Part 4 : Homework :(

962 46 0
                                    

"Annyeohaseyo !" ujar seorang lelaki yang agak tinggi . Para pelajar hanya menunduk hormat kepada lelaki itu .

"Baiklah , duduk . Kelas kita ada budak baru ke ? Siapa ? Nama apa ?"

Aku segera bangun lalu memperkenalkan diri . Lelaki itu hanya tersenyum .

"Baiklah . Nama saya Kim Jong In . Panggil saya Kai . Cikgu Kai . Gembira bertemu awak , mmm Hyuna . Saya cikgu Matematik awak ." kata lelaki yang merupakan cikgu Matematik itu kepadaku . Aku hanya mengangguk tanda mengerti butir-2 percakapannya . Woww handsome ♡﹏♡

KRINGGGGG KRINGGGGG !

Loceng giat menjerit bagi menandakan waktu balik sudah tiba . Aku dan rakan sekelasku yang lain sibuk mengemas buku dan bersiap untuk pulang .

▓▒▓▒▓▒▓▒▓▒▓▒▓▒▓▒▓▒

Dah lama aku tunggu eomma ni . Kenapa sampai sekarang tak muncul - muncul lagi ni ? Dah la cuaca sekarang panas . Habis mandi aku tunggu eomma . Mandi peluh -.-

Tiba - tiba aku teringat tentang mesej Sae Hyun yang aku tak balas lagi sebab tak ada kredit . Aku pun mengeluarkan telefonku daripada poket . Memang terkejut masa aku tengok ada mesej yang masuk .

Sae Hyun balas !

Aku menjadi pelik . Aku rasa aku tak ada kredit . Tapi macam mana Sae Hyun boleh balas ?

Sae Hyun : Hyuna ! Camne sekolah baru kau ?

: Hyuna ! Kenapa tak balas ?Hyuna kau sibuk sangat ke ?

: Hyuna tolonglah balas walau sepatah . Aku rindu kau .

: Hyuna ! Kau dah sombong dengan aku erk ?

: Hyuna ! Kau dah ada namja chingu tak ?

: Hyuna ~ Tak apa lah kalau kau nak sombong . Aku sedih . Aku dah berjuta-juta tahun dah kawan dengan kau . Tapi hanya sebab kau pergi sekolah baru , jumpa kawan baru , kau dah lupa aku erk ? Hmm aku terima . Bhaii .

Pukul 6 petang ,

Sae Hyun : Hyuna ! Kau buat apa tu ?

: Hyuna ! Kau tidur ke ?Hyuna ! Hyuna ! Hyuna ! Hyuna !

Aku : Kau ni dah kena sawan ke apa ? Apa yang kau merapu tu hah ?! Hadoii . Ada ke patut aku nak sombong dengan kau ? -,-

Sae Hyun : Yeayy kau balas . Tapi baru sekarang kau nak balas ? -..- Aku duk dalam kelas ni . Shhh , don't disturb !

Takkan lah aku ada kredit kot . Datang daripada mana pulak ?

--FLASHBACK--

Luhan yang kembalikan telefon aku tadi .

"Aku jumpa telefon kau dalam kereta hyung aku . Eih silap , Cikgu Sehun . Aku dengar kau tumpang dia semalam ." ujar Luhan kepadaku setelah dia meletakkan beg sekolahnya di tempat duduknya .

--END FLASHBACK--

Takkan lah ..... takkanlah Luhan yang tolong reload kredit aku ? Tapi mana dia tahu ?

--FLASHBACK--

"Arghhh boleh hilang kesabaran aku jugak dibuatnya kalau terus macam ni . Kang aku campak jugak Galaxy Note3 aku dalam longkang kan ? Ada telefon mahal-2 pun tak guna kalau TAK ADA KREDIT !! Arghh !" aku mendengus geram .

Tiba - tiba aku terdengar bunyi hon kereta di belakangku . Aku menoleh kebelakang dan melihat sebuah kereta yang agak mahal dipandu oleh seorang lelaki yang aku tidak boleh lihat mukanya kerana cermin kereta itu agak gelap . Hesy . Ni nak kena saman ni , pasang cermin gelap-2 !

Tiba - tiba dia mengeluarkan kepalanya daripada cermin tingkap keretanya yang memang dari tadi .. ke bukak ? Eh , dia dengar ke apa yang aku cakap ? Hadoii , hilang keserian aku .

--END FLASHBACK--

Takkan lahh .... Hadoii pening aku . Sape yang tolong reloadkan kredit aku ni actually ?

