#19 Cincin 💍

47K 762 53
                                    

Lepas aku ambil hadiah untuk Ana. Aku duduk di sebelah Ana semula. Ana masih pejampak mata.

"Ana.." aku panggil Ana tak menyahut.

Hurmm.. ngantuk sangat dia kata tadi.

Aku pandang wajah Ana. Aku senyum.

"Happy birthday, sayang." aku belai rambut Ana.

Aku buka kotak hadiah itu. Lalu aku keluarkan cincin di dalamnya. Ini hadiah untuk Ana.

Aku sarungkan cincin itu di jari manis kanan Ana. Lalu aku baring di sebelah Ana. Aku peluk erat Ana di dalam pelukan aku.

💋💋💋💋💋💋💋

Pagi itu setelah selesai subuh dengan Ana. Ana terus sambung tidur semula. Dia kata tak larat. Penat sebab baru habis exam keluar jalan² apa semua. Penat tak cukup tidur sebab project masa final lagi. Ada project due time final. Jadi agak kelam kabut.

Aku hanya biarkan Ana. Dia penat sangat tu.

Ketika aku hendak ambil tuala aku untuk mandi. Aku terlanggar sesuatu.

Jatuh semua barang dalam beg Ana. Aku terkejut.

Aku ambil kotak² yg jatuh tu. Kotak ubat after pill untuk prevent pregnancy dan kotak kondom.

Aku terduduk seketika. Aku kemas barang yg jatuh dan masukkan ke dalam beg. Dan aku terus masuk ke dalam tandas.

💋💋💋💋💋💋💋

Aku renggangkan badan sedar dari lena. Aku pandang jam di tepi meja. Dah pukul 11.30 pagi. Lama betul aku tidur. Sebelah aku tak ada Aril.

Hurmm dia kat bawah kot. Aku bangun dari pembaringan. Haaaa sedapnya tidur. Dah berapa hari tak dapat cukup tidur ni.

Aku pun melangkah ke bilik air untuk mandi dan bersiap untuk balik ke kolej. Nak packing barang nak balik rumah. Lama dah tak balik.

Aku ambil tuala untuk mandi. Ketika aku mandi aku perasan ada cincin dekat jari aku.

"Eh sejak bila aku pakai cincin?" aku telek cincin aku di jari.

Aril ke pakaikan?? Kenapa??

Siap sahaja mandi dan mengenakan baju. Aku terus turun ke ruang bawah cari Aril.

Tapi aku tak jumpa. Mama awal pagi dah pergi kerja. Aku cari Erin.

Erin pun tak ada. Mana semua orang?Macam mana aku nak balik?

Aku check phone aku. Banyak miss call dari ayah. Phone silent dari semalam. Tak perasan ada call masuk. Aku cuba call ayah semula tak dapat. Aku dail nombor Aril pula.

Aril tak angkat. Haih. Mana dia ni?

Aku duduk di ruang tamu barang aku sudah kemas semua. Siap kemas rumah sekali. Tunggu Aril lama sangat. Haihh. Mana dia ni call tak angkat???

Dah nak senja dah ni. Hurmmmmm.

Aku duduk di sofa ruang tamu sambil menonton drama di tv. Tengah minum air aku terkilas pandang cincin di jari. Aku belek. Hurmmm cantik. Aku senyum.

Kenapa Aril kasi eh? Sebab birthday aku ke?

Tiba² bunyi kereta memasuki perkarangan rumah banglo.

Aku berlari menuju ke pintu depan melihat adakah Aril atau Mama??

"Aril!! Kau pergi..." aku terus sergah lepas Aril masuk rumah. Tapi...

"Eh ni luggage siapa ni?" aku tanya Aril yang memegang satu luggage kecil dan 2 beg. Tapi macam familiar luggages ni??

"Kau punya." jawab Aril sepatah.

"Eh??" aku pandang Aril dengan muka keliru.

"Tolong aku angkat barang kau ni." Aril mengeluh.

"Kau dari rumah aku ke, Aril?" soal aku.

"Aah." Aril meluru naik ke bilik meletakkan beg luggage aku ke dalam bilik dia. Ke bilik kami?? Tahlah.

"Kenapa? Ayah call aku tadi. Lepastu aku call balik kenapa dia tak jawab. Ayah okay kan? Arill jawablahh."

Aril berdiam sambil mengeluh. Dia duduk di katil sambil buka butang pakaiannya yg berlengas dari pagi.

"Arilll. Kenapa? Jangan lah diam." aku goncang bahu Aril sedikit.

Aril menundukkan kepala. Aku cuba mencari wajah Aril yg sedang cuba melepaskan pakaiannya. Belum sempat aku dapat melihat wajah Aril.

Tiba² Aril tarik tangan aku dan dia memeluk aku di bahagian perut. Aku terkejut. Pelukannya makin erat.

"A..Arilll.."

"Ana"

"Hm" jawab aku sepatah dan membiarkan Aril memeluk aku seperti itu.

"Kau tak nak ada anak dengan aku ke?" jawabnya dengan nada agak sedih dihujung suara.

"Ke..kenapa kau ni tiba² tanya macam tu. Arill..." aku cuba melepaskan pelukannya kerana aku nak tengok wajah Aril.

"Ana" Aril tak nak lepaskan aku. Dia peluk aku makin erat. Aku mengalah.

"Aril okay tak?" aku usap sikit kepala Aril.

"Tak. Ana jawab soalan aku."

Aku haihhh Aril niiii. Kenapa tiba-tib.....eh.

"Kau selongkar beg aku ke?" aku laju lepaskan pelukan Aril. Aku terus cari wajah Aril.

"Aku nampak condom dan after pill. Mesti kau makan after pill tu kan lepas dari haritu." muka Aril serius.

"Aah." aku alih mata dari pandang wajah Aril. Kenapa rasa sebersalah pula aku ni???

"Kenapa?? Sebab kita belajar lagi?? So sebab tu kau tak nak kalau tiba² kau mengangdung ke sebab kau tak suka aku buat macam tu kat kau?? Ke sebab kau tak suka kandungkan anak aku??" soal Aril bertalu-talu.

Aku terkejut disoal seperti itu. Laju aku jawab tanpa berfikir.

"Ya sebab aku tak suka kau buat macam tu. Aku menyesal. Sebab sepatutnya first time aku dengan suami yg aku sayang yg cintakan aku care pasal aku. Kite kahwin punn macam ni..." jawab aku.

"Ouuuhhhh... Okay. Aku janji tak buat dah." Aril berdiri.

"Aku nak mandi dulu." Aril letak baju yg sudah ditanggalkan tadi ke dalam bakul pakaian kotor lalu mencapai tuala untuk ke bilik air.

"Aril... Kau tak jawab soalan aku lagi.." Aril tak layan tapi dia terus hilang ke kamar mandi.

Marriage for SEX 💋Where stories live. Discover now