Part 15 : Netball

806 38 0
                                    

=SomeonePOV=

Sekarang ni masa PJK , aku kena suruh budak-2 bersiap untuk sukan .

"Okay , you guys can go prepare for your next subject , Sport ." jelasku dalam bahasa inggeris memandangkan Sehun memberitahuku bahawa dia memulakan program itu hari ni .

Tiba-tiba aku ternampak seorang pelajar perempuan masuk ke dalam kelas . Aku tak kenal siapa dia .

Dia kemudian memperkenalkan diri apabila tersedar yang aku melihatnya pelik dari tadi .

"Oh hello , sir . May I introduce myself . My name is Hyuna . Park Hyuna ." nyata pelajar perempuan yang bernama Hyuna itu .

"Oh , hey . I'm Baekhyun . Byun Baekhyun . Nice to meet you . Are you a new student ?" tanyaku .

"Yes I am ." balas dia pendek tapi dengan senyuman . Secara automatik aku tersenyum juga .

Comel jugak dia ni . Hyuna ~ Aiyayayayaya ><

"I'm a new student too ." kedengaran suara seorang l pelajar lelaki mana entah . Pandanganku tiba-tiba beralih kepada seorang pelajar . Nampak macam sombong tapi tak tahu pulak peramah .

"Oh , really ? What is your na..."

"Kris ." segera dia menjawab pertanyaanku dengan senyuman . Dia ni macam tahu-tahu je aku nak tanya apa .

"Oh , I'm ..."

"Baekhyun seongsaeng ?" potong dia lagi . Budak ni macam tahu je apa yang aku nak cakap . Aku hanya tersenyum dan mengangguk .

Selepas mereka keluar , aku pun mengikuti mereka daripada belakang . Aku pun perlu tukar baju aku jugak . Takkan lah aku nak main pakai baju kemeja ? Tak logik lah kan .

☆◆☆◆☆◆☆◆☆◆☆◆☆

=HyunaPOV=

Selepas aku ambil telefon aku dari beg , aku segera ke bilik persalinan untuk menyalin bajuku kepada baju sukan .

Seo Nyeo tak de dia tak datang sekolah . Dia sms aku lepas aku tengah gayut dengan Sae Hyun pagi tadi masa tengah tunggu Kris siap . So , aku blur sikit hari ni .

Mujurlah , ada Hyemi . Dia tolong aku . Dia jadi macam panduan kepada aku . Hehehe .

"Thanks ."ujarku kepadanya .

"Not a big deal ." kata dia lalu tersenyum manis . Comel !

Sesampai sahaja aku di padang bersama Hyemi , aku tergamam seketika . Besar gila padang sekolah ni . Tak pernah-pernah aku tengok padang sebesar ni . Sepanjang 4 hari dah aku duk kat sekolah ni , hari ni baru aku nampak . Tak logik betullah . Dah lah besar .

"Okay today we gonna play netball . Are you ready ?" tanya Cikgu Baekhyun .

"Yes we are !" jerit kami . Cikgu yang jerit dulu . Kami pun jerit lah jugak .

Cikgu pun mendekatiku . Dia pun memperkuatkan suaranya sambil berannouncement . Hampir pekak aku . Cikgu ni pehal ?

"Are you sure ? This time you will not play boy in a boy group and girl in a girl group okay ? You will .... susahnya nak cakap inggeris !! Hari ni saya benarkan kamu semua cakap hangul . Berbelit dah lidah aku ."

"Okey , saya ulang sekali lagi . Permainan hari ini akan lelaki lawan perempuan tak macam minggu lepas iaitu lelaki lawan lelaki dan perempuan lawan perempuan . Anda faham ?" tanya Cikgu Baekhyun .

"Nae !" jerit kami . Geram je aku nak balas balik announcement cikgu tu . Sabar je lah . Cikgu handsome sangat . Tak berani aku dibuatnya . Hahah .

"Okay the game start now !" jerit cikgu sekali lagi membuatkan aku menekup telingaku . Cikgu ni ! Aku cepuk jugak kang ! Dah lah duduk betul-betul tepi aku !

Aku pun bergerak lah ke group perempuan . Kelihatan Kris mendekatiku dan berdiri di sebelahku .

