#1 Plan 📝

205K 1.3K 34
                                    

"Wei.. Kau ni dari mana doh?? Penat aku tunggu kau?? Bila kita nak start buat assignment nya kalau kau dah lambat ni." amukku pada Aril kawan sekelasku di UPM. Aril keluar dari kereta dan berlari anak ke arah aku dengan muka yg selamba badak dia. Apa dia fikir aku tunggul ke kat sini duk tunggu dia dari tadi tak muncul-muncul. Eiiii aku sepak gak mamat ni lah.

Aku dan Aril sudah berkawan baik sejak sem 1 lagi di UPM dalam kursus Bacelor Kejuruteraan. Sekarang kitorang sudah sem 6. Bagi aku, Aril ni kawan yg boleh harap sikit kalau nak tolong sama-sama siapkan assignment dan kalau aku ade masalah dalam pelajaran. Aku selalu tanya Aril sebab dia ni boleh tahan bijak juga. Dulu Aril pernah dapat pngk 4.0 masa dia kat asasi dulu. Budak asasi memang biasanya pandai pun kan.

"Sorry aku jemur kain tadi. Tunggu mesin basuh tu ramai orang pulak tadi. Sorry." kata Aril dengan selamba dia lagi.

"Kalau macam tu kenapa tak ws aku kau lambat sikit ke ape??" tanyaku marah.

"Ouh tu. Handphone aku kat bilik. Aku kat mesin basuh ngah tunggu giliran takut ade orang potong nanti. Bila dah kat bilik, aku lupa nak buka handphone so tak perasan lagipun phone aku silent. Eiii dah lah jom lah kau ni bebel pula." ajak Aril sambil masuk ke dalam kereta Aril menuju ke McD.

Aku dan Aril memang selalu pergi McD atau perpustakaan nak belajar sesama untuk siapkan assignment dan kekadang aku ada ajak roommate aku, Emma tapi hari ini dia tak ikut sebab ada aktiviti. Emma pun sama kursus dengan kitorang sama kelas. Semasa dalam perjalanan kitorang berborak tentang pelajaran yg kitorang akan bincang nanti.

Ini pertama kali kitorang berdua je belajar sesama. Sebab biasanya kitorang mesti belajar ngan kawan yg lain tapi aku sengaja tak ajak, aku ajak Emma je pastu kebetulan dia ada hal so baguslah. Hehehe. Aku kena ambil peluang ni. Aku dah call Erin pasal ni. Dia kata Mama Aril keluar petang ni sampai malam baru balik. Erin pula dia memang balik rumah tiap minggu. So aku boleh teruskan rancangan ni. Aku seorang perempuan yg takda lah baik sangat dan takda jahat sangat. Dan aku ada masalah sikit dengan diri aku. Masalah tu mana boleh bagitau dulu. Hehe. Nanti aku bagitau bila rancangan aku berjaya.

Aku rancang nak kahwin dengan Aril ni. Aku tau aku boleh je cakap kat dia aku nak kahwin ngan dia tapi pelik lah kitorang kawan lepastu tetiba aku nak kahwin ngan dia. Aku pula perempuan lagipun aku tak nak dia tau kenapa aku nak kahwin dengan dia dan aku bukan suka dia pun. Aku pilih dia sebab dia ni memahami sikit dan lepas kahwin nanti aku akan bagitau dia dan aku harap dia boleh tolong aku. Aku nak selesaikan masalah aku ni. Aku tak mampu dah.

So aku minta tolong Erin haritu. Aku ingat susah lah sikit nak minta tolong dia tapi rupanya dia okay je. Aku cakap lah dia aku nak kahwin ngan abang dia dan aku janji aku akan tolong Erin kenal ngan Mirul kawan sekolah menengah aku. Erin suka kat Mirul ni dah lama dari pertama kali dorang jumpa. Erin sekarang kat UPM first year sem 2. Kami pula dah third year sem 2. Dia pernah lepak ngan aku time belajar sesama dulu kat KFC. Sejak tu dia kenal Mirul. Mirul sama fakulti je ngan aku. Dia roommate Aril.

Memula Erin yg cari aku nak minta tolong aku pasal Mirul tapi aku tak nak. Sekarang ni aku rasa boleh tolong dia kalau dia boleh tolong aku tanpa tanya sebab dan dia pun setuju juga. Sebab tu Erin tak banyak tanya dan ikut je aku punya plan. Lagipun Erin okay je kalau aku jadi kakak ipar dia. Dia lagi suka. Sebab kitorang pun dah kenal kan. Aku dan Emma pun selalu jugak keluar dengan dia jalan2. Dia kenal Emma dari adik Emma. Kitorang kekadang pun berjumpa kat rumah Emma.

