BAB 1

3.3K 136 11
                                    

MAK selalu cakap, kalau ada peluang, jangan ambil endah. Sebabnya, kita tak selalu dapat peluang kedua. Tuhan tu dah aturkan elok-elok. Kalau betul rezeki kita, dia bagi pada kita, kita kena ambil dan bersyukur. Jangan nak buat berlagak sangat...

"Faham?"

"Fahamlah."

"Tu mak aku cakap dekat aku. So, aku cakap dekat kau pula. Kau jangan tak ambil peluang ni. Ini aje peluang kau untuk tengok negara orang, Syair. Lagipun free, government bayar kut!"

"Tapi kau tak ada dengan aku, Qis."

"Mana mungkinlah aku boleh dengan kau selalu."

"Tapi kau dah janji, kalau kita kawan, kita kawan sampai mati. Ini aku nak pergi ke London kut, kau kat Malaysia. Apa akan jadi dengan kita?"

"Kau tu... Agak-agaklah. Itu janji aku dengan kau yang kita buat sewaktu kita berusia tujuh tahun. Sekarang ni, kita dah 17 tahun. Nanti kita 27 tahun, masa kau kahwin, takkanlah aku nak kena ikut sekali?"

"Kalau ditakdirkan kau kahwin dengan aku, takkanlah kau tak ikut sekali?"

"Tak payah nak buat lawaklah, Syair. Mana ada kawan baik berkahwin dengan kawan baik! Kau gila ke? Apa kita nak buat kalau kita kahwin? Macam-macam benda aku dah buat dengan kau, boring kut kalau kita kahwin nanti. So, kita tak boleh kahwin."

"Ini janji kau usia 17 tahun la ni?"

"Yalah."

"Habis kawan sampai mati tu, nak bubarlah?"

"Kawan sampai mati, tapi tak boleh sampai kahwin."

"Okeylah."

"Kau nak pergi tak ni? London kut. Nanti bila aku ada duit, aku bolehlah melawat kau. Peluang ni, siap ada scholarship lagi. Takkanlah kau tak nak grab!"

"Kenapalah kau tak belajar pandai-pandai? Kalau tidak... Bolehlah kita pergi ke London sama-sama."

Bukan sebab belajar tak pandai. Masalahnya, dia lagi pandai daripada aku, nak buat macam mana. Lagipun, peluang terbuka untuk seorang saja.

"Tak apalah, kau seorang saja yang pandai. Aku perempuan, aku tak payah pandai sangat. Nanti aku kahwinlah dengan lelaki yang pandai."

"So, ni apa? Janji kau masa umur 27 tahun pula ke?"

Aku tergelak.

Teringat cerita aku dan Usyair sewaktu aku dan dia berusia 17 tahun. Masa tu, keputusan SPM pun dah dapat, surat tawaran pun dah keluar. Usyair bernasib baik kerana dia dapat tawaran belajar di London. Aku? Kat UTP Tronoh. Mak manalah nak bagi aku pergi jauh-jauh. Ayah lagilah. Lagipun, aku memang tak mahu pergi jauh-jauh pun.

Tapi aku serik dengan keputusan bodoh aku tu...

Yalah, tak belajar pandai sangat macam Usyair, akhirnya, aku yang rindu setengah mati kat dia. Sampai demam. Tapi, sebulan sajalah. Lepas aku masuk UTP, aku dah dapat kawan baru. Sesungguhnya, berkawan dengan perempuan, tak seseronok berkawan dengan Usyair. Itu yang aku rindu!

"Sekarang... Dah sepuluh tahun kau dekat London, baru kau rasa nak balik duduk sini?"

"Kenapa? Kau tak bagi aku balik pula ke?"

"Aku bukannya PM, nak sekat kewarganegaraan kau!"

"Habis tu, kau macam tak seronok saja aku nak balik. Bila aku balik beraya, kau punya seronok gila. Tapi, bila aku balik for good... Kau macam tak suka saja. Apa yang kau sorok daripada aku dekat sana? Kau ada boyfriend eh..."

"Mana ada boyfriend!"

Usyair mencebik. Nampak dia cebik bibirnya dalam video tu. Walaupun, video tu... Ada buffer sesaat dua.

