Bab 17

29 1 0
                                    

Di dalam bilik Luke & Lucca

"Nice, aku jumpa sesuatu. Kau nak tengok?" Lucca menoleh memandang Nice yang sedang minum kopi sambil bersandar di sofa.

"Pasal apa?" Dia mula berdiri. Mug kopinya di letakkan di atas meja.

"Aku jumpa satu aplikasi ni. Aku ada kaji pasal ni dan ada banyak kisah pasal kumpulan pengganas. Ada sesetengahnya hampir betul," terang Lucca.

"Nama?" Nice berdiri ditepi Lucca. Dia menunduk sambil memegang belakang kerusi Lucxa sebagai penyokong. Diteliti skrin komputer itu.

"Wattpad. Sebuah aplikasi dimana orang boleh menulis cerita yang pelik."

"Perlu ke aku buat sesuatu? Benda ni boleh membongkar rahsia kita," soal Lucca.

"Tak perlu. Ini hanya imaginasi mereka." Nice mengambil tetikus kemudian mengklik butang X.

"Kau pernah tau tak? Ada seorang penulis sentiasa menjadi target kumpulan mafia kerana menulis pasal mereka. Penulis tu memang berani," kata Lucca.

"Kau patut tahu, dia mengambil risiko yang besar. Begitu juga kita." Dengan sengaja, dia menekan tetikus sebanyak satu kali dan skrin komputer tu pun berubah warna. Kemudian gelap sepenuhnya.

"Aku nak kau bagitau semua, malam Ahad majlis tu. Aku tau waktu tu semua dah siap. Kau uruskan siapa yang akan tinggal dengan Nazim."
Nice pun meninggalkan Lucca dalam bilik tu seorang diri.

Kemudian Luke masuk.

"Hei dude, kerja kau dah siap ke?" soal Luke. Lucca menjeling.

"Asal tanya?"

"Tu, kau pergi tutup komputer tu kenapa?"

Luke memandang ke arah komputer tu. Begitu juga Lucca. Kemudian dia mengeluh. Habis kerja dia tak disimpan lagi. Dia kena buat semula.

"Boleh tak aku tembak dia?" Lucca menyoal Luke. Abangnya hanya menggeleng. Lucca mula berdiri.

"Macam tu komputer nilah." Terus Lucca mengeluarkan sepucuk pistol. Luke terkejut tetapi tidak sempat menghalang adiknya.

Bang!Bang!Bang!

Tiga tembakan dilepaskan dalam jarak yang dekat. Skrin komputer itu tidak dapat diselamatkan.

"Setan kau, Lucca. Kau tau tak tu komputer aku!" marah Luke. Dia mendapatkan komputernya.

Lucca berjalan ke arah balkoni. Dia melompat ke atas penghadang batu itu.

"Hoi, kau nak buat apa tu?" kata Luke kuat. Lucca memusingkan badannya, bersedia untuk terjun.

"Aku nak berenang. Stress aku dengan dunia ni."

Lucca menjatuhkan badannya. Luke segera berlari ke arah balkoni.

Lucca yang sedang jatuh segera menjerit.

"Woi, tepi!"

Semua orang memandang ke atas dan terkejut melihat Lucca sedang jatuh. Mereka segera berenang ke tepi secepat mungkin.

Bush!

Kuat percikan air yang terhasil. Semua yang berada di situ terkejut.

Lucca muncul dipermukaan air sambil meraup rambutnya kebelakang. Baju t-shirt birunya telah basah lecun.

"Hoi, kau gila ke apa?" Jerit Luke dari tingkat lapan. Adalah yang dengar juga. Termasuklah Lucca.

Tapi dia buat pekak je. Selamba je dia berenang di dalam kolam tu. Membuatkan Luke geram.

Luke masuk ke dalam beberapa minit sebelum keluar semula.

"Kau nampak ni?" kata Luke dengan kuat sekali sambil menjulang tangannya setinggi mungkin.

The Nice DevilWhere stories live. Discover now