BAB 5

530 45 2
                                    

"Ada apa kamu balik sini?" tanya appa lalu memusingkan kerusinya membelakangiku. Aku sedikit terkesan dengan layanan appa walaupun aku dah bersedia untuk hal yang lebih teruk lagi.

"Mianhae," gumamku perlahan. Pintu sudah ditutup dari tadi.

"Nak minta maaf je, tunggu balik rumahlah," kata appa yang semakin berjauh hati bunyinya.

"Yuna balik ni nak tolong appa," sambungku, menerangkan niat sebenarku pulang.

"Lepas habis masalah ni, kamu nak lari lagi?" tanya appa, sedikit membentak.

"Tak. Yuna akan kerja terus dengan appa," jawabku. Appa mendengus.

"Pirhyeo eobseo (Tak payahlah), Yuna. Kalau kamu nak menolong, dari dulu lagi kamu tolong. Bukannya sampai appa nak bankrap baru kamu munculkan diri," appa menembakku dengan peluru berpandunya.

Apa lagi yang aku tak buat dulu? Aku dah korbankan segala-galanya kot termasuklah diri aku. Aku serahkan diri untuk jadi milik Jungkook, yang seolah-olah memberikan dia tiket untuk menghamilkan aku secara paksa. Apa lagi yang aku tak buat dulu?

"Apa lagi yang Yuna tak buat dulu, appa?" soalku, menginginkan jawapan. Biar clear semuanya hari ni!

"Kenapa kamu tinggalkan Jungkook? Gaduh benda kecil je pun! Dah berapa lama kamu kahwin dengan dia dan kenapa tiba-tiba ungkit pasal perjodohan kamu?" tanya appa sambil memusingkan kerusinya menghadap aku. Aku pening. Ungkit?

"Appa cakap apa ni? Yuna tak faham."

"Hari pertama kamu tak masuk kerja, appa call tapi tak berangkat! Appa tanya Jungkook apa yang jadi. Lepas tu, Jungkook cakap kamu pergi bercuti sebab stres dengan dia. Appa tahan je malu masa tu! Lepas sebulan kamu pergi, barulah Jungkook cerita yang kamu bergaduh dan ungkit appa yang paksa kamu kahwin dengan dia! Appa malu tahu tak?!"

"Appa, cerita yang sebenar bukan macam tu!"

"Habis tu, macam mana? Kamu nak cakap kamu yang teraniaya, macam tu?" soal appa.

"Jungkook sentuh Yuna tanpa rela! Jungkook seksa Yuna! Jungkook pukul Yuna sebab bagitahu Eunbi yang kami dah berkahwin! Eunbi dengan Jungkook bercinta dulu dan Yuna cuma nak pertahankan rumah tangga Yuna! Tapi separuh mati Yuna dikerjakan dia dulu, appa tahu tak?!" bentakku lalu menangis.

Sakit hati bila diingatkan kembali orang yang kita sayang, orang yang kita pertahankan memperlakukan kita seperti binatang. Aku tahu aku bodoh sebab percaya yang dia dah mula terima aku. Aku bodoh sebab percaya Jungkook nak bina rumah tangga yang bahagia dengan aku. Aku bodoh sebab jadi hamba cinta.

"Yuna nak minta cerai! Yuna nak buat report polis. Yuna nak jumpa doktor dan suruh doktor tuliskan report penuh. Tapi, disebabkan Yuna fikir reputasi appa, Yuna padamkan je niat Yuna. Kalaupun appa bangkitkan isu tak nak balik, orang yang Yuna tak nak patah balik dan berjumpa tu, Jungkook! Bukan appa dengan eomma!" sambungku lagi lalu mengelap air mata. Aku menangis sambil berdiri statik di situ.

Tiba-tiba, aku merasakan tubuhku dipeluk dan kepalaku ditepuk perlahan. Appa tak pandai meluahkan maaf dan sayang, tapi aku tahu dia rasa bersalah dengan aku dan menyayangi aku dengan tindakannya.

****

"Okey, kalau macam tu, terima je budak-budak praktikal tu. Proceed dengan uji bakat untuk menentukan siapa pegang watak siapa," arahku melalui telefon.

Aku mencadangkan supaya syarikat tersebut menerima pelajar praktikal program teater dari mana-mana universiti. Keuntungan akan dikongsikan dengan mereka tetapi tiada elaun. Ada yang sanggup menerima dan memohon untuk menunaikan keperluan universiti mereka.

