BAB 5 - TOLONG

3.8K 319 9
                                    

"EFA, apa cerita pasal boyfriend kau?" soal Adli.

"macam biasalah, dah dapat duit aku putus lah" jawab Afeefa selamba.

"kau tak pernah kena serang dengan diorang ke?" soal Qisya pula. Pelik, takkan Afeefa tak pernah kena serang dengan sesiapa pun ataupun diserang oleh isteri mereka.

"tak. Sebab aku couple dengan budak-budak lebih muda dari aku. Diorang tu bodoh sikit sebab tu aku senang nak minta duit dekat diorang lepas tu aku cakap—"

"—kita break, I dah ada lelaki lain. Tak kuasa aku nak couple dengan orang tua, nanti bini dia serang aku."

Adli hanya meng-oh kan sahaja.

"kau tak nak buka hati kau untuk bercinta ke Efa? Masih ada lagi lelaki yang lebih bagus dari Rafael kau. Dia dah lama meninggal kan?" kali ini soalan Thaqif membuatkan Afeefa dan yang lain terkedu.

Muka Afeefa sudah berubah, keruh mukanya. Adli dan Qisya sudah membuat isyarat jangan pada Thaqif, tetapi Thaqif tetap berdegil.

"jawablah Cik Azalea Afeefa"

"berapa kali aku nak cakap! Aku tak suka benda ni dibahaskan!" marah Afeefa. Terus begnya diambil lalu dia berlalu pergi. Tak suka soalan ini diberikan. Macamlah mereka tak tahu prinsip hidupnya.

Adli dan Qisya sudah menggelengkan kepala. Tak tahu ke Thaqif yang Afeefa panas baran dan keras kepala?

Lengan Afeefa sempat ditarik oleh Thaqif. Riak muka bersalah ditunjukkan.

"look Efa, i'm sorry. A-aku–"

"Sampai bila-bila pun aku akan tetap sayangkan arwah Rafael! Hati aku dah lama tutup untuk cintakan orang lain!"

Zap, rasa tercalar hati Thaqif.

Bukan Afeefa tidak tahu yang Thaqif mempunyai perasaan padanya. Dah berbuih-buih mulutnya berkata pada Thaqif yang dia tidak mahu bercinta lagi. Dia bukan buta untuk melihat perilaku Thaqif terhadapnya. Terus dia meninggalkan Thaqif disitu.

Thaqif menyepak tin kosong dihadapannya. Dia geram! Apa kurangnya dirinya?

"aku dah cakap banyak kali dah, kau yang degil Qif, Efa tu memang takkan jatuh hati pada sesiapa pun." ucap Adli. Kemudian bahu Thaqif ditepuk perlahan.

"sebab tu dia tu playgirl Qif, dia hanya nak duit dari lelaki tu je. Kau tahu kan, family dia macam mana? Walaupun dia kaya tapi dia tak nak gunakan duit mereka. Lagipun papa dia sendiri dah rampas kad kredit dia" ucap Qisya pula.

Kasihan mereka melihat Thaqif. Sejak dulu lagi, Thaqif berharap pada Afeefa.

Afeefa duduk termenung di tepi kolam ikan itu. Fikirannya asyik menerawang tentang soalan Thaqif tadi.

Patutkah dia membuka hatinya untuk Thaqif?

Tak, tak boleh! Thaqif hanya kawan baiknya sahaja. Lagipun hatinya memang tiada perasaan langsung pada lelaki.

Nope! Dia bukan lesbian, tapi hanya belum terbuka untuk menerima cinta.

Hati pun keras, nak bercinta.

Gallery di dalam telefonnya dibuka. Terlihat gambar mereka sekeluarga sewaktu raya. Lengkap, termasuklah ada arwah Rafael di sebelahnya. Bukan sebelah tetapi Rafael berada diantara dia dan adiknya, Afeena.

Waktu itu mereka berdua sudahpun bertunang. Umur 19 tahun dah bertunang, maklumlah mereka sudah bercinta sejak zaman sekolah menengah lagi.

"rindunya dekat awak, Rafael" keluh Afeefa sendiri.

BUNGA AZALEA ✅[COMPLETED]Where stories live. Discover now