Mark Si Gila : Part 3

343 64 38
                                    

dah lama tak update chapter baru kat sini . adakah anda merindui sayakatakan ya!

++++

(Hospital Hen Tai)

Mark berpakaian serba putih dari selipar, seluar, baju sampailah dia siap ada nur (cahaya) kat muka lagi.

Dia memasuki bilik neneknya dan mengejutkan Puan Besar Lee  dari tidurnya .

"Nenek, bangunlah jangan tidur je nanti perut boroi macam Atok Seo"

"Markeu ? kesayangan nenek? " Puan Puan Besar Lee menggosok matanya.
Walaupun dia ni rabun orangnya tapi taktau macamana dia boleh nampak cucu dia terang tanpa perlu pakai cermin mata divaboo tu .

Kuasa tuhan mungkin.

"Markeu minta maaf kalau selama ni banyak menyusahkan nenek dan malukan nama nenek. Markeu minta maaf sangat-sangat" Mark menangis seperti air terjun di negeri pahang ketika peluk neneknya seperti tidak mahu berpisah .

*ehem² kita bukan orang pahang tapi selangor. yang dari pahang tu stepmother kita.

"Kenapa ni? Nenek dah lama maafkan Markeu , makan minum pun nenek dah halalkan. Why? tell me right now" Puan Besar Lee mengesat air mata cucunya ang makin lama makin deras mengalahkan banjir kilat.

"Markeu dah tak lama dah kat sini sebab tu nak minta maaf kat nenek sebelum terlambat" Mark senyum kelat hingga menampakkan giginya yang putih bersinar yang mungkin boleh membutakan sesetengah mata orang kerana silau sangat.

"Markeu nak pergi mana? Nenek nak ikut boleh? Nenek tak boleh hidup tanpa Markeu disisi, Markeu seumpama rumpai laut yang menyelamatkan perut nenek dari kelaparan "

Mark cepat-cepat menggeleng kepalanya.

"Tak boleh nek, tempat tu jauh sangat even pakai kapal terbang pun tak boleh . Pakai grab pun lagi jahanam takkan sampai bila-bila"

"Markeu nak pergi mana? " Sekali lagi Puan Seo menyoal sambil menarik-narik tangan Mark .

"Markeu pergi dulu. Jaga anak yang nenek kandung tu baik-baik . Jaga dia macamana nenek jaga Markeu dari kecil sampai tak sedar diri macam masa sekolah dulu"

"Markeu? Markeu nak pergi mana?! "

"Markeu! Markeu nak pergi mana?! Bawalah nenek ikut sekali!"

"Chagi?! Kenapa dengan awak ni? Kenapa awak tendang tengah saya sakit tau ?!" Johnny mengerakkan bahu isterinya dengan kuat sampai dah nak tercabut kepala bini dia.

Puan Besar Lee terbangun dan pandang tepi kiri kanan.

"Yeobo, mana Minhyung?  kenapa dia takde kat sini?  tell me! " Puan Besar Lee tampar pipi Johnny tanpa belas kasihan.

"Dia masih dekat hospital! Dia okay! " Johnny tahan tangan isterinya daripada tampar lagi muka dia yang kacak lagikan flawless. Sesungguhnya dia berada dalam kesakitan yang amat.

"Saya mimpi dia nak tinggalkan saya. Saya takut kalau kehilangan dia " Puan Besar Lee mengusap-usap perutnya yang masih kempis.

"Chagi, awak tak mengandung cuma keracunan makanan yang awak beli dekat bazaar tu je. Sudahlah awak, jangan menaruh harapan yang tinggi setinggi gunung kinabalu lagi. Sudahlah chagi, awak dah berusia begitu juga saya . Peluang untuk awak tipis lagi-lagi usia macam ni " Johnny mengusap bahu isterinya supaya bersabar.

"Tapi umur saya berapa.. begitu juga dengan awak , masih belum monopous lagi. Tadi saya mimpi Markeu kata saya mengandung. "

"Jadi, kita masih berpeluang untuk ada anak lah ni? " Johnny lompat bintang dan menari black on black.

sabar bang kesian orang tingkat bawah.

"Ya.. tapi lupakan saja kerana umur ku sudah berusia . aku mungkin tidak akan memberi mu zuriat " Puan Besar Lee melihat luar tingkap dengan sedih.

Johnny menoleh dan berkata.

"Tidak, kau tidak seharusnya berkata begitu. Aku pasti kita pasti mempunyai zuriat suatu tahun nanti" 

"Aku dulu sudah bilang, aku sudah tua dan tidak bisa hamil. Kau juga berkata kau terima aku seadanya dan sekarang?  Laki semuanya sama aja"

"Aku cuma bercanda, aku terima kau seadanya. Berehatlah, aku pasti kau sudah lelah " Johnny menyelimutkan badan isterinya.

"Ey, this couple " Nayeon masuk tanpa memberi salam apatah lagi ketuk-ketuk ramadhan . I mean, mengetuk pintu terlebih dahulu.

"So, Nayeon nampaklah drama mak dengan bapa tadi? " Soal Puan Besar Lee sambil tersengih-sengih lembu.

Nayeon meletakkan barang-barang yang dibeli atas meja .

"Nampak sangatlah mak even yang bab mengandung pun Nayeon tengok . Nak muntah rasanya"

"Bubur 7e je?  kenapa tak beli mcd terus? " Banyak cekadak punya mak Nayeon.

"Orang ni dah kira baik hati nak belikan makanan kalau tidak , balik rumah goyang kaki tengok TV "

"Bubur pun bubur lah asalkan boleh isi perut" Puan Besar Lee terus melahap macam tak makan 100000 tahun.

Tiba-tiba Nayeon tepuk dahi.

"Astaga, Nayeon lupa nak belikan bapa sekali !"

"Takpelah, bapa pun tak lapar lagi" Johnny terpaksa senyum walaupun lapar. Takpelah bang, kat bawah ada kantin 24jam.

-TBC

[HIATUS] [S1 & S2] Period + Mark Lee Where stories live. Discover now