Memandangkan meja di pejabat cukup-cukup untuk pekerja, aku diberi kelonggaran untuk bekerja dari rumah. Pun begitu, ada banyak hal juga yang perlu diselesaikan dan semuanya perlu dilakukan lewat telefon. Tapi aku suka begini. Sekurang-kurangnya aku dapat meluangkan masa dengan Sejeong.

"Choi Yuna," panggil seseorang dari tepi aku. Aku menoleh ke arahnya dan aku terundur ke belakang gara-gara terkejut. Sejeong mana?!

"Kau buat apa dekat sini?! Macam mana kau boleh masuk?!" tanyaku yang dah berdiri, menandingi ketinggian dia. Walaupun hakikatnya dia lebih tinggi sikit dari aku.

Bercakap tentang masuk rumah, aku pun pelik macam mana dia boleh masuk sebab aku tak dengar apa-apa bunyi loceng pun! Dan pagarku jenis automatik! Jangan cakap dia panjat sudah!

"Aku rindukan kau," Jungkook menerpa ke arahku dan memelukku erat.

"Lepaskan aku! Lepaskan aku!" aku menumbuk-numbuk lengannya. Dari pelukannya saja aku dapat meneka tubuhnya lebih tegap dari dulu. Jadi pukulanku mungkin langsung tidak memberikan apa-apa kesan kepadanya.

"Lepaskan akulah, Jungkook!" bentakku dan kali ni aku cuba menolak tubuhnya pula.

"Ahjussi, lepaskan mak saya!" jerit Sejeong dalam bahasa tak formal.

Jungkook melepaskan aku dan terus menoleh ke arah anaknya.

"Mak?" soalnya.

"Ahjussi ni siapa? Dahlah pecah masuk rumah orang! Tak dengar ke mak saya cakap lepaskan dia? Dok peluk-peluk tu kenapa?!" marahnya.

"Sejeong, tak baik cakap dengan orang tua macam tu," tegurku.

Memang anak ini tak tahu ini adalah bapanya, tapi aku tak nak dia berkurang ajar dengan orang yang sepatutnya dia hormati.

Jungkook memandang ke arahku dengan mata besarnya.

"Anak.."

"Anak aku!" aku terus menarik Sejeong menjauhinya dan menyembunyikan dia di belakangku. Aku tak boleh biarkan mereka bertentangan mata untuk waktu yang lama. Aku takut ikatan batin antara mereka menjadi lebih kuat. Jungkook dan Sejeong saling berkait, tapi aku akan tetap longgarkan ikatan aku sampai mati!

"Umur.."

"Aku kena rogol! Dengan mat saleh! Sebulan lepas kau buat aku, aku jadi macam orang bodoh! Aku duduk US dan masa tu aku kena! Ni semua berpunca daripada kau!" bentakku.

Jungkook mencerlung ke arahku. Dan kemudian ke arah anaknya. Dia mendengus lalu berpusing membelakangiku dan mengatur langkah keluar dari rumah tersebut tanpa banyak bicara. Langkahnya terhenti di pasu yang tergeletak di atas meja kayu import lalu menjatuhkan pasu tersebut. Kelakuan biasa tanda dia protes. Terhincut bahuku melihatkan kebaranannya.

"Mummy," panggil Sejeong sambil mencebik. Aku mendukungnya naik ke atas dan cuba menidurkan dia. Dia nampak takut.

"Mummy, betul ke Sejeong anak perogol?" tanyanya.

Aku dah agak yang dia faham cakap aku walaupun Bahasa Koreanya agak terbatas.

Aku meminta maaf terlebih dahulu.

"Yang tadi tu appa Sejeong tapi Sejeong dah tengok, kan yang appa dengan mummy tak boleh dekat? Mummy takut nenek, atuk dengan appa jadikan Sejeong alasan untuk mummy balik dekat appa, jadi mummy tipu diorang. Sejeong boleh faham mummy tak?" tanyaku.

"Mummy takut dengan appa?" tanya Sejeong dan aku mengangguk.

"Tak apa, Sejeong ada dengan mummy," pujuknya lalu memelukku. Yang sepatutnya aku yang menenangkan anakku tapi yang sebaliknya pula terjadi! Aku bahkan menangis sambil memeluk Sejeong. Sejeong membelai-belai rambut panjangku.

Peluang Kedua [YuKook Story] Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang