Part 9 : Minah Plastik Gila -_-

838 39 0
                                    

Aku masuk ke kelas . Sekarang ni masih lagi waktu matapelajaran Matematik . Nampak nya tak lah lama sangat aku cuci tandas tadi .

Cikgu Kai pun tengok kat aku dan Kris . Ape ? Nak denda lagi ke ? Tak puas ? Hurh !

Mujur lah handsome kalau tak , dah lama Cikgu Kai yang akan jadi cikgu yang paling aku tak suka ><

"Dah selesai ? Bagus . Duduk . Sekejapnya awak berdua buat ." kata cikgu . Aku hanya tersenyum . Kris pulak tersenyum nipis . Cukup nipis sampai menampakkan yang dia tersenyum sinis .

Aku dan Kris pun duduk di tempat kami semula .

♛◇♛◇♛◇♛◇♛◇♛◇♛

Masa rehat dah tiba ! Yahoo ! Terlepas daripada seksaan Matematik . Sebelum cikgu keluar , cikgu pesan kepada kami supaya tak lupa buat kerja rumah .

Kami tahu lah cikgu ! -,-

Ramai yang dah keluar pergi ke kantin . Tapi aku tunggu Kris . Hehehe bukan tunggu untuk apa pun . Saje je .

"Meh sini kerja rumah awak . Saya tolong buat kan . Bayar yang semalam saya tak buat ." kataku sambil menghulurkan tanganku untuk mengambil buku latihannya daripada tangannya .

"Tak payah susah - susah !" katanya sambil bersuara agak kuat . Dia kemudian menyorokkan bukunya di belakang badannya .

"Eleh , saya janji saya buatlah !" eh eh , baik pulak aku .

"Tak yah ! Janji awak tu bukan boleh percaya ." ehhh mamat ni cakap macam dah lama kenal aku pulak . Dia meninggalkan aku dengan senyuman sinisnya lalu dia segera keluar daripada kelas .

Selepas aku mengemas barang - barang yang ada di meja ku , aku pun turut keluar . Aku mengejar Kris yang dah jauh kat depan .

◇♛◇♛◇♛◇♛◇♛◇♛

Waktu sekolah dah tamat ! Yeahhh ! Happy aku lepas sakit-2 badan kena denda .

Semua manusia dalam kelas aku dah keluar . Tinggal aku sorang . Aku segera kemas beg aku dan nak keluar . Takut jugak aku duk sorang-2 ni .

Sejurus sahaja lepas aku keluar , tiba - tiba ada minah sekat jalan aku . Pehal pulak ni ?

"Kau jangan ganggu Kris ! Dia dah ada teman wanita ! Aku teman wanita dia ! Kau jangan fikir nak jadi teman wanita dia ! Ingat tu !" minah tu sergah aku macam orang gila kena kacau tidur . Aku hanya mengerutkan dahi ku .

"Kejap , bila aku ganggu dia ? And satu lagi , ada ke aku fikir macam tu ? Yang kau ni marah aku macam lembu laga naik minyak ni pehal ?" cehh , kris oh kris ! pinjam ayat sekejap .

"Kau ni kan !" dia merentap beg daripada bahu aku dan lempar beg aku jatuh ke luar koridor tingkat 2 tu . Kebetulan pulak aku pakai beg sebelah bahu je .

Aku ? Perasaan aku ? Aku rasa yang aku jadi lembu laga naik minyak dulu . Tanpa aku berkata apa - apa , aku terus menerpa ke tembok koridor bersama tangan terhulur nak ambik beg aku . Tapi terlambat , beg aku melayang dan terus menimpa kepala seseorang . Lelaki .

Dia tertunduk sambil mengaduh kesakitan . Beg aku terdampar kat kaki dia . Habislah rosak telefon aku dalam beg tu !

Aku kesian jugak kat dia sebab jadi bahan ketawa orang lain .

Dia mengaduh kesakitan sambil memegang kepalanya . Apabila dia mendongakkan mukanya ke atas .........

Ok , jujur aku cakap . Terperanjat gila aku time tu bila nampak orang tu adalah Kris !

"Awak ?!" marah Kris kebengangan .

Tiba-tiba tanpa aku sedar , minah gila tadi tarik lengan aku untuk kembali berhujah . Eh , minah gila ! Kau nak ape lagi hah ?!

You're Under Arrest For Stealing My Heart ♥ [EXO] (ON HOLD)Where stories live. Discover now