5

827 70 0
                                    

Pagi yang cerah. Seperti semalam Sara akan duduk di tepi jendela besar menghadap ke kota. Cantik sungguh Kota Melaka. Senibina yang setanding dengan tamadun dunia. Dia teringin untuk melihat dengan lebih dekat.

"Cempaka," panggil Kembang.  "Nah ini busana untuk kita keluar berjalan,"kata Kembang lagi. Sara pergi ke katil dan melihat baju berwarna-warni dari sutera broked.

"Tak sesuailah. Ambilkan pakaian lelaki. Kita menyamar,"suruh Sara. Kembang pergi mencari pakaian yang dikehendaki.

Kembang membawa sepasang baju seluar hijau lumut dan sepasang biru laut. "Aku hendak yang hijau kau ambil yang biru," kata Sara gembira. Dia mengenakan pakaian itu tetapi sebelum itu dia membekung dadanya terdahulu. Rambutnya ditocang satu dan melilit kepalanya dengan ringkas.

"Cik Muda,"kedengaran suara lelaki di luar. Kembang pergi melihat siapa yang memanggil dan kemudian balik ke dalam bilik.

"Cempaka, tuan muda memanggil."

Sara meneliti dirinya dalam cermin. 'Ok, bersedia untuk mengenali Kota Melaka,'bisik hatinya.

Sara dan Kembang berjalan ke pintu gerbang dan melihat Tun Ishak dan Tun Daim sudahpun berada di situ.

"Cempakakah ini? Abang hampir tak kenal,"usik Tun Ishak.

"Hampir lelakikah?"tanya Sara. Tun Ishak mengangguk sambil tersenyum. Sara tidak mempedulikan kehadiran Tun Daim di situ. "Ayuh.."ajak Sara. Kereta lembu sudah pun berada di depan pintu gerbang.

"Selalunya abang berkuda tetapi kita berempat kita naik pedati ini,"jelas Tun Ishak.

"Cempaka ikut saja,"kata Sara. Dia menaiki dulu kereta lembu itu dan dibantu oleh Tun Ishak. Mereka bergerak ke kota.

"Abang, Cempaka tidak membawa belanja,"jelas Sara. Tun Ishak cepat menyeluk sakunya dan memberikan sekantung matawang kepada Sara.

"Nah, jangan habiskan nanti kita tiada belanja untuk makan tengahari,"Tun Ishak mengingatkan. Sara tersenyum. 'Ya Allah baiknya abang kau ni Cempaka. Siapalah yang bertuah memilikinya,'katanya di dalam hati masih memandang Tun Ishak.

"Cempaka!"panggil Tun Ishak sambil menggapai tangan di depan wajah Sara. Sara ketawa dia memeluk Tun Ishak seketika. Itu mengejutkan Tun Daim, Kembang dan Tun Ishak.  Sara cepat melepaskan.

"Abanglah yang terbaik dalam dunia!"kata Sara ceria. Tun Ishak ketawa.

"Sebab dapat duit ya?"usik Tun Ishak. Sara ketawa. Dia masih tidak mempedulikan Tun Daim di situ. 'Cempaka dulu baik tutur katanya. Lembut nadanya, mata tidak selalu bertentang hanya menunduk ketika berbicara. Tapi Cempaka ini nyata berbeza,'fikir Tun Daim.

Sampai di dalam kota, mereka berempat turun dari pedati.

"Abang dan Daim akan ke balai untuk sebeberapa ketika. Cempaka dan Kembang bolehlah berjalan-jalan di sana,"tunjuk Tun Ishak. Sara melihat ramai peniaga dengan pelbagai barang di sepanjang lorong. "Abang nak ingatkan jangan percaya sebarang orang, jaga duit penyeluk saku pun ramai,"kata Tun Ishak.

"Yes,boss,"jawab Sara spontan.

"Apa dinda bilang?"tanya Tun Ishak.

"Tak ada apa-apa. Dinda berjanji akan berhati-hati,"kata Sara. "Kami jalan dulu ya," kata Sara lagi sambil menarik Kembang. Tun Ishak menggelengkan kepalanya.

Mereka berjalan beriringan ke balai kastam. Tetapi Tun Daim meberhentikan langkahnya.

"Kenapa Daim?"tanya Tun Ishak.

"Aku terasa bimbang membiarkan Cempaka berjalan dengan Kembang,"akui Tun Daim. Tun Ishak memandangnya dalam-dalam.

"Bimbang?"

Sara: Cempaka Sari (Vol 1)Where stories live. Discover now