Bab 24

358 26 2
                                    

SUDUT PANDANG YUNA

“Apa yang kau merepek ni, Eunbi?” tanyaku. Aku tak kira! Hari ni, aku nak dengar semuanya terang bersuluh!

“Kau gila! Kau selalu buat Jungkook tu macam suami kau! Padahal, dia suami aku!”

“Mengarutlah kau ni! Sejak bila pulak kau kahwin dengan dia?!”

Yalah! Kami ada Sejeong kot! Dan aku sendiri dah tengok rupa Yoongi masa hari kahwin dia! Dan kami juga yang mengiringi dan menguruskan pengebumian Yoongi! Macam mana pula suami aku boleh jadi suami dia?!

“Mummy?” panggil Sejeong.

Dia nampak terpinga-pinga melihat Eunbi di situ. Ke dia dengar perbualan kami?

Sejeong masuk tanpa menutup pintu rapat-rapat. Dia mendekatiku.

“Kenapa ni?” tanyanya.

Nothing. Can you get out first?” tanyaku. Aku nak bincang sikit dengan Eunbi.

I won’t leave you,” katanya dan merapatkan kepalanya ke leherku.

“KAU! Disebabkan kau, Jungkook balik dekat Yuna! Agaknya kalau kau mati, baru Jungkook akan lepaskan Yuna, kot!” Eunbi mendekati kami.

“Eunbi, kau ni kenapa?!” aku menekan suaraku.

Eunbi tarik anak aku dengan kuat sampaikan Sejeong terlepas dari pelukanku.

“Mummy!!!” Sejeong menjerit ketakutan.

Eunbi mengheret Sejeong ke tingkap.

“Eunbi, lepaskan anak aku!” aku menjerit tetapi Eunbi tidak mempedulikan aku.

Tanpa berfikir panjang, aku mencabut benda-benda asing di tanganku dan cepat-cepat meluru ke arah Eunbi dan Sejeong. Perutku terasa sakit tapi aku tak pedulikannya. Sejeong lebih penting!

“Eunbi, jangan melampau!” Aku menampar belakang badannya.

Eunbi tersentak. Dia berpusing ke arahku dan menepis badanku. Aku jatuh terduduk dan dia semakin melajukan kakinya ke arah tingkap. Kekuatannya tak macam orang sarat langsung! Sejeong menjerit-jerit memanggilku.

“APPA!!!!!!!!” laungnya kuat. Aku cuba bangun untuk menghalang Eunbi daripada bunuh anak aku.

“Diamlah kau!” Eunbi menghentak kepala Sejeong pada tingkap tersebut. Tingkap tersebut pecah dan Sejeong aku nampak semakin lemah dalam tangan Eunbi.

“EUNBI!!!” aku menampar pipinya dan cuba menarik Sejeong yang separas dengan perutku menjauhi Eunbi.

Kepala Eunbi terteleng ke tepi. Dia memposisikan semula kepalanya dan kemudian mencekikku.

“KAU RAMPAS JUNGKOOK DARI AKU! JUNGKOOK MILIK AKU! KAU PERAMPAS! JUNGKOOK SAYANGKAN AKU TAPI KAU PENGACAU! AKU NAK KAU MATI!” Eunbi menguatkan lagi cekikannya.

“Yuna!” aku dengar suara Jungkook dan kemudian, aku dah tak rasa lagi tangan Eunbi di leherku.

Aku jatuh terduduk tapi telingaku masih lagi sempat menangkap situasi yang terjadi. Aku membuka mata dan aku tengok Eunbi dibawa pergi oleh beberapa jururawat. Dia meronta-ronta tetapi perhatian Jungkook lebih kepadaku.

“Sejeong… Sejeong…” Aku nak Jungkook selamatkan Sejeong dulu. Tapi Jungkook tak pedulikan aku, sebaliknya dia terus mengangkatku ke katil. Aku mengerling ke arah Sejeong terbaring tadi dan aku tengok ada nurse yang dah ambil Sejeong tadi.

Jungkook meletakkan aku dengan berhati-hati. Perut aku sangat sakit sampaikan aku tak boleh nak bercakap sebab dia akan lebih menyakitkan perut aku. Tapi, aku tengok ke tempat kejadian tadi dan aku tengok ada banyak darah dekat situ.