Bunyi hon kereta yang agak kuat memberhentikan lamunanku . Eomma dah datang . Hmmm mesti sibuk lagi --'

"Hyuna dah lama ke tunggu ? Tadi ada klien datang jumpa eomma . Eomma tak boleh tangguh sebab katanya dia dah mustahak sampai melibatkan hidup dan mati . Entah pape lah yang dia cakap ." bebel eommaku . Walaupun eomma kata macam tu , tapi kerja dia tu bagaikan adik aku tau tak ? Tengoklah betapa pentingnya kerja dia .

"Tak apa eomma . Hyuna tak kisah ." kataku . Walaupun eomma sibuk , tapi dia tetap datang ambil aku . Sebab ni lah aku sayang eomma . Eomma saranghae . Eomma , anak eomma ni sayang eomma . Eomma tau tak ? Hah hah ? Dah dah lah . Tak payah buat drama pulak kat sini .

"Macam mana 'kehidupan' Hyuna sekarang ?" Wahhh , eomma tanya macam dah bertahun - tahun tak jumpa aku . Padahal sehari je baru . Eih kejap , tak sampai satu hari . 7 jam 5 minit kan ? Hah main tembak je lah . Tak ada orang nak saman pun kalau salah -,-

"Macam biasalah . Hmm Seo Nyeo dah ada teman lelaki rupanya . Padanlah dia tak pandang sorang pun cikgu atau classmates yang handsome ." ujarku dengan excited .

Mulut aku sebenarnya memang tak boleh diam kalau nak ceritakan pasal apa-2 pun . Tapi aku tak masuk lah dalam group gosip-2 ni . Tak main lah gosip . Kalau nak cakap sangat , cakap face to face lah wey .

Sebaik sahaja aku pulang dari sekolah kelmarin sebenarnya aku sudah ceritakan macam - macam kepada eomma . Tak lepas juga untuk ceritakan apa yang aku makan masa rehat sekolah . Kalau boleh , berapa butir nasi aku makan pun aku nak bagitahu tau tak ? Memang ibarat tiada langsung rahsia aku dengan eomma .

Tiba di rumah , aku mandi dan tidur . Heheee . Ni satu lagi tabiat aku . Aku memang suka tidur time petang . Tapi sampai pukul 4 lebih sahaja setiap hari . Macam rutin lah kot . Aku tak lah tidur sampai pukul 7 lebih tak bangun - bangun . Sekali aku sakit kepala hari tu , paling lewat sampai pukul 5 je aku tidur .

Pada pukul 8 lebih , eomma mengajak aku keluar untuk makan malam . Bukan sebab eomma malas nak masak , tapi eomma sibuk tak sempat nak masak untuk aku . Wahh , eomma ni tak lama lagi kena cari orang gaji untuk masak dan cari driver untuk hantar dan ambik aku time sekolah . Hehehee *evil laugh*

"Jom Hyuna !~" eomma ku menjerit perlahan memanggilku yang sedang mengelamun entah ke mana . Heheheee sekali sekalaa lah .

"Alright eomma !" sahutku .

Tidak lama kemudian , aku turun . Aku pandang sekilas eomma . Eomma menghadiahkan free gift kerlingan tajamnya . Aku hanya tersengih menampakkan gigiku yang putih . Aku dan eomma kemudian bertolak ke sebuah restoran makanan cina . Eomma ni nak belanja makanan cina ke ?

"Eomma kenapa datang sini ? Nak makan makanan cina ke ?" tanyaku kebingungan .

"Eih , tak de lah . Eomma nak pergi masak kat dalam tu . Kenapa ? Nak ikut ?" balas eommaku mengejek . Aku hanya memuncungkan mulutku ke depan beberapa sentimeter .

Selesai makan , aku pulang ke rumah . Aku tonton tv , sakat Seo Nyeo tentang teman lelakinya dan lain - lainlah . Aku memang boring . Kira - kira pukul 1 pagi aku baru nak tidur DAN pada ketika aku ingin sahaja nak lelapkan mata ni ...... baru lah aku ingat yang aku ada kerja rumah cikgu matematik bagi tadi . Oemji !

﹋o﹋

#Wait , next part is coming ~

#I'm little bit busy sekarang . Bila sy bagitahu sebab sy busy , ad adik ni cakap alasan tak munasabah pulak -,- Memang sy akui alasan tu memang tak munasabah --'

#Drop ur comment if ad kekeliruan .

#Do vote ☜

You're Under Arrest For Stealing My Heart ♥ [EXO] (ON HOLD)Where stories live. Discover now