BAB 1

104 10 2
                                    

"Sufi, mari makan," panggil Puan Zulaikha, seorang wanita berusia lingkungan 40 ke atas.

"Kejap ya ibu?" Sahut seorang pemuda.

Dia mencuci kakinya di tempayan lalu bergerak menuju ke arah sebuah rumah yang kelihatan seperti dah lama tetapi masih cantik binaannya.

Kelihatan beberapa jenis makanan telah terhidang di atas meja makan. Sajian yang tak mampu mengenyangkan perut tetapi mampu menerbitkan rasa bersyukur dalam hati mereka berdua.

"Sufi, kamu tak mahu berkahwin ke?" Soalan Puan Zulaikha itu membuatkan dia terkedu.

Wajahnya bertukar menjadi tawar. Namun dia cuba memaniskan mukanya di hadapan ibunya. Dia mencapai pinggan nasi yang dihulurkan oleh ibu.

"Insya Allah ibu, jika ada jodoh. Sufi tak kisah kalau ibu mahu carikan jodoh Sufi." Pemuda bernama Sufi itu cuba berlawak. Tetapi dalam hatinya berkata...

'Ada ke orang yang nak berkahwin dengan aku? Sedangkan ramai yang ejek diri aku ni. Aku dahlah serba cacat,' kata hatinya.

Dia berasa sebak tatkala mengenangkan keadaan dirinya namun dia cuba bertenang. Dia cuba menjadi setenang yang boleh di hadapan ibunya.

Dia, Sufi Imran yang mempunyai masalah keluarga yang rumit. Ayahnya telah berpisah dengan ibunya dan telah berpindah dengan membawa adik kembarnya.

Dia tinggal bersama ibu dan dua orang abangnya yang sedang menuntut pengajian di UiTM Shah Alam.

Dia seorang pemuda berambut putih. Anak matanya pula berwarna biru cerah dan bulu matanya juga berwarna putih. Orang lain akan kata dia seorang yang pelik tetapi ibu mengatakan bahawa dia seorang yang istimewa.

Ramai yang tak tahu kenapa keadaannya begitu. Golongan yang tak tahu nilah yang suka membuat cerita, memfitnah dan mengeji. Mereka tak tahu bahawa diri mereka sendiri telah terpalit kotoran paling jijik yang dipanggil dosa.

Sebenarnya dia telah menghindap satu penyakit sejak bayi lagi. Penyakit yang tidak boleh langsung dipandang remeh. Penyakit yang mungkin suatu hari akan membawa kematian.

Dia, Sufi Imran telah menghidap satu penyakit sejak kecil yang digelar... Albino.

~~*~~

"Woi, bunian! Keluarlah! Takkan takut dengan matahari kot?" ejek Adib and the Jahanam Geng.

Mereka memang suka cari pasal dengan orang lain. Tulah sebab melekat gelaran Jahanam Geng dekat diorang. Entah kenapa, mereka membenci Sufi seolah-olah dia pernah melakukan perkara yang paling teruk terhadap mereka.

"Assalamualaikum, ada apa ya abang semua datang rumah saya? Ada apa-apa saya boleh bantu?" ujar Sufi lembut sambil menjengahkan mukanya di tingkap.

Dirinya berkelubung kain pelekat lusuh dan mengenakan cermin mata hitam milik abangnya. Jika dilihat pasti kita akan ketawa kerana berasa lucu dengan keadaannya namun tidak bagi dia.

Sufi sebenarnya rasa sangat tidak selesa lagi-lagi sekarang waktu pagi. Matanya terkelip-kelip menahan betapa silaunya cahaya matahari.

Kata-kata Sufi membuatkan Adib dan yang lain mencebik kerana menyampah. Baginya Sufi hanya berlagak dan tunjuk alim saja. Sifat itu membuatkan dia berasa menyampah dengan Sufi.

Bagi yang duduk di kawasan perkampungan macam ni memang akan susah nak tau segala benda yang berlaku diluar sana. Lagi-lagi jenis yang taknak ambil tahu macam mereka ni.

Penyakit pun mereka hanya tau demam, selesama dan batuk. Percaya tak kalau korang tanya dekat mereka apa itu paracetamol, tentu diorang akan jawab 'Apa tu? Pasirmentol?'

The Nice DevilWhere stories live. Discover now