35

434 43 1
                                    

Hati Tun Daim remuk bagai dipijak-pijak oleh Cempaka. Dia sungguh tidak percaya Cempaka berani bertindak sedemikian. Dia masih termangu berdiri ditemani oleh Pipit.

"Datuk..."panggil Pipit hormat.

"Adakah Cempaka menyukai panglima itu?"tanya Tun Daim tanpa berpaling. Pipit menghelakan nafasnya.

"Panglima Shu Wu Ji berkata yang benar. Sememangnya Zheng gong gong menugaskan Panglima Shu menjaga Cik muda,"jawab Pipit.

"Itu bukan jawapan. Aku tanya, Cempaka dan Shu Wu Ji itu berkasih?!"tengking Tun Daim.

"Setahu khadam, mereka tidaklah seumpama itu,"jawab Pipit tenang. Tun Daim berpaling dan menolak tubuh Pipit.

"Kau ingat aku buta?!"tengkingnya sambil berlalu. Pipit yang hampir melayang membetulkan tubuhnya. Dia menggelengkan kepalanya. Dia berjalan mengikuti Tun Daim yang sedang  membara hatinya.

"Cempaka, belum pernah Syahida melihat kanda Daim semarah itu,"kata Syahida memecah suasana. Sara mengangkat bahu.Mereka berehat sebentar di gazebo di bawah pokok. Dingin cuaca pagi masih bersisa.

"Betulkah?"soal Sara dengan nada mengusik. Syahida mengangguk. Sara hendak tergelak melihat seriusnya wajah Syahida. "Nasib Syahidalah kalau Daim menjadi suami Syahida,"usik Sara.

"Cempaka!" balas Syahida yang mukanya sudah kemerahan menahan malu. Sara dan Kembang ketawa.

"Kecut hati Kembang melihat datuk macam tu,"kata Kembang perlahan.

"Well, orang muda memang berdarah panas,"jawab Sara.

"Well? Apa tu?"tanya Syahida.

"Orang muda? Datuk tua daripada Cempaka,"kata Kembang. Sara tergelak melihat wajah keliru Kembang.

"Boleh tak cakap pasal benda lain?"kata Sara.

"Zheng kunyang,"tegur seorang dayang berbaju ungu lembut. Perbualan itu terhenti di situ.

"Nǐ shì shéi(awak siapa?)."balas Sara.

"Nubi, Xin Chen. Zheng gong gong Yāoqǐng nǐ gòng jìn wǔcān (Zheng gong gong menjemput makan),"

Oh, zhidao le (saya tahu). Xie ni.(terima kasih)," jawab Sara. "Ayuh, Zheng gong gong menjemput makan tengahari,"kata Sara.

"Er Cempaka. Bukan datuk tengah marah ke?"tanya Kembang ragu-ragu.

"Hmm, ikut suka dialah nak marah ke nak terjun sungai ke. Bukan hal kita,"jawab Sara sambil bangun membetulkan pakaiannya. Syahida dan Kembang bertukar pandangan.  Kembang merasakan memang Cempaka dulu dan kini ternyata bukanlah orang yang sama. Jika Cempaka dulu silap sedikit berendam airmata, Cempaka sekarang hendak lihat dia menangis pun susah. "Para sahabat yang cantik bestari. Yang terpaku memandang sesama sendiri apakah sebabnya?"tanya Sara mengusik. Syahida dan Kembang tersenyum lalu mengatur langkah di belakang Sara.

Mamatok Sara memandang tubuh kaku di atas katil hospital ditemani dengan bunyi mesin-mesin pesakit lain. Sara tidak memerlukan alat bantuan kerana bacaan vitalnya baik.

"Mama, mama baliklah dulu. Sal kan ada," pujuk Salina.

"Sara ini anak bertuah. Sangat bertuah,"balas ibunya. Mamatok menghela nafas panjang. Dia baru teringat bukan selang satu generasi tapi dua. Rantai itu sudah ada takdirnya. Dia memilih siapa dan hendak bawa ke zaman mana. 'Sara biarpun kau di mana, jaga keselamatan diri,' doa hatinya.

"Maksud mama?"

"Sal duduk, mama nak ceritakan sesuatu. Tapi sebelum itu, mama nak Sal tengok dari sudut yang berbeza,"jawab Mamatok menarik tangan Salina duduk di sisinya.

Sara: Cempaka Sari (Vol 1)Where stories live. Discover now