"Akhirnya siap pun assignment ni. Sempat pun siap. Fyuuuuhhh." kata Aril sambil acah lap peluh kat dahi.

"Yelah memang lah boleh siap sampai malam dah ni." kataku. Aku juga sudah menyiapkan assignment secomplete-completenya. Tinggal nak hantar je. Aku melihat jam di tangan. Sudah hendak masuk jam 11 malam. Tiba-tiba telefon aku berbunyi.

"Hello." Aku keluar dari McD untuk sambung bercakap. Aril hanya memandang aku keluar dari McD sambil mengemas barang-barang yg sudah bersepah di atas meja dari pagi tadi. Dia perlu balik ke rumah parents dia sebab esok sabtu. So kenalah balik.

"Ana, aku dah sampai ni." jawab Erin. Erin memang lagi muda dari aku tapi aku yg suruh dia panggil nama aku. Tak perlu lah akak-akak. Tak jauh beza pun umur kitorang.

"Ahhh. Mana kau?? Cepat lah masuk McD. Aku tunggu. Kitorang pun nak keluar dah ni. Cepat tau." kataku sambil melilau mencari kelibat Erin.

"Okay okay." jawab Erin lagi lalu terus end call dan menuju ke arahku.

Aku dan Erin pun sama-sama masuk ke dalam McD. Sambil bersedia meneruskan rancangan kami.

"Hi, abang!!!!" kata Erin memulakan lakonannya.

Erin lawa, free hair, pandai bergaya. Aku gaya agak tomboy, tudung bawal biasa, baju shirt lengan panjang biasa, jeans, sneaker. Aku simple je. Malas nak bergaya. Aku pun tak retilah make up kat muka bagai.

"Eh Rin. Rin buat apa kat sini??" tanya Aril memandang pelik ke arah Erin dan aku. Kami pun duduk di kerusi.

"Nak suruh abang hantar balik lah. Mama tak boleh ambil Rin sebab Mama pergi rumah Pak Ngah sampai tengah malam."

"Kenapa?"

"Entah. Tadi Rin dekat area ni sebab jumpa kawan lepastu Ana kata Abang ngan dia. So Rin datang lah sini." Erin mengangkat bahu tanda tak tau.

"Okay lah nanti kita balik sesama. Abang nak hantar dia ni jugak." Aril tunjuk ke arah aku.

Aku meletakkan barang-barang aku ke dalam beg semula. Aku dah kemas awal lagi dari Erin sampai tadi so tinggal masukkan je. Assignment tadi pun dah siap kan. Aril pun dah kemas barang-barang dia.

"Tapi kalau kita balik rumah dulu boleh. Wei kau kata nak tengok baju yg aku kata tu kan? Boleh kau try sekali kat rumah nanti. Kalau muat kau ambil lah. Kalau tak nanti aku nak buang je." plan kitorang je ni saja cari alasan.

"Baju?? Ouh gambar baju yg kau tunjuk tu. Weii nak lah mesti. Lawa lagi kot. Kenapa nak buang-buang. Aku nak. Bagi aku je." kataku sambil memandang Erin.

"Hurmmm.... Tapi sempat ke nak balik dulu dah nak pukul 11 dah ni. Nanti pagar kolej tutup pukul 12 kan. Tak boleh esok je ke nak tengok-tengok baju." kata Aril pada aku mengira-ngira masa sambil mengerling jam di tangan kirinya.

"Mana boleh. Esok pagi Erin ada janji ngan kawan nak hangout KL. Lain kali nanti tak sempat dah. Nak exam dah ni. Hurmmm.... Kalau macam tu apa kata Ana tidur rumah je. Esok balik kan senang. Teman Erin. Lagipun Erin banyak benda nak gosip ngan Ana." kata Erin sedikit teruja.

"Kau okay ke??" kata Aril pada aku.

"Aku tak kesah memana lah. Roommate aku pun memang balik tiap minggu. So aku sesorang kat bilik." kataku pada mereka.

"Okay lah kalau macam tu. Aku okay je." kata Aril. Aku dan Erin sorak berjaya di dalam hati. Kami berjaya step pertama. Menuju ke step seterusnya pula.

Kami pun menuju ke kereta untuk pulang ke rumah Aril dan Erin.

Marriage for SEX 💋Where stories live. Discover now