"Yalah, aku suruh kau balik, kau tak nak. Sekarang tiba-tiba kau nak balik, apa hal? Ada girlfriend dekat sini ya yang suruh kau balik? Tu sebab kau nak balik tiba-tiba."

"Haah..."

"Hah???"

Tiba-tiba pula rasa tak sedap hati. Apa hal pula ni?

"Girlfriend aku suruh aku balik, aku baliklah!"

"Amboi, cakap orang tapi dia yang sorok."

"Girlfriend tu mama akulah..."

Huh... Apa hal rasa lega pula? Hesy... Apa hal perasaan aku ni, kejap okey kejap tidak ni? Mengarut!

"Eh, dah umur 27 tahun, girlfriend kau masih mama kau lagi?"

"Habis tu, kau tak nak jadi girlfriend aku... Macam mana?"

"Aku kan memang girlfriend kau. Kawan perempuan. Kan kita kawan sampai mati..."

"Tapi, tak boleh sampai kahwin..."

"Tahu tak apa."

"Sekarang kita dah 27 tahun, kau tak nak ke buat janji baru? Kau kan suka renew janji kita setiap sepuluh tahun. Dah lebih enam bulan sejak hari lahir kita... Kau tak renew!"

Aku tergelak.

"Tak ada ke?"

"No idea at this moment. Kenapa? Kau ada ke?"

"Aku ada."

"Okey... Cakaplah."

"Tapi, kau mesti tak setuju dengan janji baru aku ni."

"Hesy... Dalam perhubungan persahabatan, mana ada aku jadi kuasa veto. Kau 50 persen, aku 50 persen. Kalau kau okey, aku okeylah. Takkanlah aku saja pembuat keputusan. Kau pun boleh buat juga."

"Jadi, kau confirm setujulah ni?"

"Yalah. Of course. Okey, apa janjinya?"

Usyair tersengih. Sukalah tu. Tapi, sebenarnya, saham aku ialah 51 persen dalam partnership ni. Selalunyalah.

"Kita kawan sampai mati, tapi tak boleh sampai kahwin KECUALI..."

"Kecuali apa?"

"Pada penghujung umur kita 27 tahun, kalau kita masih tak ada sesiapa, yang ada hanya kau dan aku saja dalam hubungan kita ni, kita boleh kahwin sesama kita."

"Errr..."

"Janji sewaktu usia kita tujuh tahun dah renew. Kau jangan kata tidak... Kau dah setuju tadi, kan?"

Masalahnya dah terlepas cakap. Aku memang tak boleh nak berpatah balik dah!

"Yalah!!!"

"Jangan lupa ambil aku kat ETS. Aku balik tau dan bak kata mak kau, peluang jangan disia-siakan. Kita kena ambil peluang tu. Betul?"

"Peluang apa?"

"Peluang untuk baliklah. Okey, aku nak tidur ni... Esok nak kerja. Aku akan Whatsapp kau bila tarikh aku balik. Bye, Qis. Miss you, love you."

Klik!

Skrin komputer aku... Dah gelap. Menunjukkan panggilan video dah habis. Tapi, aku masih tercegat depan komputer tu. Bukan tentang ucapan miss you love you si Usyair... Itu dah biasa. Memang selalu dia ucap begitu sejak dia di London. Aku pun cakap benda yang sama.

Tapi...

Pasal kahwin tu.

Lagi enam bulan saja nak habis tahun. Habis tahun ni, habislah usia aku dan dia 27 tahun. Aku dan Usyair, masing-masing sambut hari lahir pada satu hari bulan. Itulah sebabnya, aku dan dia berkawan baik.

Errr...

Aku dan Usyair boleh kahwin? Teknikalnya memanglah aku dan Usyair boleh kahwin. Aku dan dia bukannya adik-beradik atau adik-beradik susuan. Tapi, aku dan Usyair, kawan baik yang lebih daripada adik-beradik.

Geli weh...

Takkan Usyair cintakan aku?

Huh, parah ni weh... Parah ni. 

TODAY I MARRY MY BEST FRIENDDonde viven las historias. Descúbrelo ahora