Bab 1

982 41 0
                                    

"Choi Yuna! Mana kau?!" Jungkook menghempas pintu rumah dengan kuat. Hatinya panas membara dan dengan menghentak, Jungkook mengatur kakinya ke bilik tidur mereka. Yuna yang sibuk menyiapkan kerjanya menghentikan kerja tersebut. Butang ctrl dan S ditekan untuk menyimpan hasil kerjanya yang separuh siap.

Jungkook membuka pintu dengan kasar lalu masuk ke dalam bilik tersebut. Yuna yang baru sahaja bangun kembali terduduk apabila Jungkook menampar pipinya kuat.

"Jungkook.." Yuna menggumam perlahan. Kolar bajunya dicengkam sambil ditarik ke atas, mendorong dirinya untuk turut bangun.

"Kau cakap apa dekat Eunbi?!" soal Jungkook dengan kasar. Yuna terdiam sambil mengemam bibirnya. Arahan Jungkook ketika hari pertama mereka sah bergelar suami isteri dilanggarnya.

"Aku tanya KAU CAKAP APA DEKAT EUNBI?!" soal Jungkook sambil melempar Yuna ke tepi. Yuna tidak berani bertentang mata dengan Jungkook dan tidak berani untuk bergerak ke mana-mana. Takut kalau-kalau tindakannya memarakkan lagi api kemarahan suaminya.

"Aku dah cakap jangan bagitahu Eunbi yang kita dah kahwin, kau masih tak faham juga ke?!" jerkah Jungkook lagi. Yuna menangis perlahan.

"Mentang-mentang aku baik dengan kau, kau ingat aku boleh cintakan kau macam aku cintakan Eunbi ke?!" soal Jungkook lagi. Kata-katanya benar-benar menoreh hati Yuna, lukanya sangat dalam.

"Tapi aku cintakan kau. Eunbi kawan aku. Aku tak nak tipu dia dan aku tak nak kehilangan kau," Yuna menggumam perlahan, membalas kata-kata Jungkook. Kebenaran yang disingkap membuatkan Choi Yuna kehilangan seorang kawan baik bernama Jung Eunbi. Tapi dia buat semua ni sebab dia tak nak tipu Eunbi hidup-hidup dan ya, dia mula mencintai suaminya, Jeon Jungkook. Perasaan kasihnya kepada Jungkook bukannya sedikit, tapi sangat dalam.

"Masalahnya, AKU TAK CINTAKAN KAU PUN!" Jungkook menampar kepala Yuna yang menyembunyikan wajahnya di sebalik rambut panjangnya. Tersungkur Yuna dek tamparan tersebut. Jungkook menarik rambut Yuna, membuatkan ia terdongak. Yuna menahan tangan Jungkook di rambutnya dek kerana sakit.

"Tapi aku tak ada masalah pun untuk sentuh kau!" bisik Jungkook lalu melepaskan rambut Yuna. Dia bangun dan mula menanggalkan tali pinggangnya.

"Jungkook.." gumam Yuna sambil mengesot ke arah pintu. Kakinya buat masa ini rasa sangat lembik gara-gara terlalu takut dengan pergerakan Jungkook buat masa ini.

"Kau nak sangat jadi isteri aku, kan? Jadi, malam ni, biar aku bagi kau rasa macam mana jadi isteri aku," ucap Jungkook dalam nada rendah. Dia menerpa ke arah Yuna. Yuna menjerit kuat dan secara automatik, kakinya menampung berat badannya untuk berdiri. Yuna lari ke arah pintu tetapi sempat ditangkap oleh Jungkook.

"Kau nak pergi mana? Dah tadi kau yang nak sangat jadi bini aku, kan? Sekarang, kau nak lari?" soal Jungkook dengan nada seramnya.

"Jungkook, kau sedar tak kau tengah buat apa ni?!" jerit Yuna semula ketika tubuhnya diheret ke katil.

"Aku tahu. Aku sedar. Sepenuhnya," balas Jungkook diiringi senyuman jahat. Tangannya mula meliar di tubuh Yuna yang dilapisi baju.

"Jungkook, tolonglah jangan buat aku macam ni," rayu Yuna sambil cuba menggapai tangan Jungkook, berusaha menghentikannya.

"Kau patut tahu buruk padahnya kalau kau lawan cakap aku.."

"Aku janj lepas ni aku akan failkan cerai. Kau boleh kahwin dengan Eunbi. Cuma, jangan buat aku macam ni, tolonglah," rayunya lagi sambil menangis. Dia cuba menggerak-gerakkan tubuhnya, melonggarkan pegangan Jungkook.

Jungkook menampar Yuna dengan kuat.

"Kau ingat kalau kita bercerai sekalipun, Eunbi akan balik dekat aku ke? Dia dah tinggalkan aku, kau tahu tak?!" jerkah Jungkook. Amarahnya yang tidak dibendung mendorong dia mengepalkan penumbuk dan melepaskannya pada Yuna. Yuna mengaduh kesakitan tetapi tidak dipedulikan si lelaki.

Jungkook terus menyentuhnya walaupun berulang kali dirayui Yuna supaya dirinya dilepaskan tetapi Jungkook tidak mempedulikan. Yuna melawan sedaya mungkin tetapi kudratnya melemah apabila dia ditumbuk dan ditampar berkali-kali oleh Jungkook. Sehinggalah sentuhan terakhir Jungkook menyedarkan Yuna, tiada gunanya lagi dia melawan. Semuanya sudah terlambat.

Peluang Kedua [YuKook Story] Where stories live. Discover now