Part 2 : Telefon Oh Telefon ! Mana kau erk ?

1.1K 49 0
                                    

=HyunaPOV=

"Seo Nyeo , lepas ni jadual masa apa ye ?" tanya aku sambil tanganku sibuk membelek buku - buku yang aku bawa ke sekolah .

"Wae ? Takkan kau tak dapat jadual lagi kot ?" tanya Seo Nyeo yang agak pelik .

"Aniyo , bukan apa . Aku just .. hmmm " aku sengaja memberhentikan percakapanku . Seo Nyeo yang dari tadi agak pelik bertambah bingung .

".... macam nii , .. jadual aku ... aku tak ingat la aku letak kat mana . Hesy , kalau aku nervous macam ni la jadi . Hadoi ." jelas aku walaupun agak malu . Mukaku yang berwarna putih susu itu bertukar menjadi merah jambu .

"Alaa , aku ada kawan nyanyuk rupanya . Baru aku tahu . Hahaha ." Seo Nyeo cuba bergurau namun , aku langsung tidak ketawa sebaliknya ada air mata yang gugur di pipi aku . Aku segera memeluk Seo Nyeo . Seo Nyeo kebingungan .

"Hyuna ? Waeyo ? Kau tak suka ke aku kata kau nyanyuk ? Mianhae ." kata Seo Nyeo . Aku yang tersedu sedan terus memberitahu sebab aku menangis supaya tidak merisaukan Seo Nyeo .

"Tak lah . Aku bukan tak suka kau cakap macam tu . Cuma kau mengingatkan aku kepada kawan lama aku . Kau cakap lah lagi . Aku suka dengar ." aku bersuara lalu meleraikan pelukan ku sambil mengesat air mata yang jatuh .

"Ouh ." balas Seo Nyeo ringkas .

"Okey-2 . Hyuna ! Be strong !" aku memberi kata-2 semangat kepada diri . Seo Nyeo hanya tersenyum melihat aku .

"Lepas ni masa Bahasa Inggeris ..... Oh My ! Bahasa Inggeris lah paling aku benci . Aku tak pandai ! Kalau tak siap kerja sekolah Bahasa Inggeris , jangan harap nak boleh balik rumah ." kata Se Nyeo .

"Arghh aku pernah tak siap kerja rumah sebab ada urusan keluarga . Aku tak sempat buat . Masa aku beritahu cikgu tu , dia kata 'Saya tak kisah apa pun sebab awak tak siap kerja rumah tu . Kalau awak tak tidur malam , memang awak boleh siapkan kerja rumah yang saya bagi tu .' Hah boleh gila aku dibuatnya hari tu ." sambung Seo Nyeo dengan penuh perasaan sambil menepuk mejanya berkali - kali dengan kuat dan tidak berhenti - henti mengeluh kesal .

"Ouh , macam tu . Sabar-2 . Everything happen for a reason ." balas aku untuk menenangkan Seo Nyeo .

"Ermm , aku nak tanya ni ." aku bersuara lagi . Seo Nyeo hanya mengangguk tanda memberi aku laluan untuk bertanyakan soalan .

"Adakah , cikgu Bahasa Inggeris ni pun handsome ?" tanyaku dengan perasaan yang penuh ingin tahu .

"Eeeeeeeyap ! He is !" balas Seo Nyeo sambil mengangguk - angguk kepalanya sambil mengenyit matanya .

Ya , sememangnya aku terkejut besar dengan jawapan yang diberikan oleh Seo Nyeo . Anak mata besarku yang berwarna dark brown mula terbeliak luas . Hmmm , ye lah tu . Besar lah sangat . Tapi , berkenaan mataku yang berwarna dark brown itu memang betul okey ?

Beberapa minit kemudian , Lay datang dan memberitahu pelajar - pelajar di dalam kelas bahawa cikgu bahasa inggeris mereka mempunyai meeting dan tidak dapat hadir ke kelas . Mereka dibenarkan pulang ke rumah .

Aku melihat ramai pelajar perempuan di dalam kelas menunjukkan reaksi kecewa . Wait a minute , mereka kecewa tak boleh belajar ke kecewa tak boleh jumpa dengan cikgu ?I think I know the correct answer . Huh ! -,- Mentang-2 lah cikgu tu handsome . Tapi handsome sangat ke ? Curious pulak aku . Pelajar - pelajar lelaki pula sibuk bersorak bahagia bagai menang Piala Dunia . Hesy ! -..-

"Tapi , macam mana Lay boleh tahu tentang tu ? Dia tak tipu kan ?" tanya aku ingin kepastian .

"Oh , aku lupa nak bagitahu kau . Lay , Luhan .. Eh kejap , mana satu erk ? Lay ke Luhan ? Ahh lantaklah . Yang aku nak cakapnya ialah antara mereka berdua tu , salah seorang adalah dongsaeng bagi cikgu bahasa inggeris kita yang bernama Sehun tu . Jadi , sudah terang lagikan bersuluh lah yang mereka bagitahu tu betul . Tak ada tipu punya ." kata Seo Nyeo lalu tersenyum bangga kerana mengetahui segala jenis maklumat tentang mereka .

You're Under Arrest For Stealing My Heart ♥ [EXO] (ON HOLD)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant