BAB 9

1.4K 51 1
                                    

JANGGAL gila rasa hidup aku, selepas aku sarungkan cincin di jari kelengkeng ni. Jangan bunyi cengkerik pi upgrade bunyi gajah pula, sudahlah. Tapi, memang ini ke rasanya bercinta? Asyik nak senyum-senyum saja!

"Jangan nak angau sangat. Bila lampu trafik merah, berhenti. Jangan nak jalan pula!"

"Eh, mak ni."

"Masa tak ada, satu dunia kamu nak mengamuk. Sekarang ni, masa dah dapat, jangan satu dunia pula kamu endahkan. Bukan kamu ada dunia kamu saja. Kamu tu berdunia dengan orang."

Aku tergelak. "Mak marah-marah ni, kenapa? Kalau mak tak suka, kenapa mak tolong Usyair jadi mangkuk tingkat? Mak nak pi datinglah... Apalah."

"Mana ada mak marah... Mak nasihat!"

Aku mencebik.

"Mak kamu tu, dah mulalah nak sedih."

"Sedih kenapa, ayah?"

"Kamu dah dengan Syair. Tak lama lagi, mesti Syair masuk meminang. Lepas tu, kenduri kahwinkan kamu. Lepas tu... Tinggallah mak kamu sorang-sorang."

"Oh, ni sindrom mak orang nak kahwin la ni?" Aku tergelak besar.

"Mana ada. Pandai aje abang ni." Mak mengelak.

Tahulah aku dengan mak tu. Hanya aku sorang yang dia ada. Kalau aku, madu dan racun dia, lepas kahwin... Dia nak madu dan racun dengan siapa pula? Ayah? Confirm tak nak sebut madu!

"Jangan risaulah, orang kahwin dengan Syair. Orang tak kahwin dengan orang lainlah, mak. Takkanlah Syair tak kenal mak. Dia tahu, orang pun tak boleh berpisah dengan mak. Mak nak takut apa?"

Mak diam. "Qis janji kahwin dengan Syair. Jangan tak jadi pula. Kamu tu, kena kurangkan baran kamu, selalu suka marah Syair. Dulu dia kawan baik kamu. Sekarang dia nak jadi suami kamu, kenalah belajar hormat. Jangan sebab kamu, Syair tak nak kahwin dengan kamu pula."

"Tak apalah... Tinggallah orang dengan mak. Kan itu yang mak nak?"

"Eh-eh, budak ni."

Aku berseloroh.

Tapi...

Semalam, aku dan Usyair sudah bertekad. Kita orang akan lakukan yang terbaik dalam hubungan yang baru beberapa saat tu. Oleh sebab, aku dan dia dah kenal 20 tahun, sampai jenis kentut pun dah tahu jenis yang bakal keluar... So, aku dan dia bersetuju untuk tinggalkan kebiasaan dan cuba benda baru.

"Kita buat perubahan."

"Tapi, perubahan yang menjadi kejutan. Contoh, aku tak pernah pakai smart keluar dengan kau, aku akan pakai smart lepas ni."

"Aku tengok kau selalu smart aje."

"Nanti kau tengoklah."

"Lagi apa yang kita nak ubah?"

"Panggilan kita? Kau panggil aku... Abang. Kau tak pernah panggil aku abang."

Krik... Krik... Krik...

"Abang?"

Krik... Krik... Krik...

"Abang."

"Tak drastik sangat ke?"

"Kau tak okey tak apa. Kita stick to what we already have. Ada kalanya, ada benda kita tak perlu ubah. Contohnya, macam kasih sayang kau dekat aku. Kau tetap kena korekkan isi ikan untuk aku macam selalu."

Usyair.

Dia sangat memahami.

Aku tak bolehlah panggil dia abang. Janggal gila aku rasa. Mungkin nantilah, bila dah kahwin. Itu masa yang terbaik kalau Usyair nak sangat aku panggil dia abang. Takkan nak panggil kau pula... Tak logik sangat.

"Assalamualaikum..."

Aku menoleh ke arah pintu. Siapa pula datang pagi-pagi, waktu orang sibuk nak pergi kerja ni? Aku bingkas bangun dan berjalan ke arah pintu. Dahi aku berkerut, Usyair?

