CHAPTER 4

3.3K 253 18
                                    

ELSIE POV


Saya terbangun apabila saya rasa mahu buang air kecil. Dengan mata yang masih mengantuk saya bangun untuk pergi ke bilik air tapi bila saya mahu bangun saya rasa badan saya rasa berat. Saya pandang disebelah saya dan saya nampak Tuan Noah nyenyak tidur dengan tangan dia memeluk saya. Layanan baik Tuan Noah buat saya rasa bahagia untuk pertama kalinya dalam hidup saya. Tidak sangka bekas isteri Tuan Noah sanggup curang dengan lelaki yang sebaik Tuan Noah.

-FLASHBACK-

Selepas kami balik dari shopping mall Tuan Noah terus bawa saya masuk bilik lalu menyuruh saya duduk di hujung katil. Saya ikut cakap Tuan Noah tanpa bantahan. Tuan Noah duduk di sebelah saya lalu memulakan ceritanya.

"Saya dan Irina sudah bercinta sejak kami di university lagi. Pertama kali saya pandang Irina saya jatuh cinta dengannya dan sejak dari hari itu saya terus mengejar Irina sehingga kami bercinta. Selepas sahaja kami tamat belajar saya melamar Irina untuk menjadi isteri saya dan Irina menerima lamaran saya. 2 bulan kemudian kami melangsungkan perkahwinan kami dan hidup kami bahagia sebagai pasangan suami isteri tapi sayang semua itu hanya bertahan selama 3 tahun. Saya perasan Irina bukan Irina yang saya kenal dan cinta waktu zaman belajar, setiap masa bermacam-macam alasan Irina beri kepada saya kalau saya ingin meluangkan masa bersamanya dan sangkaan saya betul." Muka Tuan Noah berubah menjadi benci. "Suatu hari bila saya baru balik kerja saya terdengar sesuatu dari bilik saya dan Irina. Gerak hati saya kuat mengatakan ada sesuatu yang terjadi jadi saya pun naik pergi tengok dan saya terkejut melihat isteri saya sendiri bawa lelaki lain masuk ke dalam rumah kami dan melakukan hubungan sex di atas katil yang kami kongsi. Malam itu juga saya mengakhiri hubungan saya dan Irina. Selepas beberapa bulan Irian dan saya sah bercerai dan Irina pun ikut lelaki itu." Cerita Tuan Noah dengan nada yang marah.

"Tuan masih sayangkan Cik Irina?" Tanya saya.

"Sayang saya terhadap Irina sudah lama terkubur. Perasaan yang ada sekarang adalah benci." Bilang Tuan Noah dengan nada yang dingin. Tuan Noah nampak seperti sangat benci kepada Cik Irina.

-END OF FLASHBACK-

Lamunan saya terhenti apabila saya merasakan bladder saya tidak tahan sudah mahu buang air kecil. Perlahan-lahan saya leraikan tangan Tuan Noah dari pinggang saya lalu saya bangun perlahan-lahan agar Tuan Noah tidak terbangun. Saya berlari anak ke bilik air untuk buang apa yang patut. Alang-alang saya sudah bangun dan berada dalam bilik air saya terus mandi sebab saya bercadang mahu sediakan sarapan untuk Tuan Noah. Setelah 5 minit saya manjakan badan saya dengan air saya pergi ke arah singki dan saya terpandang parut saya memenuhi badan saya di cermin. Air mata saya mengalir keluar saat saya melihat badan saya yang telah dicemari oleh 'Tuan-tuan' saya yang terdahulu.

-FLASHBACK-

"You stupid slut!!" Pipi saya ditampar berkali-kali oleh Sir Zander kerana saya terpecahkan botol wain yang tersimpan dalam cabinet alcohol Sir Zander semasa saya membersihkan cabinet itu.

"I... I... I'm sorry s...sir p...please don't hurt me." Rayu saya dengan tangisan yang tidak mahu berhenti. Saya rasa kedua pipi saya kebas akibat ditampar oleh Sir Zander.

"You need to be punish bitch." Dengan kasar Sir Zander tarik rambut saya heret saya ke basement di mana tempat selalu dia menghukum saya. Tangan saya dirantai di celling lalu Sir Zander mengoyakkan baju saya. Saya menjadi takut melihat Australian stockwhip di tangan Sir Zander. "You know what's is this little bitch?" Tanya Sir Zander dengan senyuman sinis.

"Please sir." Saya tahu apa yang bakal Sir Zander lakukan kepada saya.

Saya menjerit kesakitan apabila stockwhip itu melekat pada badan saya. Setelah beberapa minit Sir Zander menyeksa saya dengan benda tu saya sudah tidak mempunyai tenaga untuk menjerit lagipun jeritan saya tidak akan menghentikan Sir Zander dari menyeksa saya.

MR BILLIONAIRE AND HIS ANGEL(COMPLETED)Where stories live. Discover now