BAB 3

565 34 0
                                    

SUDUT PANDANG YUNA

Akhirnya, segala urusan bank, passport dan segala yang berkaitan selesai. Hari ini, aku berangkat ke lapangan terbang dengan Yewon. Wajahku ditutup dengan masker hitam bagi mengelakkan aku dicam. Semasa di balai berlepas, aku menurunkan masker tersebut. Wajahku, tiket dibandingkan dengan maklumat yang berada pada passport tersebut. Setelah sah pengenalan, barulah aku dibenarkan masuk ke ruangan menunggu kapal terbang berlepas. Yewon masuk selepas aku. Bagasi kami dah ditinggalkan di ruang yang sepatutnya tadi. Sekarang, kami hanya menunggu panggilan untuk para penumpang kapal tersebut masuk. Aku menanti dengan penuh debaran di dada.

Setelah beberapa jam bertapa dalam kapal terbang, akhirnya kapl terbang US7690 selamat mendarat di lapangan terbang dekat Minnesota. Kepulangan Yewon dan kedatanganku disambut baik oleh kakak Yewon, Kim Sojung. Di lapangan terbang itu juga dua beradik itu melepaskan rindu yang terbuku. Yewon memperkenalkan aku dan aku menunduk tanda memberi hormat. Kak Sojung datang ke arahku dan memelukku. Aku membalas pelukannya.

“Jom, balik rumah,” gamit Sojung Eonni. Aku dan Yewon membontotinya.

*********************************

“Kamu cuti berapa lama, Yewon?” tanya Sojung Eonni, memecahkan kesunyian yang bertandang di dalam kereta.

“Seminggu je, eonni,” balas Yewon. Yalah, cuti tahunannya dah habis digunakan untuk menemani aku selama seminggu masa aku baru lepas ‘kena’ dengan Jungkook. Jadi, Yewon ambil cuti tanpa gaji buat masa sekarang.

“Alah, kejapnya! Itulah! Eonni ajak kerja dekat syarikat daddy tak nak. Nak juga kerja dekat tempat orang,” bebel Sojung. Bapa Yewon memang memiliki syarikat di US tetapi bukan di Korea. Sebab itulah Yewon tak nak kerja dengan bapanya di sini. Dia lebih memilih untuk tinggal di Korea. Makanya, kerja-kerja di US diuruskan dengan baik oleh kakaknya.

“Hurm… Stop arguing this topic,” Yewon dah mula mengeluarkan Bahasa Inggerisnya. Sojung eonni tergelak kecil dan pemanduan laju diteruskan sampailah kami sampai ke rumah.

Aku dijaga dengan baik oleh mereka. Sojung Eonni juga menempatkan aku di syarikat yang dikendalikannya. Disebabkan urusan sijil-sijilku belum selesai, aku masuk dengan resume basic dan surat permohonan kerja sebagai syarat untuk direkodkan di bahagian Sumber Kemanusiaan. Pekerjaan aku agak kurang baik lantaran sikap orang tempatan yang agak racist kerana aku orang luar. Walaupun bos mereka orang Korea, tetapi mungkin kerana pangkatku yang lebih rendah memberi tiket kepada mereka untuk memandang rendah terhadapku. Tapi, aku tetap bersyukur mendapat posisi ini daripada duduk menapak je dalam rumah Sojung Eonni tanpa berbuat apa-apa. Di sini, aku menggunakan nama Katolikku, Angelica.

***********************************

LAPAN TAHUN KEMUDIAN

“Yewon-ah, apa jadi dengan syarikat ayah aku?” tanyaku lewat telefon. Walaupun dah lapan tahun berhijrah ke negara orang, aku tetap mengambil tahu isu-isu yang berlaku di Korea lewat internet. Dari situ juga aku mendapat tahu syarikat bapaku mengalami kejatuhan perlahan-lahan.

“Ayah kau memang dah jual banyak sahamnya untuk selamatkan company korang, Yuna. Tapi, kalau ikutkan media, branch ayah kau dekat Jepun dengan China dah tutup. Aku tak ada orang dalam untuk tanya lebih lanjut,” balas Yewon. Aku memicit dan mengurut-ngurut tengah mata dan keningku.

“Yuna, maaf. Tapi, kalau boleh aku cadangkan, kau baliklah untuk uruskan syarikat ayah kau pula. Dah lapan tahun kau dekat sana,” pujuk Yewon dalam diam. Yalah, kalau nak ikutkan, trauma aku dah banyak berkurangan sejak lahirnya Sejeong ke dalam dunia ni. Aku rasa lebih kuat untuk hadapi hari-hariku.

“Tapi, kerja aku dekat sini?”

“Tak apa. Kau cakap je dengan Sojung eonni. Dia mesti faham,” balas Yewon. Mungkin dia pun risau dengan nasib syarikat bapa aku.

Peluang Kedua [YuKook Story] Where stories live. Discover now