Part 5 : Who is he ?

1K 48 0
                                    

16 JANUARY 2014

"Kenapa bangun lewat ni ? Bukan ke selalu bangun awal dah kan ?" tanya eomma ku kepada ku .

"Tidur lewat ." dua patah perkataan itu menjadi jawapan aku kepada eomma .

Mana tak nya kalau kena siapkan kerja rumah matematik yang belambak banyak tu . Pukul 3 aku tidur jawabnya sebab nak perah otak aku . Dah lah aku ni pun bukan pandai sangat matematik . Huarghhh mengantuk nya .

Aku menekup mulutku menahan daripada menguap . Eomma ku hanya menggelengkan kepalanya .

█■█■█■█■█■█■█

Masuk sahaja pagar sekolah , aku menguap . Hmmm , memang patut lah nasib aku . Sape suruh sakat Seo Nyeo sangat . Kan dah tak buat kerja rumah tu .

Walaupun aku dah mandi dan basuh muka sebelum pergi sekolah , tapi aku tetap rasa tak cergas dan mengantuk . Mata aku memang tetap layu . Harh !

Aku meneliti jam tanganku , sekarang hampir pukul 8 . WHAT ?! Dah nak pukul 8 ?! Matilah akuuu !!

Aku berlari selaju yang boleh . Nampaknya memang lewat aku bangun pagi ni . Sampai tak sempat tengok jam pun . Lepas ni masa sejarah . Jadi aku patut ke bilik sejarah ke tak eih ? Lantak lah aku naik ke kelas dulu lah . Aku baru nak naik tangga dan .....

Pakkkkkkkkk !!!

Satu tempuhan dahsyat telah berlaku yang membuatkan aku jatuh terduduk di atas simen itu .

Terdapat suatu benda putih melayang di udara dan ..

Tashhhh !

Benda itu telah hinggap di muka longkang dan sedang dalam dilema untuk jatuh ke dalam longkang atau pun tidak . Selepas membuat keputusan , ia pun jatuh .

Blashhhh !

Terpercik air longkang itu dibuatnya . Nasib tak kena dekat aku . Namun , bukan benda tu yang aku tengah fikirkan . Kalau nak percik masuk mulut aku pun tak kisah .

Aku pun memalingkan mukaku ke arah orang yang dirempuhku tadi . Aku tergamam . Tiada satu pun perkataan yang keluar daripada mulutku . Aku perlahan - lahan bangun dan mula bersuara walaupun agak gagap .

"Jo.. joe..seong..hamni..mnida ." suaraku gagap .

Lelaki itu hanya memandang aku dengan pandangan membunuh . Dia kemudian mendekati longkang itu sambil membongkok mengambil objek segi empat tepat itu . Aku terperanjat besar sambil membeliakkan mataku apabila aku mengenal pasti objek yang dipegangnya itu .

IPHONE 5S !

Memang gila mati aku hari ni kalau nak kena ganti balik .

Aku meneliti lelaki itu . Dia seorang pelajar . Mukanya handsome gila . Tapi aku tak tahu kenapa aku rasa yang dia tu macam sombong je . Tali pinggang dan begnya jenama baru dan terkenal . Wahh , orang kaya eih ?

Lelaki itu kemudian mengeluarkan sapu tangan untuk mengelap air longkang yang membasahi telefonnya .

Yang paling mengejutkan adalah apabila aku mendapati skrin telefon itu retak seribu macam kena langgar lori . Cehh , seribu lah sangat . Kira pun tak -,-

Aku kembali tergamam .

Dia kemudian membuang sapu tangan itu ke dalam tong sampah dan kembali memandangku bagai nak telan aku hidup - hidup .

"Kat sini ada acara marathon ye ?" lelaki itu bersuara seperti biasa . Tapi suaranya , wahhh ! Bagaikan penyanyi k-pop .

Aku hanya menggelengkan kepalaku ke kiri dan ke kanan .

You're Under Arrest For Stealing My Heart ♥ [EXO] (ON HOLD)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن