14

666 59 0
                                    

Ibu Sara dan neneknya duduk di katil hospital di samping tubuh Sara. Wajah Sara kemerah-merahan, nampak sihat namun masih tidak sedarkan dirinya lagi. Sudah 24 jam dia berkeadaan begitu. Doktor juga menyuruh mereka bersabar kerana kalau mengikutkan bacaan Sara tidak ada apa yang serius.

"Mama, kenapa Sara tak bangun-bangun?"tanya ibu Sara, Salina. Hatinya kerisauan. Ibunya menepuk-nepuk bahu Salina.

"Mama dahaga, tolong belikan air mineral,"pinta Mamatok atau namanya yang sebenar Salmah. Salina pergi tanpa membantah tinggallah Puan Salmah,mamatok Sara. Dia memegang tangan Sara seeratnya.

"Sara, nampaknya Sara berada jauh. Mamatok dapat agak kerana Sara memakai rantai mutiara itu semasa jatuh tadi. Sepatutnya Sara jumpa mamatok dulu tadi. Ada kisah ada keajaiban pada rantai itu. Tapi yang peliknya mak Sara tidak pula jadi begini,"kata mamatok masih memandang Sara yang nyaman tidur. "Rantai itu telah memilih Sara. It skips two generations. Mamatok pernah mendengar nyangmama bercerita pasal rantai tersebut. Wherever you are, take good of yourself. You will come back cuma tidak tahu bila,"kata mamatok lagi perlahan. Airmatanya menitis melihat sekujur tubuh di hadapannya.

Sara yang terlelap di tepi bangku di atas dek pertama terkejut dari lenanya.

"Mamatok,"bisik Sara memegang rantai di lehernya. Dia mendengar setiap patah yang dipertuturkan oleh mamatok. "Peliknya,"ucapnya sendiri. "Nyangmama? It skips two generations? Apa yang mamatok nak beritahu ni?" tanya Sara kepada dirinya sendiri.

"Cempaka! Cempaka!" Panggil Kembang Cina. Si Kembang Cina berlarian mendapatkannya.

"Yang kau ni seperti dikejar anjing kenapakah?"tanya Sara bergurau.

"Pi...pipit."

"Apahal dengan Pipit?"

"Marilah ikut. Aku pun tak tahu hendak menceritakan,"kata Kembang Cina sambil menarik tangannya. Terhuyung-hayang dibuatnya Sara. Mereka tiba di dek mereka dan melihat dua orang wanita bertengkar dan Pipit berada di tengah-tengah. Sara yang panik tadi hanya berdiri di situ dan ketawa. Rupa-rupanya dua gadis sedang berebutkan Pipit. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. 'Drama sungguh,' komen Sara dalam hati.

"Kanda Pipit!" jerit Sara kuat-kuat. Kedua-dua gadis tadi berhenti bergaduh dan memandangnya. Sara pergi mendapatkan Pipit lalu menyilang tangannya di lengan Pipit. Pipit tidak memberikan reaksi apa-apa kerana kebingungan.

"Ai, tuan hamba ini siapa?" tanya salah seorang gadis yang bertocang dua menunjuk kepada Sara.

"Siapa? Aku?"tanya Sara kepada gadis itu tersenyum.

"Yalah, siapa lagi yang tidak malu berkelakuan sumbang di khalayak ramai," sindir gadis itu lagi. Terpinga seketika Sara dengan kata-kata itu.

"Aku, berkelakuan sumbang?" tanya Sara sekali lagi. "Habis yang tuan hamba berdua bergaduh macam orang tiada bertamadun di khalayak ramai berebutkan lelaki tidak apa pula?"sindir Sara. Gadis itu mula hendak membalas kata-kata itu tetapi dipotong oleh Sara. "Aku, tunangan dia. Faham?" Sara menarik Pipit dari kelompok itu. Dua gadis itu, terdiam dengan tindakan Sara apatah lagi Pipit tidak langsung membantah. Pipit nampak seperti sangat serasi dengan Sara di ketika itu. Kembang Cina membontoti mereka ke dek atas.

"Apa yang terjadi," tanya Pipit setelah mereka sampai di atas. Sara terketawa dengan pertanyaan itu. Dia menggelengkan kepalanya betapa lurus bendulnya Pipit.

"Dua gadis itu tadi mahukan kau Pipit," jawab Sara. "Takkan itu pun kau tak tahu?" tanya Sara. Pipit menggaru kepalanya.

"Habis tu sejak bila kita bertunang?"tanya Pipit. Sara yang kurang kesabaran menampar kepala Pipit. Mengaduh Pipit ditampar Sara.

Sara: Cempaka Sari (Vol 1)Where stories live. Discover now