Part 7 : Studio ?

835 42 0
                                    

17 JANUARY 2014

♬♪ Gom se ma ri ga ,

Hanjibe isseo , ♪♬

♬♪ Appa gom ,

Eomma gom , ♪♬

♬♪ Aegi gom .

Appa gomeun ttungttunghae ♪♬

♬♪ Eomma gomeun nalssinhae

Aegi gomeun neomu gwiyeowo ♪♬

♬♪ Eusseuk eusseuk jarhanda

Eusseuk eusseuk jarhanda ♪♬

Tengok , telefon aku dah buat konsert dah . Hah ! Kena lah aku bangun siap-2 nak pergi sekolah .

-Skip-

Disebabkan aku tiba awal di sekolah , malah lebih awal daripada Seo Nyeo yang aku pun tak tahu sejak bila dia datang . Ke dia tak balik rumah ? Tidur kat sini ke ?

Aku pun berhajat nak rayau-rayau satu sekolah . Hehe sekali-sekala . Aku pun tak lah kenal sangat sekolah ni . Kalau nak disuruh cari bangunan blok tingkatan 1 mesti aku takkan jumpa punya .

Aku menaiki tangga blok C bersebelahan dengan blok kelas aku iaitu D . Aku berhenti di tingkat 2 . Di situ ada studio muzik lah . Aku mendekati studio itu dan kelihatan seorang lelaki sedang menari-nari . Aku cuba untuk mengenalpasti wajah penari itu yang menari bak artis kpop wey !

Melting aku tengok . Tapi , macam mana sekalipun aku tengok dia , memang aku tak kenal dia . Biarpun tembus cermin tingkap studio itu , aku tetap tak kenal . Dia ni pelajar ke cikgu ?

Nak kata cikgu , muda sangat nampak . Tapi apehalnya kalau dia muda sedangkan memang kebanyakan cikgu kat sini muda-muda je .

Lelaki itu perasan akan kehadiran aku dan terus mendekatiku yang dari tadi mengintai . Malu aku dibuatnya . Aku bukan nak intai , tapi alang-alang dia dah menari , aku tengok je lah .

"Awak kelas apa ?" dia bersuara sebaik sahaja mendekatiku .

"Uhmm .. uhh .. kk ..kelas 5-..A ." balasku gagap . Sejak bila aku ada penyakit gagap pun aku tak tahu . Mungkin sebab malu lah ni .

"Ouh , nama ?" tanya dia lagi . Aku dah mula cuak . Kenapa dia tanya macam-macam ni ? Nak report kat pengetua ke apa ? Alaaa aku tengok je . Tu pun salah ke ?

"Park Hyuna . Saya minta maaf saya tak ..." belum sempat aku habiskan perkataanku , dia mencelah .

"Marilah masuk . Nampaknya awak budak baru kelas tu . Kalau awak nak tahu , studio ni cikgu punya . Cikgu akan menari mahupun menyanyi sesuka hati cikgu kat sini ."

Ccikk ... cikk .. cik apa ?! Cikgu ?! Dia ni cikgu ke ? Oemji ! Tak tahu lah pulak aku . Muda gila nampak . Satu lagi , ni studio dia ? Wah bukan main besar tempat dia sorang .

Aku hanya mengangguk dan turut serta masuk ke dalam studio . Aku melihat sekeling dinding studio itu yang dikelilingi cermin . Sekolah lama aku tak de benda yang bernama studio ni . Sebab tu aku macam rusa masuk kampung ni .

"Wahh , yeopputaa !" aku bersuara melepaskan kekagumanku . Cantik , memang cantik . Cerah gila . Bila aku tengok cermin tu rasa macam aku ada kembar lah pulak . Banyak sangat !

"Nama cikgu Huang Zi Tao . Panggil aje Cikgu Tao . Gembira dapat jumpa awak . Hari ni ada matapelajaran muzik kan ? Jumpa awak lagi ye ? Hurmmm , sekarang dah pukul 8:05 ni . Baik awak lari kalau tak , naya awak ." kata dia sambil melihat jam tangannya .

"Saya pun gembira dapat jumpa .... WHAT ?! Dah pukul 8:05 ?" kataku tidak percaya . Aku pun melihat jam tanganku , memang betullah ! Dah pukul 8:05 . Kalau aku lambat memang naya aku dibuatnya .

"Baiklah cikgu ! Saya pergi sekarang ! Jumpa lagi nanti !" jeritku lalu segera bergegas ke blok kelasku . Lepas ni masa Matematik . Aku kena get ready .

Terdapat tiga kali masa Matematik setiap minggu . Sebab tulah ramai pelajar yang merana akibat kerja rumah yang diberikan oleh cikgu itu terlalu banyak ! Terutama sekali Cikgu Kai ! Hurh !

Sesampai aku di kelas , aku lega apabila kedengaran kelas masih lagi bising . Maknanya , cikgu tak masuk lagi lah kan ? Aku masuk ke kelas dengan tercungap-cungap . Aku kemudian merehatkan diriku sebentar sebelum mengeluarkan kerja rumah yang diberikan oleh cikgu kepadaku .

﹋o﹋

#Do vote @ message okey ?

#Thanks ^_<

#Wait yaa .

#Sorry for late update ︶︿︶

NOTE !

Sebenarnya sy mula buat fanfic ni sblum sy minat sgt dgn EXO ni . So , kalau ad mcm benda yg ahli dia suka tpi sy buat dia x suka tu maybe sy x thu perkembangan psl dia lah tu . Tapi pasal Luhan tu sy saje je nak buat dia paling muda . Dan ad sebabnya . Haha .

So , kalau ad benda yang sy silap tu , sorry lah ye . Sebab sy pun x thu pape jugak pasal diorang .Tahun ni baru sy minat diorang . Hahaha .

Yang sy thu , D.O ni suka pd masakan . Luhan pling tua . Lay ni jenis blur . Kris ni cool dan lain-2 lah . Tapi kalau yg sy ckp sy thu ni pun ad silap , that mean memang sy x thu tpi pura-2 tahu . Hahaha .

Dulu sy pernah ckp yg ahli EXO ni langsung x handsome walaupun sy x prnah tengok muka diorang . Bila sy tgk , haha rase mcm malu pulak . Bukan sebab handsome ke apa , tapi ad satu ahli EXO tu , saya tengok sekali baru muka dia tapi terus jatuh hati lah konon-2 nya . Hahaha .

Okey lah dah dah lah sy nk berceloteh kat sini . Tak de orang nak baca pon . Tataa . Jgn lupa bc next part ! Hokey thanks yaaa !

You're Under Arrest For Stealing My Heart ♥ [EXO] (ON HOLD)Where stories live. Discover now