#5 Bincang 🗣️

163K 1.2K 71
                                    

Setelah aku mengenakan pakaian aku yg semalam. Aku mula menuruni tangga. Aku mencari Aril. Aku dengar ada suara dari dapur. Aku pun pergi ke dapur. Aku lihat ada Mama dan Aril sedang bersarapan di meja makan.

"Eh Ana. Meh duduk makan sini." ajak mama.

Aku pun menghampiri Mama dan menyalaminya kerana semalam kan aku pengsan.

"Maafkan saya pasal semalam, Datin. Saya betul-betul..."

"Takpelah takpe. Dah apa Datin pulak. Panggil Mama lah. Ana duduk jom sarapan sama-sama."

"Mama??"

"Hurmmm yelah Ana kan menantu Mama dah. Duduklah nanti bihun ni sejuk pula." aku mengangguk lalu mula melabuhkan punggung di sebelah Aril yg tengah melahap bihun dahulu. Aril hanya jadi pemerhati je.

"Ahhh. Mama maaf patutnya Ana yg buat semua ni. Ana minta maaf sebab bangun lambat."

"Takpelah. Lagipun bukan Mama buat pun. Bibik yg buat." Mama senyum manis padaku. Baik juga Mama Aril ni. Aku pun ambil pinggan dan menyedut bihun goreng dan mula menyuap dengan garfu.

"Ana okay dah ke?? Pening ke?? Mama kejut Ana semalam tapi tak bangun pun. Risau Mama." Mama cuba berbual.

"Ahh. Okay. Takde pening pun. Ana okay je."

"Ana sama umur dengan Aril kan??"

"Aah. Kitorang sama kelas juga."

"Ouh. Sebenarnya Mama kenal dengan ayah Ana. Tandas bawah ni ayah Ana yg buat. Ayah Ana dan Mama memang kenal lama dah." kata Mama sambil menunjuk tandas tu. Aku mengangguk.

Ayah aku memang reti buat-buat rumah ni. Aku bukanlah orang kaya sangat. Dan takdelah miskin sangat. Aku orang sederhana saja.

"Ma, kitorang nak balik kolej. Abang tu nak kereta dia balik. So Aril kena balik. Lagipun Ana datang sini pun sehelai sepinggang."

"Hurmm yelah. Hurmmmm Ana, Mama tau Ana agak tak selesa dan terkejut sebab semua berlaku tiba-tiba. Tapi Mama harap Ana tak marahkan Aril ya. Apapun sekarang Ana dah jadi isteri Aril. Nanti kalau Aril buat jahat kat Ana lagi bagitau je Mama ye." kata Mama lembut kepadaku.

"Oh ya Aril ws nombor Ana kat Mama. Senang kalau apa-apa nanti." kata Mama memandang Aril yg baru hendak membuka handphone.

"Terima kasih Mama. Ana tak tau nak kata apa." kataku sambil menyuap suapan terakhir. Aril dah habis makan juga. Dia dari tadi habiskan minuman dia je sambil melihat handphonenya.

"Dah." Aril sudah menghantarnya.

"Okay lah Ma. Aril nak pergi dah." Aril bangun dan menyalami Mama. Aku cuba menghabiskan air minumanku yg tersisa. Aku bangun dan menyalami Mama juga. Mama peluk aku tiba-tiba. Aku hanya membalas pelukannya.

"Ana pergi dulu." kataku lembut. Aku pun berlalu keluar bersama Aril. Mama hanya memerhati kami memasuki kereta dan berlalu dari banglo besar itu.

Dalam perjalanan, aku merangka-rangka ayat yg sesuai. Tapi belum nak cakap. Tiba-tiba Aril berhentikan kereta di kawasan yg agak sunyi. Dia menoleh ke arah aku.

"Kenapa kau nak kahwin dengan aku sampai berkomplot dengan Erin bagai??" katanya padaku. Aku terkejut.

"Macam mana kau tau aku ngan Erin..??"

"Jawab aku dulu. Kau suka aku??"

Aku menggeleng laju.

"Habistu??" tanya Aril lagi. Aku memikirkan ayat.

"Aku..hurmmm. Aku ada masalah sikit."

"Masalah?? Masalah apa??"

"Hurmmm. Macam mana nak bagitau eh."

Marriage for SEX 💋Where stories live. Discover now