"Eh... Waalaikumussalam. Kau buat apa kat sini?"

"Hantar girlfriend pi kerja. Aku kan cuti seminggu... Tak apalah aku hantar dan ambil kau pergi kerja. Nanti aku balik KL, siapa nak manjakan girlfriend aku?"

Aku tersenyum... Tersipu-sipu.

Girlfriend...

Hesy... Mula nak naik ke angkasa dan kutip planet-planet yang ada. Naik ke langit kutip bintang tu dah klise sangat!

"Siapa Qis?"

"Syair, ayah..."

"Masuklah Syair. Sarapan sekali." Jerit ayah.

"Okey, ayah..."

Dia ni kalau bab makan, memang tak tolak punya.

"Kau nak tak, aku hantarkan kau?"

"Mestilah nak."

"Terkejut tak?"

"Terkejutlah sebab kau boleh bangun pagi. Selalu kalau kata cuti aje... Memang kalau belum pukul dua belas tengah hari, janganlah nak call. Buat sakit jari aje..."

Usyair ketawa. "Berubahlah sikit. Dah jadi boyfriend kan..."

Bayangkan kalau Usyair jadi suami? Apa agaknya akan berubah? Breakfast in bed? Wah... Bahagianya hidup! Ha... Mulalah nak berangan.

"Bila nak ke KL?"

"Next week, mak."

Aku meletakkan bihun goreng ke dalam pinggan Usyair. "Sikit aje, yang... Tak nak banyak. Tadi dah makan dekat rumah. Mama masak nasi lemak."

Tersentak aku. Yang?

Aku pandang mak, mak sudah senyum-senyum. Malunya... Malunya!

"Banyak ni ke?"

"Okey... Okey."

Seperti di rumah mama, aku ada tempat duduk aku sendiri. Begitulah Usyair di rumah aku. Dia ada tempat duduk dia sendiri. Begitulah tempat dia di hati mak dan ayah. Aku tak nampak dia kekok bila dengan mak dan ayah. Dia hormat. Dia baik. Mak dan ayah pun suka Usyair. Tak pernah la tak ada topik yang tak boleh nak sembang. Ada sajalah ceritanya. Jadi, kalau bab calon menantu... Memang tak ada orang lain boleh lawan. Masalahnya... Aku pula yang segan!

"Kau tak cakap pun, kau nak panggil aku yang?"

"Perubahan yang menjadi kejutan. Kenapa? Kau tak suka ke?"

"Bukan tak suka. Tapi depan mak ayah kut..."

"Aku cuma nak dengar perkataan bukan tak suka aje... Yang lain aku tak peduli."

Kalau aku baran... Usyair degil. Manalah aku tak baran? Memang dia la yang selalu kena marah sebab tak suka dengar cakap aku. Tapi, panggilan yang pun... Okey apa? Tanda sayang. Haih... Ni bukan setakat kutip planet dah ni. Ni dah boleh pi sampai syurga.

"Yang..."

Aku pandang dia. Serta-merta bibir aku tercuit. Kemudian aku ketawa.

"Krik... Krik... Krik..."

"Hesy. Dia ketawa pula."

"Okey.... Okey. Tak gelak. Apa dia?"

"Kita sayang dia ni... Dia mencengkerikkan kita pula."

Pecah gelak aku lagi. "Sorry... Sorry. Apa kau nak cakap?"

"Aku cintakan kau. Tu aje..."

Hesy, Usyair ni.... Buat jantung aku tak duduk diam.

"Aku tahu."

"Kalau tahu, tolong picit bahu. Lenguh pula. Pagi-pagi bangun pagi, bawa girlfriend pergi kerja... Sekali, bahu lenguh pula."

Ceh!!! Tak pasal, dia bawa kereta, aku yang kena picit bahu dia. Ada benda memang tak boleh ubah... Kaki buli!

"Yang..."

"Hmmm..."

"Reunion sekolah kita Sabtu ni... Kita pergi ya?"

Erk...

TODAY I MARRY MY BEST FRIENDWhere stories live. Discover now