“Cepat sikit, doktor!” Jungkook membentak doktor tersebut sambil tangannya menekup perutku. Dia nampak cemas dan aku nampak dia ada menangis sikit.

“Jungkook…” bisikku.

“Bertahan, Yuna! Hold on!

Katilku ditolak dan Jungkook turut membantu menolaknya. Aku dapat rasa kelajuan bertambah.

“Jungkook…” panggilku lagi.

Yeah?” tanyanya sambil menatap ke arahku.

Aku baru nak tanya apa yang jadi bila tangan aku rasa basah di tangannya. Aku mengangkat tanganku dan aku dapati rupa-rupanya jahitan perutku terbuka. Disebabkan itulah, banyak darah yang keluar. Tak adalah keluar mencurah-curah macam air terjun tapi banyaklah juga yang keluar.

“Encik, encik tak boleh masuk,” sampai di pintu bilik bedah (kot), seorang jururawat menahan Jungkook.

“Kkuk…” aku menahan tangannya. Aku nak dia masuk dengan aku. Aku tak nak bersendirian lagi. Aku nak dia tunggu aku. Aku tak nak dia pergi check Eunbi.

“Buatlah apa-apa pun. Janji dia selamat.” Jungkook menggenggam tanganku erat dan kemudian melepaskannya.

“Kkuk…” aku panggilnya lagi tetapi dia semakin mengecil di penglihatanku dan akhirnya hilang di sebalik pintu.

***

SUDUT PANDANG JUNGKOOK

Aku nampak Sejeong keluar dari bilik Yuna dan aku terus bertanyakan ke mana dia nak pergi. Sejeong jawab yang Yuna suruh dia makan dan aku menawarkan diri untuk menemaninya. Sejeong nampak seperti berfikir-fikir tetapi akhirnya dia bersetuju. Aku terus ikut dia dan kami terus ke kafeteria hospital.

***

“Sejeong-ah… appa mianhae,” aku meminta maaf.

“Apa pentingnya perempuan tu dari mummy?” tanyanya tanpa bertapis. Sejeong memang agak kasar belakangan ni.

Okay, Sejeong-ah… You’ve grown up and I believe you’ll understand this,” aku mengambil keputusan untuk berterus-terang dengannya.

Aunty Eunbi once my girlfriend and she’s mummy’s best friend. Aunty Eunbi dulunya pelakon dekat syarikat mummy. Dan sebagai seorang selebriti, ada je kontroversi dan fitnah yang perlu dia telan. Itu adat seorang selebriti di tanah air kita. Dan disebabkan fitnah dan cacian tu semua, Aunty Eunbi depressed. Tapi, mummy tak tahu pasal ni dan dah banyak kali aunty cuba untuk bunuh diri. Dan disebabkan tu jugalah, appa rahsiakan dari semua orang yang kami bercinta dan sebenarnya, nak jumpa sebulan sekali pun susah sebab appa pewaris di syarikat appa yang sekarang. Appa tak nak dia stress kalau hubungan kami kantoi. Aunty Eunbi sebatang kara dan appa tak nak dia rasa ditinggalkan bila appa kahwin dengan mummy. Appa kahwin dengan mummy pun bukannya atas dasar suka sama suka tapi sebab bisnes.”

“Well, pada mulanya memang hubungan kami tak baik but it’s getting better. Tapi, pada satu hari, mummy bagitahu dekat Aunty Eunbi yang kami dah berkahwin dan appa marah sangat masa tu. Sejujurnya, appa pun tak tahu yang sebenarnya appa sayangkan Aunty Eunbi atau sebab appa takut aunty buat perkara yang bodoh disebabkan appa. Sebab appa tahu, lepas aunty tahu status kami, appa dah tak boleh nak pantau dia makan ubat atau tidak. Jadi, disebabkan appa marah sangat, appa dah buat sesuatu dekat mummy sampaikan mummy marah dan tinggalkan appa. Dan masa tulah, kamu lahir.”

