isma, Izzat, Nuna dan Farisha mengeluarkan torchlight masing masing. Entah apa kejadah tiba tiba dapat ilham nak bawak torchlight. Ada hikmah rupanya.

" Ok lah. Aku nak cari warden. " kata Riduan.

" Okay! Jom, Fa-- " saat Riduan pusing ke belakang, ayatnya tergantung.

" Fahim? Fahim?! " panggil Riduan.

Entah macam mana Fahim hilang begitu sahaja. Padahal, jejaka itu ada disebelahnya tadi.

Aleeya yang dari tadi duduk disebelah Intan turut pelik.

" Eh? Mana Intan?! " tanya Aleeya panik.

Tiada sebarang kesan dimana mereka menghilangkan diri. Kenapa ia mesti berlaku sekali lagi?!

------------------------------------------------------
Tempat : 5 Brilliant
Masa : 10.05 malam
Tarikh : 9 Mei 2020

Anas membaca komik walaupun dalam keadaan gelap. Samar cahaya dari lampu yang dimiliki oleh ahli kelas itu sedikit sebanyak memberikannya peluang untuk sambung membaca komik berjudul Lawak Kampus itu.

" Weyh, Aroy. Lawak siaa yang nih. Cer kau tengok. " katanya.

Senyap. Kerana pelik apabila tiada yang menyahut, Anas menoleh kesebelahnya. Terkejut bukan kepalang apabila tiada siapa disebelahnya. Satu kelas itu kosong bagaikan tiada penghuni.

Tap! Tap! Tap!

Bunyi tapak kasut menghampiri. Anas dah cuak. Makin lama, bayang bayang hitam yang merupakan figura seorang gadis kelihatan. Anas tutup mata sebab takut dengan pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku.

" Anas? " suara lembut seorang gadis menyapa.

Anas amat mengenali suara itu. Tapi, dia takut kalau dia tersalah dengar. So, dia kekal senyap.

Gadis itu menghampirinya perlahan lahan. Anas makin menunduk sambil menutup mata.

" Anas? " panggil gadis itu lagi.

" Ni aku la, Aimi. Kenapa kau tutup mata bagai nih? " tanya Aimi pelik.

Setelah betul betul percaya bahawa gadis itu adalah Aimi, Anas memandang empunya suara itu. Tak pernah tak cantik.

*Very Slow Update*1620 (Bunuh) -Insoft- (Precious ST)Where stories live. Discover now