BAB 2

2.1K 91 7
                                    

UMAIRAH tersenyum.

Kemudian dia senyum lagi.

Dan dia senyum lagi.

Lepas itu dia ketawa besar.

"Gelaklah, gelak... Sampai terkeluar anak tekak kau tu, dik."

Umairah merupakan satu-satunya adik Usyair. Beza dia dengan Usyair hanyalah setahun. Lepas Usyair tak ada, aku rapat dengan Umairah. Hanya dialah kawan perempuan yang boleh rapat dengan aku. Sebab, orang lain macam tak geng. Kebetulan pula, dia sama kes macam aku. Tak boleh duduk jauh daripada keluarga. Akhirnya, dia tercampak di UIA di Gombak. Tapi kami selalu balik setiap minggu. Wajib balik.

Umairah banyak meyakinkan aku yang Usyair sukakan aku lebih daripada seorang kawan baik. Tapi, aku tetap meyakinkan dia, aku dan Usyair sudah berjanji akan kawan sampai mati tapi tak boleh sampai kahwin.

Akhirnya...

Bila janji dah renew, benda jadi kut lain!

"Aku dah kata, kak. Abang memang suka kau. Kau tak percaya cakap aku. Kau percaya juga cakap abang tu."

"Yalah, kawan baik aku. Mestilah aku percaya cakap dia, bukan cakap kau."

"Kak... Aku ni la satu-satunya umat tak boleh cakap bohong. Nanti kena daulat dengan mama dan papa. Aku tak berani kak nak membohong. Tapi abang tu, memang suka kau la, kak. Dia tu selalu minta update pasal kau daripada aku. Cuma aku tak cakap aje kat kau..."

"Kenapa tak cakap?"

"Kau tak tanya!"

Siot punya Umairah. Tapi, update aje... Aku pun selalu minta update tentang Usyair juga daripada Umairah. No big deal. Takkan cinta juga? Normallah update hal kawan baik. Kawan baik jauh kut.

"Update tu, tanda ambil berat. Aku pun selalu tanya kau."

"Ambil berat tanda sayang, sayang tu tanda kasih, kasih tu... Cintalah!"

"Habis tu, kalau bai roti tanya kau, kau sihat ke... Tu tanda cintalah?"

"Tu marketing strategy, kak oi. Customer memang suka kalau kita tanya dia sihat ke tidak!"

Kenapalah aku pergi berdepan dengan lawyer ni? Sahihlah dia akan ada setiap jawapan bagi setiap persoalan aku.

"Menyesal cakap dengan kau, dik. Rugi time lunch aku, buang air liur. Baiklah aku makan lebih baik. Perut pun kenyang, hati pun senang!"

Umairah ketawa.

"Abang kau pun satu. Kenapa masa inilah abang kau nak balik pula? Kan dah jadi masalah dekat aku."

"Dah dapat lampu hijau daripada mama."

Dahi aku berkerut. "Lampu hijau apa?"

"Boleh kahwin."

"Boleh kahwin?"

"Mama kata abang dah boleh kahwin, duit simpanan dah banyak, bolehlah mula berkeluarga. Bila kau ajak aku jumpa hari ni kak, aku dah agak dah... Ini mesti hal abang. Dan aku dah agak... Abang akan tanya kau kak. Sebab, abang selalu tanya aku, kalau kau jadi kakak ipar aku... Apa aku rasa."

"Kau jawab apa?"

"Of course la aku suka. Kau kan kawan aku juga kak."

"Hesy, cakaplah tak suka. Kan ringan kepala aku, tak payahlah nak fikir teruk-teruk. Migrain betul."

Kusut gila.

Kusut aku fikir.

Sejak janji kena renew, aku pula seperti orang bercinta. Makan tak lena, tidur tak kenyang, mandi tak basah, bersiap tak sudah! Kalau macam ni boleh kaya, tak apalah! Walhal, belum bercinta lagi, baru perbaharui janji saja. Lagipun... Ada tempoh enam bulan lagi. Tak mustahil kalau aku terjumpa atau tercinta orang lain kan? Mana tahu... Kerja Tuhan!

"Kak..."

"Apa?"

"Apa kurangnya abang?"

"Tak ada kurang."

"Dah tu, kenapa kau tak nak pilih dia? Dia kan macam kembar kau dah kak. Kau dah tak perlu nak ulang proses bercinta tu banyak kali. Kau tak perlu nak ada kejutan dalam perhubungan kau dengan abang. Kau tahu dah keburukan abang, kebaikan abang. So, kau tahu semua benda jadi kau boleh pelihara hubungan rumah tangga kau."

Aku terdiam.

"Cinta? Kau risau pasal cinta? Kau tahu tak kak... Dekat mahkamah syariah tu, banyak sangat pasangan yang bercinta akhirnya bercerai. Kau nak end up jadi pasangan macam tu ke?"

"So, kau nak cakap kalau aku kahwin dengan abang kau, aku tak akan end up dekat mahkamah syariah la?"

"Tak ada statistik tentang itu. Tapi, aku yakin kak... Kau dan abang sampai syurga kecualilah, abang mati, kau pi kahwin lain. Itu jodoh kau dengan madu abanglah."

"Bodohlah kau ni, dik..."

Aku mengeluh. Aku tak ada kekuatan untuk menolak semua hujah minah peguam ni... Tu sebab dia selalu menang dalam kes dia. Tapi, aku tak ada rasa nak menerima juga.

Entah kenapa, susah sangat aku nak terima Usyair sebagai separuh diri aku. Kalau sebagai kawan baik, dia memang seorang yang baik. Tapi, sebagai suami, boleh ke dia jadi sebaik itu? Kadang-kadang sebagai kawan... Lantak kau la, aku kawan saja dengan kau, bukan jadi suami atau isteri pun! Tapi, setahu aku... Aku dan dia, tak ada cilok dalam hubungan ini. Suka cakap suka, tak suka cakap tak suka.

Ala... Kenapalah kau pergi setuju untuk Usyair perbaharui janji tu, Qis? Aku kena prank lagi!

"Betul apa aku cakap. Aku tahu kak... Kenapa kau rasa susah nak terima abang."

"Kenapa?"

"Sebabnya, kau tak pernah bersama orang lain selain abang. So, bila abang nak kau, kau rasa takut. Takut abang bukan macam abang. Takut abang akan berubah jadi orang lain. Kau tak nak sebab kau takut kehilangan abang sebagai kawan baik kau."

Logik juga...

"Barulah aku rasa, berbaloi jumpa kau hari ni..."

"Ceh..."

Umairah mesti dah dapat rasa, apa yang aku rasa dan tu sebab Umairah saja yang boleh berkawan dengan aku, mungkin kerana dia dengan Usyair berkongsi satu rahim. Lagipun, Usyair memang rapat dengan Umairah. Sudah tentu Umairah kenal Usyair sebaik aku kenal Usyair. Begitulah Umairah dengan aku.

"Tapi, rasanya... Apa yang kau cakap tu betul dik. Bila Syair cakap macam tu, aku tak rasa aku boleh bercakap atau melepak macam biasa dengan dia. Aku rasa aku akan kehilangan dia sebagai kawan baik aku. So, sekarang apa yang patut aku buat, dik?"

"Putuskan persahabatan kau dengan abang."

"Hah?"

Terbeliak mata aku.

Putuskan dengan Usyair? Habis tu, aku nak kawan dengan siapa...? Siapa yang lebih memahami aku, selain Usyair Wajdi.

"Kau nak rasa apa itu cinta. kan? Kau kenalah rasa kehilangan. So, putuskan persahabatan dengan abang, kau akan tahu kenapa kau patut pilih abang. Do it now or you will regret it later."

Huh!

TODAY I MARRY MY BEST FRIENDWhere stories live. Discover now