“Bila kita dah mula nak bahagia, aunty pulang dengan khabar yang dia akan kahwin. Jadi, sebagai kawan, of course-lah appa happy untuk dia. Finally, dia dah jumpa orang yang betul. Tapi appa tahu, penyakitnya takkan hilang. Asalkan dia di bawah kawalan ubat, aunty boleh kawal diri dia. Tapi, semua tu tak lama bila Uncle Yoongi mati. Aunty Eunbi mengandung dan appa takut kalau-kalau dia buat sesuatu dekat diri dia dan baby tu. Sebab tulah appa concern sangat pasal dia.”

“Appa tak bermaksud nak neglect mummy tapi bila appa fikirkan dia dah biasa dan pandai bawa diri, sebab tu kadang-kadang appa terlepas pandang. Appa sibuk nak selamatkan kawan appa sampai-sampai keluarga appa sendiri terluka. Appa minta maaf sangat-sangat.”

“Sebab tu ke appa offer diri untuk bantu Aunty Eunbi? Potongkan buah, angkatkan barang, ‘teleport’ setiap kali aunty panggil… Sebab tu ke?” tanyanya.

Aku hanya mengangguk.

“Appa nak dia rasa tak keseorangan dan dia boleh share apa-apa yang mengganggu fikiran dia. Itu salah satu cara untuk bantu dia.”

Sejeong terdiam.

“Mianhae,” ucapku sekali lagi. Sejeong bangun dan menghampiriku.

“Sejeong sayang appa. Sejeong sayang mummy. Appa terlalu baik. Tapi, Sejeong harap, appa tak neglect mummy. Tambah-tambah, mummy baru je kehilangan baby. You too and me too. I hope we can live happily like before,” ucapnya lalu memelukku. Aku memeluknya semula dan mengucapkan terima kasih.

Kami naik semula ke bilik Yuna lepas Sejeong selesai makan nasi putih dengan sup rumpai laut. Katanya, dia tak lalu nak makan jadi aku pujuk dia makan juga benda simple macam tu. Sejeong akur dan menurut kataku.

Tapi, sampai sahaja di lif, aku baru perasan yang aku tertinggal phone di meja. Jadi, aku suruh Sejeong naik dulu sebab entah kenapa, aku rasa gelisah sikit. Tapi, aku abaikan sebab nak pergi ambil phone cepat-cepat dan aku terpaksa tunggu lif yang seterusnya. Bila lif yang aku nak naik terbuka, aku terus masuk dan cepat-cepat menekan butang tutup. Lif tersebut membawaku ke bilik Yuna. Aku berjalan pantas dan aku terdengar suara Sejeong sayup-sayup menjerit memanggilku.

Mustahil! Pintu bilik Yuna kedap suara. Jadi, mustahil kalau aku dengar suara Sejeong. Tapi, mustahil tak mustahil, aku percepatkan sahaja langkahku dan aku dapati Eunbi dah naik gila! Aku tengok banyak darah di sana sini dan aku nampak Sejeong terbaring. Aku menjerit memanggil doktor dan aku terus meluru masuk.

“Yuna!”

Aku menarik Eunbi menjauhi Yuna dan para jururawat bergegas masuk ke dalam bilik Yuna. Mereka membantu Sejeong dan Eunbi manakala aku bantu isteri aku. Terlalu banyak darah yang melekat di baju Yuna dan mukanya semakin pucat. Aku rasa sebab badan dia dah hilang banyak darah.

Aku dengar Yuna ada panggil nama Sejeong tapi aku abaikan. Yang penting, Yuna selamat dan aku sendiri nampak tadi yang jururawat dah uruskan Sejeong.

“Cepat sikit, doktor!” aku mendesak doktor yang aku rasa lambat betul nak bagi bantuan! Darah tak henti-henti keluar dari perut dia ni! Aku rasa jahitannya terbuka. Kan dia melalui pembedahan Caesar!

“Jungkook…” aku dengar suara Yuna semakin perlahan dan dia kalut menyedut udara.

“Bertahan, Yuna! Hold on!” aku dah nak menangis.

Tuhan… Aku tak sanggup kehilangan isteri aku pulak.. Tolong selamatkan dia…

Yuna disorong ke bilik pembedahan. Aku rasa mereka perlu jahit lukanya semula. Aku tak dibenarkan masuk dan mungkin sebab tangan dan baju aku kotor dengan darah. Aku tunggu dan terus tunggu sampai isteri aku keluar dari bilik tersebut.

Peluang Kedua [YuKook Story] Onde histórias criam vida. Descubra agora