BAB 8

486 33 0
                                    

SURPRISE!!!! Macam yang E mungkin ada bagitahu dekat sini, E akan update setiap Ahad.. Tapi, since Bab 6 cuma menceritakan POV Jungkook, jadi E rasa macam tak adil korang tunggu sampai seminggu untuk chapter tu je.. So, E rancang nak buat double update last week tapi tak kesampaian sebab version Inggeris tak siapa lagi masa tu.. So, minggu ni jelah E buat double update!! Enjoy!!!!

____________________________________

SUDUT PANDANG YUNA

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, kini dah masuk lima bulan aku dekat sini. Syarikat appa dah semakin membaik. Walaupun kami masih lagi tak mampu untuk beli semua saham yang appa pernah ada, tapi sekurang-kurangnya kami dah tak tanggung apa-apa hutang. Itu adalah petanda yang baik.

Tapi, dalam yang baik tu, semestinya ada juga khabar tak berapa nak gembira,

Semalam, appa berbincang dengan aku, hal hak milik syarikat. Kata appa, memandangkan aku boleh digantung harap, appa nak serahkan jawatan dan urusan syarikat sepenuhnya kepada aku. Maknanya, aku dah tak boleh kerja dari rumah macam yang dah biasa aku buat. Dan, ini maknanya aku dah tak boleh selalu-selalu tengokkan Sejeong. Kalau ikutkan hati, aku tak nak. Tapi, appa mana ada anak dah selain aku. Takkan aku nak biarkan je syarikat yang diuruskan oleh dua generasi jatuh dekat tangan orang lain macam tu je?

"Sejeong, mummy nak tanya. Kalau mummy dah tak kerja dekat rumah, Sejeong okey tak?" tanyaku kepada Sejeong yang sedang menyelesaikan pengiraan matematik di depanku.

Sejeong mengangkat kepala, membawa matanya memandang ke arahku. Tangan aku setia mengusap rambutnya.

"Sejeong okey je, mummy. Lagipun, Sejeong dah boleh adjust dengan kehidupan dekat sini dah," jawab Sejeong. Aku tersenyum.

Pergi dan balik sekolahnya aku yang uruskan. Nampaknya, lepas ni dia kena belajar naik bas pula memandangkan kami tak ada pemandu. Kalau jalan nak ke sekolah semua tu aku rasa Sejeong tahu. Dah hafal kot. Sebab otak budak ni pun tak kurang hebatnya macam aku dengan appa dia.

Appa dia?

Bercakap tentang Jeon Jungkook, dah dekat lima bulan dia langsung tak bersua muka dengan aku. Sejak kedatangan dia masa aku mula-mula balik awal dulu, dia dah tak datang jenguk kami pun. Frustlah tu sebab aku bawa balik 'anak orang'. Eleh! Dibuatnya Sejeong tu memang betul-betul bukan anak dia, memang dia akan buang kami teruslah kot dari hidup dia.

Eomma cakap, kalau dulu, selalunya dua minggu sekali dia akan tunjuk muka dekat rumah ni. Tapi, sejak aku balik tak ada nak datang pula. Hurm, baguslah tu! Tak semak hidup aku nak kena melayan dia!

Eleh, kau ni, Yuna! Poyo je lebih! Malam-malam mimpikan dia dah kenapa?! Eh, entah-entah dia jampikan aku tak?! Ish, kau ni kenapa, Yuna?! Kita orang moden! Tak mainlah pawang-pawang ni! Kuno!

"Mummy!" Sejeong memanggilku, dengan suara yang lebih kuat. Agaknya dia ada panggil akulah kot tadi.

"Ya?" jawabku.

"Mummy start masuk pejabat bila?" tanyanya lagi.

"Dalam dua minggu kot. Tak decide lagi. Kenapa?" tanyaku sambil bermain-main dengan rambut panjang dan nipisnya.

"Sekolah Sejeong macam mana?" tanyanya.

"Nanti mummy ajarkan Sejeong naik bas. Sejeong okey, kan kalau balik sekolah dengan bas?" tanyaku. Sejeong mengangguk, mengisyaratkan yang dia okey. Aku memberikan senyuman dan Sejeong meneruskan kerjanya semula.

Ini bukannya homework memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah. Tapi, Sejeong cakap yang dia bosan dan nak buat something. Memandangkan anak aku dah 8 tahun, nak masuk 9 tahun, aku bagilah dia buat kerja yang bermanfaat sikit dan yeah, itu adalah latihan Matematik!

Peluang Kedua [YuKook Story] Onde histórias criam vida. Descubra agora