Bab 15

29 3 0
                                    

"Zu, kenapa ni?" soal Adry sambil memeluk pinggang isterinya. Zulaikha hanya mendiamkan dirinya.

"Risaukan si kembar ke, hurm?" Soal Adry dengan penuh menggoda. Zulaikha meleraikan pelukan kemudian memandang suaminya.

"Saya risaukan anak lelaki saya," kata Zulaikha dengan nada resah.

"Sufi takkan apa-apa."

" Saya tahu, tapi saya risaukan juga anak lelaki saya yang lagi dua orang tu."

"Buat apa nak risaukan mereka. Mereka cuma anak angkat je." Berubah wajah Zulaikha. Dia menjarakkan dirinya dengan Adry. Wajah marah dipamerkan.

"Anak angkat? Abang, mereka bukannya anak angkat, mereka adalah anak susuan saya. Maknanya mereka anak saya," kata Zulaikha tegas. Adry kembali memeluknya namun Zulaikha meleraikannya kembali.

Adry geram tetapi tiba-tiba dia mendapat satu idea.

"Aku bukanlah alim sangat tapi..."

Terus Zulaikha terdiam. Dia tahu apa yang Adry mahu katakan. Ayat yang sama diulang semasa mereka masih tinggal bersama dulu. Ayat ni digunakan ketika dia menolak permintaan suaminya.

"Bukan ke hukum isteri biadab dengan suami adalah berdosa besar? Seorang isteri boleh jadi nusyuz dengan menderhaka kepada suaminya sendiri."

Adry mengangkat wajah Zulaikha. Dia tersenyum nipis lantas mengusap wajah isterinya yang basah disebabkan air mata. Hati isterinya sentiasa lembut walaupun luarannya nampak tabah.

"Maaf abang..." kata Zulaikha perlahan.

"Takpe, aku faham." Dia mengusap lalu mengucup ubun-ubun isterinya.

"Dah jom." Adry menarik lengan isterinya. Zulaikha mengerutkan dahinya.

"Pergi mana, bang?"

"Kita takkan pergi ke mana sebab..." Adry menundukkan kepalanya paras telinga Zulaikha lantas berbisik.

"Aku ada benda yang perlu dibuat sekarang. Kau tahu apa maksud aku, kan?" Merah terus wajah Zulaikha manakala Adry hanya tersenyum nakal.

Dia hanya menurut bila ditarik menuju ke katil. Perlahan-lahan badannya direbahkan secara lembut. Kemudian Adry baring di sebelahnya dan mengucup lembut pipinya. Dia tahu, dia masih ada tanggungjawab yang sudah lama tidak dilakukan.

~~*~~

Nice menongkat dagu sambil melihat di bahagian bawah melalui tingkat 10. Di situlah biliknya berada.

Dia melihat anak buahnya sedang berlatih berenang. Ada juga yang sedang berlatih memanah. Semua tu bukan saja-saja, mereka semua sedang melakukan latihan fizikal.

Sedang sibuk memerhati, tiba-tiba ada ketukan di pintunya. Dengan malas dia mendekati pintu biliknya. Kunci pintu dibuka dengan sekali imbas cakap jari.

Sebaik pintu dibuka, dia hanya mengangkat kening melihat Samuel berada di depan biliknya. Dia berpeluk tubuh sambil bersandar di tepi pintu.

"Menariknya kau boleh tahan lebih dari tiga helai..." Kata-kata Nice dipotong oleh Samuel. Dia tak sanggup nak dengar perkataan tu keluar dari mulut seorang perempuan.

"Nice, boleh tak awak pulangkan aje saya punya ermmm pakaian dalam. Saya perlukannya," pinta Samuel secara lembut. Nice mengukir senyuman sinis.

"Aku tau kau dah baca syarat aku." Muka Samuel bertukar warna.

"Tolonglah, Nice. Saya taknak buat benda tu." Nice terdiam. Dia berfikir seketika.

"Nope. Kau mesti buat juga."

The Nice DevilWhere stories live. Discover now