Mark Si Gila : Part 4

320 65 41
                                    

++++

(Hospital Sakit Jiwa Haneul)

"Mark, bangun nak pergi check doktor lagi " Jururawat itu tampar pipi Mark dengan perlahan.

Asyik panggil jururawat je . Nak tahu siapa nama jejaka itu?  Dia adalah bekas Pakcik Cleaner tempat Mark sekolah dulu.

Siapa dia? 

Ya, dialah Pakcik Naik Motor Yusof Taiyoob dari Kimchi Highschool!

Pakcik Yuta! Jeng jeng.

Kerja tu sebenarnya sementara je sebelum dipanggil kerja kat hospital gila ni. Dah perangai dia pun gila memang layak sangat kerja kat sini.

Bolehlah daftar sebagai pesakit baru nanti.

"Mark, bangun lah sebelum aku cekik-cekik kau . Lepastu aku kerat-kerat badan kau bagi Vivi makan. Mark cucu Lee Min Ho ,  bangunlah kang aku tulis dah mampus dekat surat meroyan pula nenek kau nanti "

Mark masih tidak memberikan apa-apa tindak balas . Makin ditarik selimut selubung satu badan adalah.

"Kau jangan nak cari pasal dengan aku. Ini bekas juara gusti sekolah tau tak?" Yuta membuat regangan tangan dulu sebelum angkat Mark.

"Astaga, hidup lagi rupanya budak ni ingatkan dah mati "

Mark dah bangun sebelum sempat  diangkat Yuta.

"Fuh, nasib aku baik tak jadi nak angkat budak gajah ni kalau tidak tulang aku dah berkecai"

Mata Mark masih lagi tertutup rapat. Dia menguap dan garu-garu ketiak .

Air liur meleleh dan belum tengok lagi hasil karya dia kat bantal. Peta dunia weh . Peta dunia!

"Mark?  Dah bangun ke?  Jom jumpa doktor sekarang juga" Yuta mengajak dengan lembut saja suaranya mengalah Riz Ulalu . Takut bhai nak marah-marah kat patient sakit jiwa ni. Kang mengamuk boleh mati kakitangan kat sana.

Mark masih mamai dan mengaru ketiak tak henti-henti.

"Nenek.. Nak susu ikat tepi.. " Mark menguap dan tak tutup mulut.

Ada konsert NCT kat dalam mulut dia.

"Aik? Mark, jom jumpa doktor nanti lambat dia marah " Yuta mengerakkan bahu Mark.

Mata Mark terbuka besar dan segera alihkan tangan Yuta dari badan dia.

"Dah puas tidur?  Jom " Yuta senyum semanis cinta awak cia cia cia. Okay stop.

"Kau siapa?  aku kat mana?  aku dirogol ke? nenek!! tolong Markeu , diorang jahat culik Markeu!! " Mark baling semua bantal yang ada dan terkena muka Yuta. Nasib baik otak Yuta masih elok dan tak mereng.

"Bawa bertenang Mark Lee Min Hyung . Awak sekarang dekat Hospital Haneul kerana sakit jiwa. Awak dah ditahan disini dekat beberapa bulan " Yuta cuba menenangkan Mark yang tengah menangis tepi dinding sambil duduk mencangkung .

"Markeu nak nenek sekarang juga! " Dia menangis sambil peluk........ teddybear? 

Macamana boleh sesat kat situ pulak ni? Meremang bulu roma aku sekarang ni.

"Nanti Mark boleh jumpa nenek . Sekarang ni jom ikut saya pergi jumpa doktor " Yuta tarik tangan lalu ditepis oleh Mark.

"Taknaklah, aku kata taknak . Taknaklah!! Jangan paksa orang tahu tak? budu! "

"Nak call nenek tak? "

Mark berhenti menangis dan lap hingus dekat baju dia.

"Nak nenek,  nak nenek!"

"Jangan menangis lagi , jom pergi check "

Mark bangun dan ikut Yuta pergi tanpa banyak meragam .

Semasa nak pergi bilik doktor tu . Adalah diorang berdua ni borak-borak sikit masa silam dulu.

"Kenapa muka abang sama macam cleaner dekat sekolah saya dulu eh?" Soal Mark yang masih lagi pegang teddybear.

"Takdelah , mungkin salah satu daripada 7 kembar abang kat dunia ni kot " Yuta menggeleng kepala sekaligus menafikan.

Macamlah si Yuta ni tak tahu yang Mark ni boleh tahan juga mulut dia ni. Pengerusi persatuan pakcik bawang sekolah.

Orang perempuan period pun nak kepoh satu kelas.

Yuta saja je tipu sebab taknak gaduh dengan Mark lagi. Biarlah yang ianya berlalu dan tidak berulang lagi.

"Saya ni bukanlah apa kan, cuma pakcik tu yang saya tak suka kat dia. Dia suka masuk campur hal orang lagi-lagi time gaduh. Dahlah orang kat rumah pun tak dapat tengok gusti kat TV . Yang bakal nak gaduh pun dia halang "

Yuta cuma mengangguk tanda setuju tapi dalam hati tiada siapa dapat dengar.

"Dah masuk hospital macam ni pun perangai kau masih tak ubah-ubah dari dulu. Haish, semoga sempat bertaubat jelah " Bisik hati Yuta .

"Dah sampai, inilah bilik Doktor Kim " Yuta menanggalkan kasut dan masuk ke dalam bilik ada penghawa dingin itu. Mark mengikut masuk dalam sekali.

"Duduk " Doktor mulakan pemeriksaan di badan Mark terlebih dahulu.

Yuta membisik di telinga Doyoung .

"Saya rasa ingatan dia dah okay balik sebab tadi dia meraung-raung nak nenek dia!"

Doyoung berhenti membuat kerja.

"It jit tru?  Dia dah baik balik? Bolehlah dia berambus dari sini nanti" Doyoung menangis kegembiraan.

"Tapi kan, saya tak jamin 100% sangat sebab nanti dia boleh jadi mereng balik. Kita tak tahu apa akan terjadi " Bisik Yusof Taiyoob lagi , sorry guys.

"Kalau macam tu kena buat xray dekat budak ni supaya dapat tahu dia hilang ingatan atau tidak!" Doyoung berkata dengan semangat sampai bangun dari kerusi.

"Erm, doktor? " Mark tengok dari bawah. "Apa kena dengan doktor ni?"

"Hehehe" Doyoung duduk balik tahan malu.

-TBC

kalau korang perasan, ada satu dialog tu sebenarnya aku perli citer monalisa 😂😂




















[HIATUS] [S1 & S2] Period + Mark Lee Where stories live. Discover now