Bab 24

16 0 0
                                    

Hari ni Nice akan pulang ke sini, tapi kenapa muka yang lain nampak pucat? Mereka nampak seperti tak gembira atau... takut?

Hari ni, Luke dan Lucca yang akan menjemput kepulangan Nice dari lapangan terbang. Tapi salah seorang dari mereka nampak runsing.

"Kau dah fikir camne nak bagitahu Nice?" soal Lucca.

"Aku tengah fikirlah ni! Jangan desak aku!" jawab Luke.

"Siapa yang desak, huh?"

Lucca menjeling kan mata.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Di lapangan terbang

Beberapa orang yang melihat Nice berasa pelik dengan pemakaian dia. Kenapa Nice pakai kot labuh dengan skarf panjang?

"Nice, saya nak tanya ni, boleh?"

"Apa dia?"

"Kenapa awak pakai baju musim sejuk?"

"Sebab kat sini sejuk." Samuel mengerutkan keningnya.

"Apa? Tapi sini cuma sejuk sedikit je."

Nice memandang Samuel . Dengan muka yang serius dia berkata.

"Bagi kau sejuk sedikit, tapi bagi aku lain."

"Apa maksud awak?" Samuel nampak bingung.

"Takpe kalau kau tak faham. Lagi baik dari kau tau benda sebenar."

"Saya... masih tak faham."

Tiba-tiba telefon Nice berbunyi. Segera dia mengambil dan menjawab panggilannya.

Peliknya dia tidak dengar sebarang bunyi. Bila dilihat semula, talian masih bersambung.

"Aku takde masa nak layan panggilan kosong macam ni."

Dia segera memutuskan talian.

"Nice, Luke dah sampai," kata Samuel sambil menunjukkan kereta milik Luke.

"Mari balik.

Nice mendekati satu tong sampah. Telefon yang dipegang, dibuka lalu kad sim dikeluarkan. Dipatahkan lalu dibuang ke dalamnya. Bateri telefon sengaja dibiarkan tidak terpasang semula.

Samuel hanya memandang tindak-tanduk Nice dengan keliru.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Sampai sahaja di rumah, Nice terus menuju ke ruang bilik makan. Perutnya digosok perlahan menandakan yang dia sedang lapar. Samuel pula hanya mengekori langkah dia je.

Luke pula dari tadi nampak resah. Lucca hanya berdiam diri dengan riak wajah yang serius.

Bila semua ahli kumpulan nampak kepulangan ketua mereka, sebolehnya mereka cuba elak dari bertembung dengan dia. Nice perasan keadaan itu tapi dia tak peduli.

"Chif," panggil Nice. Lelaki yang dipanggil Chif muncul dari ruang dapur dan segera mendekati Nice.

"Apa, Nice?"

"Makanan dah nak siap ke?"

"Sikit lagi."

"Tolong cepat sikit, jangan buat aku lapar."

"Yelah." Chif pergi semula ke dapur.

Nice pula mengambil tempat di meja makan. Begitu juga Samuel. Dia bagaikan bayang-bayang Nice sahaja.

Disebabkan hampir waktu makan malam, hampir semua anak buah Nice berada di meja makan termasuklah Luke dan Lucca. Sufi dan Levan pun ada di situ.

"Suryani, betul ke kita ada datuk lagi?" soal Sufi inginkan kepastian.

The Nice DevilWhere stories live. Discover now