12

681 62 2
                                    

Tun Ishak berhenti di pintu gerbang menggendong Sara. Mereka berdua ketawa. Usai ketawa mereka Tun Ishak bertanya,"Abang jumpa Kembang di pasar mencari saudagar cina. Mengapa adinda hendaķ membawanya ke istana?"

"Ahh...itu,sebab adinda malas hendak ke pasar. Biarlah dia datang ke mari,"kata Sara berdalih. "Kenapa abang hairan?"tanya Sara.

Tun Ishak menurunkan Sara. "Saudagar itu akan berlepas ke negaranya sebentar lagi,"terang Tun Ishak.Wajah ceria Sara berubah bimbang.

"Kalau begitu adinda mencarinya sekarang,"kata Sara.

"Itu Pipit. Kanda dah tugaskan mengikut adinda. Kembang ada di sana menanti,"beritahu Tun Ishak. Sara memandang Tun Ishak lalu tersenyum.

"Abang. Terima kasih,"ucap Sara lalu bersalaman.

"Abang dah berikan Kembang wang, Pipit sudahpun membawa persalinan adinda."

"Eh!kenapa...?"tanya Sara kehairanan.

"Saudagar itu tidak boleh berada di sini kerana keizinan menempat tamat hari ini. Jika adinda benar mahu bertemu, adinda mesti berada di kapal,"terang Tun Ishak. "Nah, ini kertas pengenalan diri dan keizinan untuk belayar cukup untuk Kembang dan Pipit."

"Abang,ayahanda dan bonda?"

"Abang akan bagi alasan adinda ditugaskan mengiringi Sheikh Yusufi dan anaknya ke negara itu untuk dakwah Islamiyah. Jadi selepas bahtera berlabuh di Nanjing, adinda boleh balik semula ke sini."

"Abang tidak mahu tahu kenapa dinda mahu bertemu dengan saudagar itu?"

Tun Ishak memegang wajah bujur sirih adiknya. "Cempaka mahu pulang ke tempat asal. Saudagar itu pernah berkata yang adinda seorang yang teristimewa dan datang dari jauh. Mulanya abang tidak dapat menangkap tetapi dia memberitahu perihal rantai dan cucuk sanggul ini," kata Tun Ishak. Sara ternganga dan airmata menitis satu persatu. "Siapakah adinda ini sebenarnya?"tanya Tun Ishak.

"Sara. Sara Amalina Salehuddin,"jawab Sara. "Ketika sedar dari musibah tempoh hari..." Tun Ishak memeluknya sambil menangis.

"Adinda tetap Cempaka bagi abang." Sara memeluknya erat. "Pergi cepat. "Pipit, lindungi dia dengan nyawamu,"kata Tun Ishak. "Cepat balik ya?"kata Tun Ishak. Sara mengangguk.

"Sara pergi dulu abang," kali ini bukan lagi nama Cempaka disebut tetapi Sara.  Tun Ishak teringat dia pernah terbaca coretan yang ditulis oleh Sara untuk Cempaka ketika dia mencari senaskhah buku  cerita di dalam biliknya. Mulanya dia ingat itu hanya ceritera khayalan. Tapi makin dibacanya makin kedengaran seperti benar. Dan itu menjelaskan lagi mengapa Cempaka bukan seperti Cempaka yang terdahulu. Namun Tun Ishak merahsiakan ini dari pengetahuan orang lain.

"Abang doakan keselamatan adinda pergi dan balik."

"Kanda Daim?"tanya Sara.

"Serahkan kepada abang menyelesaikannya,"kata Tun Ishak. Sara mengerti. Dia dan Pipit menaiki kuda yang disediakan dan memacu laju ke pelabuhan. Kembang yang gelisah berjalan mundar-mandir di tepi bahtera. Melihat Sara dan Pipit dia terlompat-lompat melambai. Sara dan Pipit meletakkan kuda di tepi bangsal dan berlari ke arah Kembang.

"Cempaka, kita mesti berangkat sekarang!"teriak Kembang. Mereka berlari-lari naik ke titi papan yang menyambungkan kapal dan pelabuhan.

"Kertas,"minta pengawal itu. Cempaka memberikan kertas keizinan belayar yang diberikan oleh Tun Ishak. Wang pengangkutan telahpun diuruskan oleh Tun Ishak. Mereka duduk di satu sudut.

"Cempaka,ini wang yang diberi oleh Tuan Muda,"kata Kembang. Sara mengambilnya dan melihat sejumlah wang Melaka dan sejumlah tahil perak dan emas. Sara membaca dokumen perjalanan yang dibekalkan. Permit belayar selama setahun. Kebenaran berlabuh di Nanjing selama enam bulan.  "Cik Syahida ada di depan dan saudagar itu Kembang nampak di hujung sana."

Sara: Cempaka Sari (Vol 1)Where stories live. Discover now