"Yaa , what are you doing here ? .. eih silap . Awak buat apa ni ? Pergi lah masuk group lelaki tu ." ujarku kehairanan . Aku dah terbiasa speaking hari ni . Bila cikgu bagi peluang tak payah speaking , terspeaking jugak . Hadoyai .

"Shreo . *Tak nak*" balas dia pendek sambil membuat muka minta simpati . Ingat comellah tu ?

"Andwe ! Go ! Tak nak ?" aku dah mula bengang . Apahal pulak dia ni ? Hampir semua classmates kitorang tengah tengok . Malu aku bila orang pandang tau tak ?

Kris hanya menggeleng . Aku pun menolak belakang Kris sehingga dia tiba di group lelakinya .

"Awak duduk kat sini !" marahku .

"Baiklah kalau macam tu , tengok lah apa yang saya akan buat ." jawab dia selamba tapi penuh makna ?

Apa yang mamat ni nak buat ni ? Ahh lantak lah ! Asal aku tenang main karang .

Permainan sudah pun bermula lima minit lepas namun tiada siapa pun yang mampu menjaringkan gol . Aku pun tak sebab bola tak pernah-pernah aku rampas . Aku tak de mood nak main sebenarnya hari ni .

Tiba-tiba Hyemi membaling bola ke arah ku . Pada ketika itu aku berada sungguh dekat dengan tiang gol . Aku pusing ke belakang dan ..... GOL ! Yeayyy kumpulan kami dah dah satu mata .

Kris yang berdiri di sebelahku hanya  memandangku sinis . Harh ! Kesah pulak aku .

Beberapa minit telah pun berlalu selepas gol pertama kumpulanku . Aku rasa semangat aku dah naik membara dah ! Cehh , nak try main lah .

Aku pun segera berlari ke arah Kris yang kebetulan pada ketika itu sedang memegang bola . Aku pun tak nak tapi terpaksa .

Dengan mudah sekali aku merampas bola itu . Kris ni tak pandai main ke ?

Aku memusingkan badanku dan terus menjaringkan gol kedua kumpulanku . Yeayyy ! Walaupun jarak antara aku berdiri dengan tiang gol agak jauh , namun ia tak boleh halang aku daripada sumbat gol kalau semangat dah ada . Kehkehkeh .

Aku bersorak gembira . Bahagianya rasa . Dah lama aku tak main tapi aku masih boleh kan ? Hehehe .

Hmmm , orang handal main kan ? Ehehehe perasan pulak aku .

Sekarang mata kumpulan aku dah naik 3 yang dijaringkan olehku 2 dan oleh seorang budak perempuan kelasku nama apa entah . Manakala mata pasukan lawan iaitu pasukan Kris juga telah berjaya mengumpul sebanyak 2 .

Jadi , if kumpulan aku jaringkan satu lagi gol , kumpulan aku memang akan menang memandangkan gol ini akan menjadi gol terakhir kami . Kalau tak jaringkan gol pun tak pe . Kumpulan aku selamat . Kumpulan aku just kena halang mereka daripada sumbat gol supaya tak seri . Tapi nampaknya macam tak de cara nak sekat dia .

Tinggal beberapa minit je lagi sebelum permainan tamat . Aku kena cepat . Tapi kalau tak cepat pun tak apa . Aku tetap akan menang . Cehh . Tapi aku tak nak lah mereka jaringkan gol . Aku tak nak seri . TAK NAK !

Aku pun merampas bola daripada tangan Lee Jong Ki . Pandai jugak budak alarm ni main .

☆◆☆◆☆◆☆◆☆◆☆◆☆◆

=KrisPOV=

Hyuna dah pun rampas bola daripada Jong Ki . Aku kena halang dia sebelum dia jaringkan gol . Asal dia dapat bola je , tak kira jauh mana dia berdiri daripada tiang gol , dia tetap boleh sumbat gol .

'YA AKU KENA HALANG DIA !' bisikku di dalam hati .

Aku mendekatinya perlahan-lahan dan ....

﹋o﹋

#Do read next part ;)

#Do vote

#Happy SabtuDay :)

#Salam 12 Syawal 1435H

You're Under Arrest For Stealing My Heart ♥ [EXO] (ON HOLD)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt